Wednesday, December 30, 2009

Jamuan Laksa & Memancing di Mindarie Marina

Semalam adalah hari yang sangat memenatkan. Sebenarnya sejak dua, tiga minggu kebelakangan ni abang dan kawan-kawan kat sini dah tergila-gila pergi memancing kat Frementle,lebih kurang 45 minit perjalananan. Ikan kat sini memang banyak. Pergi 3,4 jam dapat dua baldi penuh ikan. Musim ni musim ikan tamban, naik jemu dah menengoknya. Jadi nak menghabiskan stok ikan tu, saya dan kaum ibu, bersepakat untuk buat laksa. Menu makan tengahari kami semalam laksa Kelantan dan laksa Penang.Bestnya makan beramai-ramai.

Yang kelakarnya kawan yang first time makan laksa Kelantan, terkejut bila kami hidangkan belacan sebagai penambah perisa. Wah! sedap pujinya. Kembang kempis 'chef-chef profesional' ni. Tapi bila dia makan laksa penang, dia juga menambah belacan dipinggannya kami pula yang ternganga. Dah la laksa tu kuahnya berbelacan, ditambah lagi tak cukup dengan tu, ditambah otak udang, lagi..Kalau kaum bapa rajin mengail ikan ada orang yang akan tercabut hidung ni..

Sorry gambar makan tak sempat nak shoot.Masing-masing dah tak sabar nak ngap..

memancing di celah-celah batu..
setia menunggu kepulangan suami-suami
tengok sampah je yang dapat..
indahnya sunset di Minarie Marina

Selesai makan, lebih kurang  pukul tiga, mereka sekali lagi sepakat nak memancing ikan besar-besar pula kali ni dekat je, kat Mindarie Marina lebih kurang 15 minit daripada rumah saya. Yang menarik, kat situ ada park. Kali ni boleh la ibu-ibu join. Sambil-sambil tunggu suami boleh layan anak-anak bermain. Lepas asar bertolak..

Sampai kat sana kami tercari-cari park, tak jumpa. memandangkan hari dah nak gelap, kami cari tempat untuk lepak. Jumpa dataran. Kat situlah tempat kami lepak. Semua boring sebab kat bawah dataran tu ada jeti, anak-anak asyik nak menjengah jeti. Bahaya betul..Tak sabar-sabar rasanya nak balik.

Bapa-bapa memancing kawasan berbatu, kononnya ada banyak ikan kat situ. Sejam lebih memancing, seekor ikan pun tak dapat. Sebelum balik sempat juga menyaksikan sunset. Subhanallah cantiknya ciptaanNya. Semuanya singgah rumah saya lagi makan laksa untuk second round..Bestnya kalau hari-hari dapat berkumpul..
 

Friday, December 25, 2009

Kristian & Islam di Perth

Hari ni adalah hari kebesaran orang-orang Kristian, iaitu hari Krismas..

Sunyi sepi melanda kawasan perumahan, tiada deruan kereta, tiada manusia lalu lalang, toko-toko perniagaan tutup sehari, semua sektor kerajaan pula ditutup selama dua minggu..Sangat berbeza dengan Malaysia cuti Aidilfitri pun cuma dua hari, malah ada yang tak dapat cuti kena stand by untuk memastikan semua sektor tetap berjalan. Mereka memang sangat mementingkan hubungan kekeluargaan daripada kita.

Tapi amalan ziarah menziarahi tak diamalkan kot sebab tu jalan lengang. Lagipun semalam mereka makan besar, pasti ramai yang masih pening-pening lalat kesan alkohol. Begitulah sinonimnya mereka dengan arak. Setiap pesta pasti tak meriah tanpanya! Tauke-tauke arak pasti tersenyum lebih lebar. Tak hairan banyak kedai mampu berdiri dengan gahnya dengan hanya menjual arak.

