Sunday, October 31, 2010

Trip ke Albany~Hari Pertama

Kembara kami ke Albany bermula jam 6 pagi.Sungguhpun masih awal tapi keadaan sudah cerah.Subuh awal sekarang ni.Sepanjang perjalanan hanya ladang-ladang yang dapat kami lihat.Baru tahu Western Australia ni tak ramai penduduk.Penempatan penduduk hanya sekitar bandar Perth sahaja.



dah kenyang breakfast, bergambar di replika wagon..

angle menarik di taman rose
 Kami singgah di Kojunup untuk breakfast.Makan sandwich yang dibawa dari rumah saja.Tak sangka di sini terjumpa ladang rose.Free entrence pula.Apalagi terus terjah la.Itulah untungnya kalau melancong di musim spring.Dari situ kami terus ke Albany.Bergambar sekitar info center kemudian terus check in kat Hotel.Kelengkapan semuanya lengkap.Dapur, mikrowave, peti ais dll.Bereslah bab nak memasak.Lunch kami nasi lemak juga di masak siap-siap dari rumah.

Rehat sekejap perjalanan diteruskan lagi, kami betul-betul mengejar masa.Memang penat tapi seronok.Kami ke TorndirrupNational Park.Yang menarik kat sini ialah pantainya yang penuh berbatu.Ada yang terbentuk seperti jambatan.Subhanallah sungguh memukau pandangan kami..


pantainya cantik dan bersih


Batu-batu yang membentuk jambatan
  Dah hampir maghrib tapi kami bersepakat ke windfarm pula.Suasana senjanya memang mengujakan.



Subhanallah

Kami terus balik hotel untuk berehat, solat dan dinner.Kononnya menu kami fish & chip tetapi terpaksa ditunda kerana semuanya sudah kepenatan.Gantinya maggi atau roti cicah air milo sahaja.Tapi selera pun dah tertutup bila kepenatan..




9 comments:

eelobor said... [Reply to comment]

woww, cantik & best nyer. nak pegi sendiri tak dapat. menghayati gambar keseronokan org lain jer lah

ummu said... [Reply to comment]

assalamualaikum Hamiza
subhanallah
seperti jambatan batu tu
semua ni tanda2 kebesaranNya kan

transformed housewife said... [Reply to comment]

Subhanallah. Letih berderat, make maggi jah. hehe

Affieza said... [Reply to comment]

Bestnya kak...nice view

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

subhanallah..cantiknya TorndirrupNational Park! boleh mandi ke situ?

maya amir said... [Reply to comment]

subhanallah... giler cantekkkk!!

pB said... [Reply to comment]

letih badae tak po

jangae letih fikirae'

hannahsarah said... [Reply to comment]

Subhanallah....cantiknya. Ntah bila dpt melancong ke luar negara. Dlm mimpi je la kot

Anonymous said... [Reply to comment]

fantastik!

gambar kanak2 rebina kat bunga ros tu tu comel2 belaka :)