Monday, October 4, 2010

9 Malam Dialog Islam Kristian Mengenai Ketuhanan

Saya baru sahaja khatam pembacaan buku "9 Malam Dialog Islam Kristian Mengenai Ketuhanan".Buku ni saya beli ketika balik ke Malaysia Jun baru ni.Buku ni diterbitkan tahun 1995 lagi.Mungkin ramai yang dah bacanya.Bagi saya inilah pertama kali membacanya.Sangat berkesan.Kisah Antonius Widuri yang cuba mencari Tuhan yang sebenarnya.Dia telah berdiskusi dengan Kiai Bahauddin.Segala hujah Antonius dapat dipatahkan dengan berdalilkan Bible semata-mata.Tanpa bantuan al-Quran.Saya terlalu kagum dengan Kiai berkenaan bukan sahaja mahir tentang al-Quran tetapi menghafal beribu-ribu ayat Bible juga.

Daripada dialog mereka, jelas Bible terlalu banyak campur tangan manusia sehinggakan banyak berlaku percanggahan antara ayat-ayatnya.Tapi kebanyakan orang Kristian tidak menyedarinya kerana mereka tidak mengkaji isi kandungan Bible.Mereka terima apa-apa yang disampaikan paderi bulat-bulat.Kalau ramai yang cuba mengkaji, nescaya makin ramai yang akan beriman.

Setelah membaca buku ni saya semakin bersyukur dilahirkan sebagai Islam.Bagi yang belum bacanya bolehlah membacanya untuk mengukuhkan lagi keimanan kita..


1 comments:

Lynn Nasir said... [Reply to comment]

salam kak,

saya dulu mcmpernah baca..tapi mcm dah lupa pun ada. nama watak tu kiai aje yg saya ingat. nk kena cari la..rugi plak lupa bila dh baca..hehe!

lg satu dulu ada buku apa ntah tajuknya,tp watak utama lelaki islam yg mengubah anak paderi besar nama isabella jd muslim. pun best gak..