Apa yang saya perhatikan juga, di Malaysia kalau musim Krismas pastinya meriah dengan lagu-lagu Jingle Bell atau apa lagu-lain lain (saya tak tahu apa lagi judul-judul lagu Krismas ni) sama ada kat tv atau radio atau dipasang secara terbuka di pasaraya-pasaraya, atau pada musim Krismas inilah kita dapat tengok anak-anak Islam diperbodohkan, memakai topi atau pakaian santa. Sangat menjengkelkan. Terlupakah mereka hukum memakai pakaian berunsur agama lain boleh membatalkan akidah? Tapi kat sini suasananya berbeza. Nak tahu kenapa?

Australia memang sangat mengamalkan kebebasan beragama. Maksudnya semua agama tidak boleh menonjolkan ajaran agama masing-masing. Di sekolah-sekolah juga tidak ada matapelajaran khusus untuk mengajarkan nilai-nilai agama. Mereka sangat sekular sebenarnya, agama diketepikan sama sekali. Jadi masjid-masjid juga tidak boleh mengalunkan azan kuat-kuat, tak boleh siarkan ceramah-ceramah agama bacaan al-Quran. Tapi yang ruginya adalah orang Islam juga kerana nilai-nilai Kristian tetap diterap secara tidak halus kepada pelajar-pelajar. Kalau ibubapa yang tidak prihatin, anak mereka mungkin terlucut akidah Islamnya. Walaupun ada sekolah-sekolah Islam, ramai (termasuk saya) yang masih memilih untuk menghantar anak-anak di sekolah kerajaan, mungkin kerana tak sanggup kerana yuran yang terlalu mahal. Mujurlah saya tak lama berada kat sini..





Namun begitu orang Islam di sini masih kukuh pegangan agama mereka. Malah lebih kukuh daripada sesetengah orang Islam negara kita. Pengalaman saya mengajar agama di sekolah, menyebab saya berani berpendapat sedemikian. Kalau di Malaysia,susah sekali untuk mencari pelajar yang mampu membaca al-Quran dengan fasih walaupun mengajar kelas-kelas yang bijak dan baik skornya dalam peperiksaan! Tapi bila mengajar anak-anak orang Islam mengaji kat sini saya mampu menyimpulkan kita sebenarnya dalam zon yang sangat selesa.

Ramai anak-anak kita tercicir dalam pengajian al-Quran mereka semata-mata mengejar skor A. Sedihnya! Kepada yang dah beranak, pastikanlah anak kita menerima Pendidikan Islam yang sempurna, jangan terlalu mengharapkan mereka belajar di sekolah semata-mata, sentuhan ibubapa lebih berkesan..Dalam kesibukan menyediakan mereka dengan tuisyen-tuisyen, jangan lupa diajarkan al-Quran dan nilai-nilai Islam. Jauhilah panyakit 'hubbu ddunya'..

 

Tuesday, December 22, 2009

Susah Sangat ke Nak Kahwin?



257 411 orang anak luar nikah dilahirkan di Malaysia. Satu jumlah yang sangat besar bagi sebuah negara Islam..Itu yang dapat dikesan. Belum dicampur yang terbuang tanpa jejak, yang tidak bersalin di hospital-hospital kerajaan pun belum termasuk dalam hitungan ini. Dan yang paling pasti yang paling ramai terlibat adalah orang-orang Islam. Bimbang kalau-kalau azab atau bala Allah menimpa kita semua sebelum golongan ini bertaubat. Bala tak mengenal sesiapa! Sabda Rasulullah:
 “Apabila zina dizahirkan dalam sebuah negeri, sesungguhnya mereka telah menghalalkan bagi diri mereka (penduduk negeri itu) dengan azab Allah." [HR at-Tabrani].

Yang lebih mengaibkan bila masing-masing menunding jari ke arah pihak-pihak tertentu bila perkara ini dibangkitkan. Saya tak nak mempersalahkan sesiapa dalam hal ini. Cuma ingin membawa anak-anak muda berfikir dan bermuhasabah diri.

