Friday, October 22, 2010

Dia Kini Bergelar OKU

inilah orangnya, memang hensem..

Dulu dialah harapan keluarga saya.Dia yang berkepimpinan, berkaliber,berketrampilan, berdedikasi, rajin, berani..Pendekata segala tingkah lakunya menyenangkan kami.Dialah adik lelaki saya yang kedua.Saya tiada abang.Walaupun dia bukan anak lelaki sulung, tetapi dia lebih menonjol berbanding abangnya dari segala sudut.Suaranya memang merdu.Dialah muazzin kat masjid berhampiran rumah saya, pernah menjadi solo untuk nasyid sekolah dan tukang karut kumpulan dkir barat.Bakat kepimpinanannya terserlah bila sering dilantik sebagai pengawas semasa bersekolah dan mengetuai persatuan-persatuan.Malah arwah ayah saya, beberapa minggu sebelum meninggal dunia telah memberitahu seorang saudara, kalau ditakdir pendek umur dia tak risau tentang keluarga sebab adanya adik tersebut.

Namun setelah setahun arwah meninggal dunia, nasib adik saya berubah.Dia mendapat tawaran masuk ke sebuah matrikulasi Di Melaka setelah mendapat keputusan yang baik dalam SPM.Tak sampai sebulan kat sana pihak matrik menghubungi kami supaya mengambilnya pulang kerana dia tidak dapat belajar dengan baik.Asyik meracau-racau.Selalu berhalusinasi.Sedihnya tak boleh diluahkan bila melihat keadaannya sedemikian.

Setelah berubat tradisional, keadaannya nampak pulih.Kami menghantarnya semula ke Matrik.Namun tak lama keadaannya semakin teruk.Habis ikhtiar kami tradisional atau moden semua dicuba.Jumpa bomoh, pastinya kerana buatan orang yang dengkikannya.Bila jumpa doktor, sahlah dia menghadapi simptom-simptom penyakit schizophrenia.Sakit mental yang kronik sehinggakan tiada ubat yang sesuai dengannya.Doktor cuma beri satu pilihan iaitu otaknya akan diberi kejutan elektrik!Hasilnya duakemungkinan sama ada jadi lurus bendul atau pulih sepenuhnya.Kami tak sanggup lakukannya.Tetapi doktor berkenaan menjelaskan sekiranya dia menghadapi sakit yang sama dia mahu dilakukan sedemikian.Biarlah kami tak sanggup.Hentikan semua perubatan moden!

Kami masih meneruskan perubatan tradisional sehingga yang terakhir kami cuba ialah menghantarnya ke Pondok Inabah di Sungai Ikan, Kuala Terengganu.Sebuah tempat pemulihan penagih dadah namun sanggup mengubati sakit adik saya.Malah ada juga beberapa pesakit lain di tempatkan hostel berkenaan.Maksudnya pesakit mestilah tinggal di sana.Setelah beberapa minggu berubat, mak saya berkeras untuk bawa balik adik saya, nalurinya dapat merasakan adik saya tak selamat di sana.Rupanya betul, adik saya telah didera.Terdapat bekas rotan akibat dipukul dan kesan cuucuhan api rokok di belakangnya.Menangis kami lihat keadaannya.

Balik dari sana adik saya seolah tak kenal diri sendiri.Selalu nak bertelanjang, makan sambil berjalan.Malah tak tahu nak basuh kencing dan beraknya sendiri.Luluh hati kami!Nak sahaja saman pihak pondok tu tapi melihatkan keadaan adik yang tak terkawal, kami tak sanggup bawanya untuk mendapatkan laporan kesihatan.Kami akhirnya sepakat untuk lakukan kejutan elektrik ke otaknya.Kali pertama dan kedua tidak berjaya.Sehinggalah kali ketiga dia pulih.Namun otaknya tidak mampu lagi untuk menerima pelajaran.Kami pernah hantarnya semula belajar di Cosmopoint dan Politeknik.Sekerat jalan sahaja.Dia kini masih bergantung dengan ubat hospital..

Dialah satu-satunya peneman mak saya kat kampung kini.Mak saya bukakan kedai top up prepaid untuknya.Itulah adik saya yang kini telah bergelar OKU.Apa pun kami redha dengan ujianNya


 

31 comments:

kakcik said... [Reply to comment]

Semoga masih ada sinar buatnya. InsyaAllah.

cik ct payung said... [Reply to comment]

masa kita kat nilam puri dia masih sihat yer? sebab tu saya tak penah tau citer ni.

Hamizah said... [Reply to comment]

Kakchik..
amiiin..semoga diperkenankan.

Hamizah said... [Reply to comment]

baya,
kak Mi 1st year UM dia mula sakit..

CT said... [Reply to comment]

moga ada sinar utk adik...sedih akk baca n3 ni...

marinahunny said... [Reply to comment]

Ya Allah smpai mcm tu sekali..semoga Allah membalas perbuatan org yg mengkhianati adik, dan balasan kpd mereka yg dera adik..semoga adik sihat..

yatie chomeyl said... [Reply to comment]

sedinya cerit ani kak..semoga hidup adik akak semakin molek pasni. takpo, darjat dio tinggi di sis Allah kak..insya Allah

FarhanaDr said... [Reply to comment]

Semoga perjalanan hidup dia dipermudahkan.. Saya doa semoga satu hari nanti akan ada sinar buat dia..

a.z.r.i.n.a.03.07 said... [Reply to comment]

Salam Miza,

terharu saya baca. Semoga perniagaan yg dilakukan berjaya.


