Wednesday, October 6, 2010

Raca Macam Baru Lima Tahun!!!

'Eh!Betul ke 6 hb bukan 5hb ke?Dah sembilan tahun ke?Rasa maca baru lima tahun" itulah reaksi suami saya bila diberitahu hari ni adalah anniversary perkahwinan kami yang kesembilan.Dia memang jenis pelupa tentang tarikh-tarikh penting.Birthday sendiri pun kalau tak saya ingatkan dia memang terlupa.Semua lelaki ke macam tu ye?


Tiada apa-apa upacara untuk menyambut hari terpenting dalam hidup ni.Tiada candle light dinner, tiada kek, tiada hadiah, tiada jambangan bunga daripadanya atau saya sendiri tidak membuat apa-apa persediaan.Sama juga seperti tahun-tahun sudah cuma diiringkan doa supaya cinta kami diberkati Allah hingga ke syurga.


Sekejap je masa berlalu, kan?pejam celik pejam celik dah hampir sedekad hubungan kami.Dah macam-macam peristiwa suka dan duka dilalui..Saya tak pernah berkecil hati dia terlupa hari bahagia kami.Yang saya tahu layanannya terhadap saya memang sentiasa menyenangkan hati saya.Sentiasa cuba menghiburkan saya walaupun saya ni seorang yang kasar, kadang-kadang suka menang dalam apa jua hal dan kurang sabar menghadapi kerenahnya dan anak-anak.


Terima kasih di atas segalanya, Abang..



P/S: Saya tak tahu kenapa saya menangis ketika menulis entry ni..

15 comments:

kakcik said... [Reply to comment]

Happy Anniversary buat Mizah dan suami.. semoga berpanjangan kasih sayang kalian ke akhir hayat. Amin. :)

Zaidah said... [Reply to comment]

tahniah...semoga rumah tangga yang dibina berkekalan hingga akhir hayat...

kakchik said... [Reply to comment]

Assalamualaikum Mizah. Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan yang ke-9. Semoga bertambah-tambah kebahagiaan di antara Mizah dgn suami.

ikan emas said... [Reply to comment]

Happy anniversary ...
semoga aman hidup penuh berkasih sayang kekal bahagia hingga ke akhir hayat!

julietchun said... [Reply to comment]

airmata gembira tu :P
selamat ulangtahun moga kekal bahagia hingga hujung nyawa.

K.Nor said... [Reply to comment]

happy anniversary hamizah.. smoga jodoh berkekalan bahagia hingga ke akhirat .. aminn

marinahunny said... [Reply to comment]

happy anniversary mizah dan suami..semoga bahagia selalu, dimurahkan rezeki, dirahmati Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik disamping anak2 tersayang..

haszuraidah ishak said... [Reply to comment]

happy anniversary..wahh..dah 9 tahun dah..tahniahh..semoga berbahagia sokmo..

di sebalik wajahku.. said... [Reply to comment]

salam.. kak mizah.. ^^,

selamat ulangtahun perkhawinan yg ke-9. kak mizah menangis sbb sygkan family tuh.. =) kak ti doakan semoga berbahagia dengan family tercinta

~SukEMakAn~ said... [Reply to comment]

comeinye!
epi eneveseri kak!

Hamizah said... [Reply to comment]

tq,atas doa kalian semua..

Chik Na said... [Reply to comment]

alamak terlambat plak.. anyway happy anniversary hamizah dan suami.. semoga berbahagia ke akhir hayat

cik ct payung said... [Reply to comment]

happy anibesari kak.
moga berbahagia hingga ke syurga.
(sama tarikh dgn besday my hubby & 2nd boy).

yatie chomeyl said... [Reply to comment]

lamo doh tu kak..epi enibeseri..semog bahagia smp hjg nyawa :)

Ummu Ammar said... [Reply to comment]

Mizah > Sanah helwah. Awak menulis betul2 dr hati..tu yg tersentuh tu..Moga sentiasa bahagia..dunia&akhirat.