Saya pernah mempersoal seorang seorang kawan perempuan sebab dia tidak bernikah walaupun sudah berumur 27 tahun (beberapa tahun lepas). Dengan wajah yang cantik jelita, memiliki kerja tetap selama 4 tahun dan mampu memiliki kereta yang diidam-idamkan, saya pasti dia patut memiliki keluarga sendiri..Susah, jawabnya. Nak nikah pun kena hati-hati memilih calon.Betul juga jawapannya. Tapi sebenarnya si dia ni dah banyak kali dirisik tapi ada saja alasannya untuk menolak. Lelaki tu tak cukup hensem la, tak suka laki kerja polis la, tak bersedia la dan yang paling melucukan dia tak berkenan dengan suara lelaki yang merisiknya..Hahaha.. Dari sini, saya menyimpulkan dia pemilih sebenarnya. Di campur belum datang jodohnya, dia belum disunting..

Saya nasihatkan dia, kita orang perempuan ni, masa muda-muda bolehlah memilih tapi kalau dah berumur sikit mulalah disisihkan. Hasil nasihat saya, (setiap hari dia datang minta kaunseling, dan saya dah jadi kaunselor cinta dia) dia akhirnya menerima seorang lelaki sebagai kekasih. Ingatkan saya dah boleh berpencen daripada menjadi kaunselornya.. Rupa-rupanya dia takut pula nak mendirikan rumahtangga walaupun dah beberapa bulan menjalinkan cinta. Masih nak menangguhkan perkahwinan dengan alasan nak kenal lebih rapat lagi. Daripada pemerhatian saya ramai orang muda bercinta bagaikan nak rak sebab nak kenal perangai pasangan sebelum kahwin!

Kaunseling saya padanya, tak payah nak bercinta lama-lama kita tak akan kenal pasangan selagi belum tinggal sebumbung. Dah sebumbung baru kita mula berkenalan sebenarnya. Daripada berbau bunga dah jadi bau tahi. Ramai yang bercinta berpuluh-puluh tahun mampu bertahan seketika sahaja bila bernikah kerana kita semua berlakon baik semasa bercinta. Tak kira lelaki atau perempuan. Betul kan. Dah serumah barulah terdedah perangai buruk masing-masing.

Saya ceritakan juga pengalaman saya bercinta dengan abang hanya beberapa bulan. Selepas pertemuan pertama, kami memang ada berhubung melalui telefon beberapa kali. Kalau nak dikira memang tak kenal pun siapa dirinya. Dalam masa yang sama saya dirisik jejaka lain melalui family saya..Saya nekad pada masa itu, solat hajat sudah, istikharah pun sudah. Saya berkeputusan untuk menerima abang. Pertemuan kali kedua kami adalah untuk membincangkan pertunangan. Alhamdulillah bahagia.. Bila kita tidak membelakangkan Allah, Insya Allah selamat hingga ke akhirnya. Kalau terjadi juga perkara tidak diingini, itu pasti ujianNya untuk hambanya untuk mengetahui tahap ketakwaan kita juga tanda kasih sayangnya..

Dalam Islam sendiri, sunat untuk mengenali pasangan kita sebelum bertunang.

Sabda Nabi kepada seorang lelaki yang ingin mengahwini perempuan: "Adakah adakahmu telah melihatnya?". Jawabnya "tidak". Kata Nabi : " Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu berkekalan".(Riwayat Tirmizi & Nasa'i).

Namun ia tidak bermakna kita bebas bergaul dengan tunangan. Segeralah berkahwin supaya dia halal bagi kita. Inilah tujuan perkehwinan yang sebenarnya..

Berbalik kepada cerita kawan saya tadi. Dia akhirnya berkahwin setelah mendengar nasihat saya. Alhamdulillah kalah jua syaitan terkutuk. Kini sedang berbahagia menunggu kelahiran anak pertamanya setelah gugur beberapa kali sebelum ini.Semoga bahagia ke akhir hayat.