Pernah terjadi pada 4 orang sepupu di Melaka.2 sepupu sebelah ayah dan 2 sebelah emak. 2 orang yg sebelah emak pulih setelah lebih 10tahun berubat.

Sebelah ayah masih macam tu sampai sekarang.

julietchun said... [Reply to comment]

setiap perbuatan itu ada balasannya. moga keluarga akan selalu menyokong dia utk meneruskan hidup.

fairuz said... [Reply to comment]

tabah k! semua ade hikmahnya :)

K.Nor said... [Reply to comment]

salam hamizah.. sayunyer hati baca ni.. besar sungguh ujian Allah terhadap dia dan keluarga hamizah.. smoga semuanya sabar dan tabah ya.. terkedu baca kisah kat pondok inabah tu.. tak sangka sampai dia org boleh buat gitu.. setiap perbuatan ada balasannya.. mudah2an adik tu pulih satu hari nanti.. aminn

pB said... [Reply to comment]

Salam


bakpo larr dalae dunio ni ado ajo orghe hok suko dok de'kie de'kie nie ??????


Mudoh2an adik tu pulih satu hari nanti

ikan emas said... [Reply to comment]

sedih dan terharu ..

mungkin ada hikmah disebalik semua ini... sekarang kan dialah yang menjadi peneman yang menjaga ibu??

semoga dia cepat pulih dan menjalani hidup dengan sempurna

Nida said... [Reply to comment]

sediah dan sayu membaca kisah ini... kisahnya sama seperti anak saudara Nida.. orgnya hensem, pandai... tapi apabila masuk politeknik dia berubah laku.... tidak seperti manusia normal lain... belajarnya sekerat jalan... mudah2an ada sinar buat mereka...Insya Allah

deena farhana said... [Reply to comment]

deena doakan ada sinar bahagia utk adik akak...

eelobor said... [Reply to comment]

salam, semoga anda sekeluarga tabah menerima dugaan tersebut

roslaini saad said... [Reply to comment]

Hamizah..saya sungguh terharu membaca entry ini...
kerana pengalaman ini pernah saya lalui...orang yang saya maksudkan ialah suami saya sendiri..
Dr sahkan dia pengidap Skiziforniea...waktu dia sedang sambung belajar di UKM, jadi tak dapat habiskan pengajian.
Mengikut perubatan tradisional..ada terkena buatan orang...

Tapi alhamdullillah, pelbagai usaha dilakukan..akhirnya suami saya boleh berkerja semula..walaupun kadang-kadang ada juga..perangai-perangai peliknya..

Ikhtiarlah selagi mampu..insyaallah..

YanDarwisy said... [Reply to comment]

Insyallah...Allah akan menggantikan dgn yg lebih baik dan diberi pahala dgn apa yg berlaku...

kak Erna said... [Reply to comment]

hamizah..semoga adik mizah akan pulih sepenuhnya..

Zaidah said... [Reply to comment]

sedihnyer zai baca kisah adik hamizah nie...semoga adik hamizah cepat sembuh n pulih seperti dulu....amin...

Chik Na said... [Reply to comment]

sedihnya baca n3 ni... ujian dari allah buat mizah sekeluarga..insyaallah ada hikmahnya..

Lynn Nasir said... [Reply to comment]

salam kak hamizah,

kesiannya dia..mmg ditakdirkan Allah swt nasibnya begitu. ujian buat kita yg m'jadi penjaganya. tabahkan hati ye kak. asalkan dia mkn ubat doktor dgn teratur insyaallah, ok tu. doa ibu sgt mujarab..semoga mak akak juga tabah :)

hannahsarah said... [Reply to comment]

Sedih baca n3 ni. entah la...sesungguhnya kehidupan ini sukar dijangka. Tentunya arwah ayah mizah juga tidak menjangka semuanya akan berlaku pada org yg boleh diharapkan menjaga keluarga. Tabah dan redha lah krn Insya Allah di hujung jalan ada sinarnya. Kita diuji kerana Allah tahu kita mampu menerimanya. Yakinlah setiap usaha akan memperolehi ganjaran yg baik.

fa10 said... [Reply to comment]

sedihnya membaca entri ini...
moga ada sinar kebahagiaan bgnya...

My New Life Begin.. Be a good Wife, daugther , Eldest sister and Future Moms.. said... [Reply to comment]

semoga ada sinar bahagia untuk adik mizah.. moga Allah swt mempermudahkan setiap urusan adik mizah. Amin ya robb

fndrocka said... [Reply to comment]

Semoga ada bahagia di sebalik kepayahan ini

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

apa ye puncanya adik akak jadi mcm tu? sedih baca entry ni. yg paling kesian bila baca part dia kena dera tu. tak patut betul!

moga akak sekeluarga tabah dgn ujian ni..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said... [Reply to comment]

saya doakan dia pulih seperti sedia kala... jangan jemu berubat dan berdoa..

Hamizah said... [Reply to comment]

tq atas doa kalian semua.semoga Allah makbulkan..
harapan kami juga dia akan pulih sepenuhnya..

sya said... [Reply to comment]

hmm, sedihnya baca...
ujian Allah...
semoga adik hamizah sihat semula...