Sunday, October 24, 2010

Honeymoon Berjemaah

Ada juga ke honeymoon berjemaah?Hehehe..

Insya Allah mulai 25-28Oktober saya akan bercuti ke Albany.Kira-kira 400km jugalah dari rumah kami ni.Sejak-sejak dok sini tak pernah kami berjalan sejauh ni.Sebenarnya tanpa plan pun tiba-tiba je semua kawan-kawan bersetuju.Kami empat family kesemuanya. Kebetulan pula bulan ni jatuhnya anniversary perkahwinan kami.Saya tetap anggap ni honeymoon walaupun pergi beramai-ramai.Boleh ke?Ataupun ada yang sanggup tolong jagakan dua hero kecil saya ni?


Jangan tanya apa specialnya Albany.Saya sendiri pun tak pasti.Cuma yang dapat saya jelaskan ianya sebuah daerah terpencil yang mesti dilawati kalau ke Perth.Nantilah saya cerita bila berkesempatan.Sebenarnya tak banyak tempat menarik di bumi Perth.Mungkin ianya sebuah negeri yang baru.Tak banyak tinggalan sejarah.Pembangunan pun tak banyak.Cuma kebelakangan ini pesat sikit bila banyak lombong emas ditemui.Tapi emas tetap mahal juga.Kalau yang teruja sangat nak datang ke Perth, saya nasihatkan fikir panjang-panjang.Nasihat ikhlas ni.Baik kumpul duit pegi haji.Atau kalau duit banyak tak kisahlah, kan.Hehehe..Tapi kalau nak memborong corelle boleh la.Masalahnya kargo pun boleh tahan mahalnya.


14 comments:

-hazen said... [Reply to comment]

fuyohhh.

er, anak2 hantar jordan. biar saya jaga.

kakcik said... [Reply to comment]

SElamat mengembara dan jangan lupa bercerita nanti, ya? :)

transformed housewife said... [Reply to comment]

sblm ke NZ dulu, sy pun ingat best sgtla duduk sana tu. bila dah duduk sana 3 1/2 thn baru tahu tak dela apa yg seronok sgt. Tapi at least dpt pengalaman2 baru. Jd mace Hamizah, nanti bolehla kumpul mace2 pengalame2 baru.

maya amir said... [Reply to comment]

wahh bestnye..tak sabar nak tunggu gambar2:)

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

selamat gi honeymoon secara berjemaah! hehe..

kak Erna said... [Reply to comment]

hamiah..mula2 baca tajuk nak tanya jugak..ada ke berjemaah??boleh la kan..meh sini sikecik tu akak tolong jagakan..suka tau dapat jaga budak2 kecik ni..seronok..dah lama tak de yang kecik..

julietchun said... [Reply to comment]

apa salahnya berjemaah, lagi happening :P

ciK LyndaWawa igUana said... [Reply to comment]

lagi best ramai2 pegi..hehehe..yang penting jgn lupa bawak photographer ya...hehe

a.z.r.i.n.a.03.07 said... [Reply to comment]

Salam Miza,


jangan lupa update..Gambar mesti banyak tau !

edin said... [Reply to comment]

selamat berhoneymoon....
-faten, bicaramataku-

Nida said... [Reply to comment]

Albany??????? Terkezut Nida baca blog ni.. ingatkan ke kawasan Albany, Auckland... ghupanya Albany, Perth... terkono den..hehe

maya amir said... [Reply to comment]

hamizah..part 2 yg gedik2 tu dah sambung:)

Amni said... [Reply to comment]

Nak ikutttttttt....,. tapi jauh la plak! Erm...

Chik Na said... [Reply to comment]

mesti meriah dan seronok bila berhoneymoon berjemaah nih...