Ada yang tertangguh-tangguh kawin kerana kewangan. Yelah kos orang sekarang kawin kan mahal. Ada mencecah puluhan ribu, malah ada yang sampai ratusan ribu.Mana cekau duit hantaran, nak tempah pelamin lagi, nak sewa khemah lagi, nak tempah katering..Banyak makan belanja tu. Kalau mak bapa berduit ditanggung beres kalau yang tak mampu buat loan la jawabnya. Anak dah lima orang bapa masih tanggung hutang kawin. Alangkah bagusnya duit tu dibuat bayar deposit rumah.

Kepada golongan ini apakata rujuk Jabatan-jabatan Agama Islam di negeri masing-masing. Banyak sponsor untuk pasangan yang tidak mampu berkahwin..Baru semalam 33 pasangan dinikahkan serentak oleh Jabatan Agama Johor.  Jangan malu-malu. Jangan disebabkan nak jaga status dan ego kita terjebak dengan maksiat. Jagalah maruah diri dan agama kita..

Sunday, December 20, 2009

Snail ke Snayo, Flour ke Flower?

Beberapa hari lepas ketika menemani anak-anak bermain kat belakang rumah, tiba-tiba Danish terjerit-jerit memanggil saya "Ummi, look.." dia menunding jari ke arah siput-siput kecil. Tanya saya"what is that?". Balasnya "It's Snail",(sebutannya adalah snayo).  Saya terpinga-pinga, seingat saya sejak-sejak belajar English dari darjah satu hingga keluar universiti siput dipanggil snail..Saya tanya dia "why you called it snayo?". jawabnya "My teacher told me like that"..Iye ke budak Danish ni? Saya rujuk dictionary yang ada audio, abang download ke handphonenya. Saya dengar betul-betul. ulang beberapa kali, jelas saya dah terima ajaran sesat..



siput-siput yang dipanggil snayo

Situasi yang sama berlaku bila saya membeli tepung gandum. Dia menegur saya dalam Bahasa Melayu kali ni (memang tabiat dia campur-campur bahasa bila bercakap kat rmh) "Apa yang Ummi nak buat dengan flour (sebutannya adalah flower - bunga). sekali lagi saya terkeliru..Tanya abang katanya itulah sebutan yang betul. Gamaknya kalau kita ke kedai di Malaysia minta  flour (flower), mesti bunga yang diberi..macam-macam

p/s : * pronounciatinon utk snail (snayo), flour (flower) adalah mengikut accent American, British & Aussie
       * bila nak belajar bahasa asing kita mesti bertutur dengan penuturnya..
       * tq Danish. Banyak saya belajar daripadanya..

 

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431H




Salam Maal Hijrah, semua..
Sekejap saja kan masa berlalu..pejam celik, pejam celik dah muncul tahun 1431H.Rasanya banyak lagi azam tahun lepas belum tercapai.. jadi tak salah rasanya kita meneruskan azam tahun lepas yang belum terlaksana selagi tidak bertentangan dengan syariat.

Semoga tahun baru memberi seribu erti kepada kita. Azam utama saya macam tahun lepas-lepas juga iaitu untuk menjadi hambaNya yang paling taat dan soleh. Ingin memenuhkan kelompongan dalam hidup dengan amalan mahmudah. Mampukah? Sesamalah kita bersedia untuk menghadapNya walaupun tidak cerap bila masanya, namun yang pasti kita semakin menghampiri titik noktah hidup di dunia. Semoga kita tidak tergolong orang-arang yang rugi. Dunia dan semua isinya hanyalah pinjaman untuk kita. jadi kita harus memulangkan semua pinjaman ini dengan keaadaan seelok-eloknya.

Firman Allah:
Bertanyalah (wahai muhammad): Hak milik siapakah segala yang ada di langit dan di bumi? Katakanlah: (Semuanya itu) adalah milik Allah. Dia telah menetapkan atas diriNya memberi rahmat. Demi sesungguhnya Dia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat yang tidak ada sebarang syak padanya. orang-orang yang merugikan diri sendiri (dengan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman.


