Friday, October 29, 2010

Penatnya..

Nilah 1st time rasanya bercuti tapi badan penat sangat-sangat.Bercuti kat negara orang betul-betul mencabar stamina dan kesabaran diri.Serba susah.Dah la penat berjalan balik ke cottage (yang disewa) kena masak pula.Memang tak jumpa kedai makanan halal semasa kami ke Albany tempoh hari.Oleh itu terpaksa mengikat perut sementara makanan siap.Huhuhu..Kami membawa banyak jugalah makanan mentah kot tak jumpa kedai.

Kononnya melancong dalam negara kediaman tapi perbelanjaannya memang boleh tahan lumayannya.Untuk accomodation sahaja kami terpaksa habiskan hampir $600 (RM1800 lebih) untuk satu family selama 3hari 3malam.Kalau ada anak jangan harap nak sewa bilik hotel.Sebelum book hotel dah ditanya bilangan ahli keluarga.Tak patuh kot berlaku apa-apa yang tak dingini kita pula dipersalahkan.Campur, tolak, darab dan bahagi~kami terpaksa habiskan $1000 (RM3000) lebih untuk keseluruhan trip.Cam tak logik ke, kan?

Apa pun bila berjalan beramai-ramai memang menyeronokkan..Saya tak terdaya untuk pilih gambar yang hampir 1000 keping untuk di upload hari ni.Tunggulah ye sikit masa lagi..Insya Allah

13 comments:

kakcik said... [Reply to comment]

Salam Mizah..

walaupun namanya bercuti, sebagai emak- tetap juga letih...tapi, yang penting - seronok! :)

a.z.r.i.n.a.03.07 said... [Reply to comment]

Salam Miza,

seronoknya !
belum tengok gambar lagi tu..

* tak sabar nak tengok gambar ni..

al-lavendari said... [Reply to comment]

saya menunggu gambar di upload .. buat lah beberapa siri .

eelobor said... [Reply to comment]

wah seronoknya, mana gambar? kongsi ler

ridzuanriani said... [Reply to comment]

wow mahal tuh.. kami g 3 negara ari tuh (berlin, prague ngan vienna) selama 10 hari semua total eur1000 habis (penginapan, train, makan, flight tiket). Tp takpelah, bila lg nak jalan2 yer.. bukan slalu, balik Malaysia nk cuti pun belum tentu bulih..

ckLah@xiiinam said... [Reply to comment]

Penat tapi menarik.....tak boleh dapat kat sini tu Mizah...


:D

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

nak bercuti mmg kena byk guna duit tapi dah alang2 duk kat negara org, ni la masanya nak berjalan2. nnt dah balik malaysia, nak bercuti saje2 kat luar negara, lagi la berganda2 mahalnya

Affieza said... [Reply to comment]

Tkpe Kak...alang2 dh duk kt oversea ni lh nk jln2..hehe

Anonymous said... [Reply to comment]

Salam Puan Hamizah,

Bercuti luar negara, kalu mampu apa salahnya bawa family untuk releasse tension dan juga bagi anak2 pengalaman. Tang yang dalam negeri tu saya rasa agak jimat skit kat Cameron highland. enjoy permandangan ladang teh, beli sayur segar dan sejuk. Hotel pun kalau pandai cari boleh dapat budget hotel. Tak kisah sangat berapa ramai. My advise kalau nak pergi jgn musim cuti sekolah. Sbb hotel penuh dan harga pun melambung. Pangkor pun ok.

fa10 said... [Reply to comment]

buke sokmo pun nok berderak...
klu pergi berjemaah ni lg byk habisnya drpd gi sendiri...
pah buh gmbr deh... leh gi, tgk gmbr pun jadi la

cheqna said... [Reply to comment]

salam kak
dok sabo wase nok tengok gambo...=)

maya amir said... [Reply to comment]

tak sabar nak tgk gambar..mesti cantek2.. bile nak ke ober the sea neh?..heheheh

makdara TERdiva said... [Reply to comment]

masuk gambar dlm FB la..leh tengok secara berjemaah! haha!