Wednesday, October 6, 2010

Kek Pisang Gebu

Dah hampir seminggu kami terima jemputan BBQ daripada kak Sya dan Zali kat Kings Park esok.Kings park lagi..tak tahu dah berapa kali ke sana tahun ni.Pusing juga kepala memikirkan buah tangan nak dibawa.Teringin sangat nak cuba 'VERY MOIST BANANA CAKE~BRO ROZZAN'. Kawan yang dah cuba, cakap sedap sangat.Check bahan, tiada pula butter kat peti ais.Cancel la.Tak berani nak pandai-pandai ubah resepi orang, saya bukan chef.Kalau masak apa-apa mesti kena ikut 100%.Hahaha.

Mujur sempat salin resepi kek pisang daripada kakak yang selalu ambil tempahan sebelum datang ke sini.Alahmdulillah terhasil jugalah kek pisang yang diidamkan.Kek ni gebu dan simple.Senang betul nak buatnya.Cuma pakai blender sahaja!Tak perlu mixer.Senang, kan.Kalau nak cuba silalah..

KEK PISANG GEBU


 
hodohnya presentation, sebab tulah saya tak buka blog masakan..hehehe

Bahan-bahan
A.Blend
-4 biji telur gred A
-3/4 cawan minyak
-1 sk esen vanilla/pisang
-1 cawan pisang lecek
-1 cawan gula pasir

B.Ayak
-2 cawan tepung gandum
-1 sk soda bikarbonat
-1 sk baking powder

Cara Membuatnya:

1.Blend bahan A.
2.Satukan kedua-dua bahan ke dalam blender, blend lagi hingga sebati.
3.Masukkan ke dalam loyang berukuran 23cm yang telah disapukan minyak masak/ butter/margerin
4.Kukus selama 45-50 minit dengan api sederhana besar.
5.Tadaaaa dah siap pun, tunggu sejukkan sebelum dihidangkan..

P/S: Resepi ni hak milik penulis, dilarang sama sekali diulang cetak di mana-mana media tanpa kebenaran..


-  

10 comments:

sayangsayangibu said... [Reply to comment]

gebu tu...

teringgat kisah pernah buat kek pisang
memang cantik gebu tp nak tahu apa sudah jadi

sya bukan letak gula halus tp garam halus

hahahahahah....... ;p

last last buang hancur tui...

siti murni said... [Reply to comment]

kek pisang..favorite saya tu..:) tengok pun dah terbayang kesedapan...hmm..harum bau..fuhh..

ciK LyndaWawa igUana said... [Reply to comment]

saya suka kek pisang..=)

julietchun said... [Reply to comment]

ada juga kek pisang kukus ye?

chekna said... [Reply to comment]

ramai org cakap kek pisang mmg sedap yg kukus dari bakar coz lembab skit kan.. hmmm.. terliur la plak...

Lynn Nasir said... [Reply to comment]

ha'ah la, nampak gebu je :D___

Chik Na said... [Reply to comment]

Chik Na bila buat kek pisang tak pernah menjadi...hu hu hu..nanti leh la try resipi mizah pulak

~SukEMakAn~ said... [Reply to comment]

lama xmakan kek pisang!

haszuraidah ishak said... [Reply to comment]

uiss..nampak sedap tu..teringin gak nak buat, tapi tak terbuat..hihihi..

ade award utk akak..http://myapeapeaje.blogspot.com/2010/10/are-you-beautiful.html

Hamizah said... [Reply to comment]

mmg sedap pon, cubalah..

@haszuraidah ishak