( سورة الأنعام , Al-Anaam, Chapter #6, Verse #12)


Azam saya juga, untuk menjadi isteri yang mampu membanggakan suami..Anak-anak ingin dididik dengan didikan yang paling sempurna. Semoga segala harapan dan iltizam ini terlaksana pada tahun baru ini dan istiqamah untuk tahun tahun berikutnya. Bagaimana anda?

Doa saya, semoga hidup kita terus dalam keadaan hijrah ke arah kebaikan & sentiasa diberkati Allah dunia dan akhirat. Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H!

 

Krismas Oh Krismas

Sebetulnya ni hari terakhir Danish bersekolah untuk term akhir tahun ni..Sekolah akan dibuka semula pertengahan bulan Feb. Semalam sekolahnya menganjurkan Merry Krismas & Happy New Year Party. Dari kecil-kecil lagi mereka didedahkan dengan budaya berparti..siap ada agenda tari menari lagi. Seperti biasa, saya akan memberi cuti kepada Danish.

Hari ini bila dihantar oleh abahnya, Mrs. Beynes, guru kelasnya menjelaskan mujur Danish tak datang sekolah kerana terlalu banyak makanan disediakan parents untuk party berkenaan. Dia pun bimbang kalau-kalau tak terkawal makanan yang dimakan Danish. Mereka sangat peka dengan hak. Jadi mereka bimbang dipersalahkan..

Hampir dua, tiga minggu kebelakangan hampir setiap hari dia membawa balik kad ucapan krismas daripada kawan-kawan sekelasnya. Biasanya turut diberikan candy cane.. yang berbentuk huruf J tu. Boleh tengok kat sini. Apalah yang difaham oleh budak 6 tahun tentang agama, kan. Tiada diskriminasi antara mereka. Bimbang juga dia tertarik dengan budaya mat saleh ni. Dah la dapat kad lawa-lawa kawan pula bercita keseronokan mereka bila menyambut krismas kerana mendapat hadiah idaman. Saya dah jelaskan padanya perbezaan agama dia dan kawan-kawan. Dia sudah dapat terimanya..Alhamdulillah



antara kad diterima Danish..

Kalau nak diikira minggu ni, dah selesai semua proses p&p. Sekolah-sekolah Islam sudah dibenarkan bercuti. Mereka ke sekolah hanya untuk melakukan semua aktiviti berkaitan krismas.Kelmarin pun dia membawa balik buku aktivititi krismas. Huh rimas sungguh dibuatnya. Nak hantar ke sekolah agama pun tak mampu rasanya. Sebab sekolah private, fee pun boleh tahan lumayannya, kena naik bas lagi. Buat masa dua tahun ni sabar saja la..

Meriah sungguh krismas ni. Dari bulan Julai lagi sudah terasa bahangnya bila hampir semua pasaraya mula berlumba-lumba mengadakan krismas sale. Malah ada yang menyediakan khidmat lay by. Iaitu memberi peluang orang ramai memilih hadiah krismas awal-awal dengan hanya membayar deposit 10%.Kemudian mereka hanya perlu ansuran bulanan hingga krismas tiba. Sebelum faham konsep ni, saya dan abang terpinga-pinga bila melihat mereka begitu ghairah sekali memborong kemudiannya meletakkan barang tersebut di kaunter lay by. Mereka hanya dibenarkan mengambil barang setelah habis menjelaskan ansuran.

Kami pun tumpang sekaki mereka bershopping kerana kat sini barang-barang memang murah daripada harga asal. Memang takkan tertipu punya.. Tapi taklah gila-gila macam mereka. poket pun kempis je.. ukur baju dengan badan. Kami juga tertunggu-tunggu boxing day (26 Disember) yang dikatakan harga barang semakin menjunam bila kebanyakan mereka akan akan memulangkan hadiah yang tidak digemari. Pasaraya pula akan menjual semula dengan harga yang murah sangat-sangat. Itulah bestnya kat sini boleh memulangkan semula barang yang dibeli bila-bila masa tanpa apa-apa alasan sekiranya tidak berkenan dengan syarat masih dalam keadaan elok dan masti menyimpan resit belian.

Hmmm bestnya kalau mereka menyambut Aidilfitri & Aidiladha seperti kita..

Wednesday, December 16, 2009

Lelaki Merah Jambu





Saya rasa Malaysia masih lagi heboh dengan cerita Mohd Fadzil Min Bahari yang telah bertukar jantinanya sebagai perempuan, ke UK semata-mata ingin menikahi ‘teman lelakinya’ kerana Negara kita tidak membenarkannya. Yang paling kelakar dia mengaku masih Islam dan sangat terkilan kerana ‘budaya’ Malaysia masih tidak dapat menerima perkahwinan antara makhluk sejenis ini. Huh bila keluar kenyataan sebegini kita boleh membayangkan pegangan imannya..sungguh menyedihkan. Inilah bila iman hanya terletak pada namanya..

Kekadang rasa bingung sangat bila timbul golongan seperti ini, sedangkan Allah telah menetapkan hanya dua jantina dalam dunia. Lelaki dan perempuan, lagikan yang khunsa pun mesti memilih salah satu daripadanya..Macam mana golongan yang dah jelas jantinanya ni boleh terkeliru..

Teringat kawan adik saya ketika di tingkatan enam dia masih maskulin yang berteman wanita lagi,tetapi bila dia berjumpa adik saya kat university, dia sudah bertukar jantina..sangat cantik dengan pakaian perempuannya dan berpayu dara lagi. Pada saya ada juga golongan ini timbul sebab persekitaran mungkin dia memilih kawan yang memang dah terkeliru jantinanya. Ditambah lagi iman di dada pun kurang, semakin subur perasaan tidak puas hati dengan kurniaan Allah..

Ada juga yang terdidik oleh keluarga yang kecewa bila tidak mendapat jantina anak yang diidamkan. Saya juga sebenarnya sangat teruja untuk mendapatkan anak perempuan tapi sehingga kini masih belum termakbul. Mungkin adalah rezeki saya nanti. Saya masih menunggu..saya nak kisahkan kat sini anak anak saya si Danial, 4 tahun ni sebenarnya sangat sukakan barang perempuan.

Pernah dia terpaku bila melihat anak patung yang comel dibawa oleh budak perempuan, pernah menangis tak nak balik bila ke rumah kawan saya yang semua anaknya adalah perempuan semata-mata belum puas bermain-main anak patung..Warna pink pula adalah warna favouritenya dan suka meminta-minta saya pakaikan bedak bila saya memakainya! Saya sendiri tak tahu macam mana dia boleh berkeinginan sedemikian.Sedangkan saya tetap melayan sebagai seorang anak lelaki..

Jadi ibubapa harus memainkan peranan kat sini untuk menyedarkan si anak tentang sifat tabie mereka. Kalau saya ikut kemahuannya mungkin bertambah lagi kroni Mohd Fadzil..Memang agak sukar kerana dia akan menangis bila kehendaknya ditentang tapi itulah cabaran. Alhamdulillah.. ..kini anak saya dah berubah dan terima hakikat dia adalah lelaki! Dia sudah lupa mainan perempuan. Semua barangan pink dan alat make up kini semuanya milik Ummi. Untungnya bila tiada yang nak berebut dengan saya. Hehehe ..

Saya sangat suka baca ayat-ayat ini:

“Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”.

P/s : syukurlah segala kurniaan Allah..



Monday, December 14, 2009

Nikmatnya Menjadi Seorang Wanita

artikel ni adalah email yang saya terima daripada salah seorang member Mypsa (persatuan Pelajar-pelajar Melayu Western Australia)

Almarhum Sukarno pernah berkata "wanita ibarat pohon karet (pokok getah) " Kata-kata ini membuatkan ramai wanita yang marah. Tidak perlulah dihuraikan apa maknanya kata-kata itu. Maklum sajalah pokok getah waktu mudanya amat berguna dan apabila sudah tua akan dibiarkan atau ditebang saja. Paling tidak pun digunakan untuk membuat perabot.



Rasulullah saw. mengatakan bahawa para isteri yang beriman semasa di syurga nanti akan lebih cantik dari bidadari, maka tidak perlulah khuatir masa itu suami kita akan lebih tertarik pada bidadari atau isterinya sendiri. Macam-macam ungkapan disebut tentang wanita. Namun yang pasti kita adalah makhluk yang perlu sujud pada pencipta Yang Maha Agung, yang diberikan tanggungjawab tersendiri sebagai khalifah di bumiNya ini.


Saat yang paling bahagia bagi seorang wanita dan selalu diceritakan kepada rakan-rakannya ialah :


* saat pertama kali jatuh cinta dan diterima cintanya
* saat orang yang dicinta mengucapkan akad nikah sebagai suami
*saat pertama kali doktor mengesahkan yang ia bakal jadi ibu
* saat doktor menyerahkan bayinya yang baru dilahirkan
* saat anaknya mula pandai melangkah
* saat anaknya mula menyebut 'ibu' atau yang seistilah dengannya
* saat pertama kali membawa anak ke tadika


Semua itu adalah nikmat yang tidak terucap dengan kata-kata.


Saat seterusnya adalah rentetan saat-saat cemas yang saling berganti dengan saat-saat bahagia membesarkan anak. Di sebalik setiap nikmat yang Allah anugerahkan ada tuntutan amanah yang besar untuk dilaksanakan.


•Nikmat bila dicintai adalah upah keatas usaha yang bakal kita lakukan bagi meramaikan ummat.
•Nikmat dimartabatkan sebagai ibu adalah upah disebabkan beratnya tugas mendidik anak yang akan menjadi khalifah penjaga bumi. Kasihnya Allah tidak terhingga, upah diberi sebelum tugas dijalankan. Namun kadang-kadang kita lupa mensyukurinya apalagi untuk menunaikannya secara sempurna. Di masa-masa tertentu kita merosakkan nikmat itu.
•Nikmat memiliki suami kadang-kadang disia-siakan dengan menderhaka padanya.

•Nikmat memilik rumahtangga kita tukarkan ia dari syurga menjadi neraka dunia

•Nikmat menjadi ibu kita ketepikan dengan meletakkan kerjaya lebih utama

•Nikmat memiliki anak cerdik dirosakkan dengan berbangga-bangga pada orang lain


Nikmat kadang-kadang dilambatkan atau tidak diberikan kepada sebahagian wanita kerana Allah tahu wanita itu mungkin tidak sanggup menggalas amanat dihadapannya nanti atau ada nikmat lain yang disimpan untuknya yang akan diberikan dikemudian kelak.


Kebahagian itu adalah nikmat. Keperitan pula adalah nikmat yang ditangguhkan. Tidak ramai orang mensyukuri nikmat memiliki suami apabila suami yang dimiliki bukan impian dihati. Sedangkan Allah tidak pernah menyatakan bahawa pahala melayan suami yang kacak dan tidak kacak adalah berbeza banyaknya. Walaupun syurga isteri bukan terletak di tapak kaki suami, namun redha suami adalah nikmat yang sangat besar kerana ganjaran pahala yang dianugerahkan Allah tidak ternilai harganya.


Redha Allah pada si isteri bergantung pada redha yang diberikan suami. Wanita yang derhaka pada suami tidak akan mencium bau syurga. Allah tidak menghukum seberat itu kalau bukan kerana ada sesuatu yang penting berhubung dengan kesetiaan isteri pada suami.


Walaupun wanita bersifat lemah, namun dia boleh menjadi penghancur atau pembina kejayaan seorang lelaki. Nikmat hanya akan berharga apabila ia hilang dari kita.


p/s: saya tak tahu dah berapa kali saya baca email ni..ia benar-benar menyentuh hati wanita saya. Syukur sangat-sangat kerana telah terpilih oleh Allah untuk bergelar sebagai isteri dan ibu. Ya Allah janganlah engkau jadikan aku hamba yang kufur nikmatMu.

 

Saturday, December 12, 2009

Selamat Hari Lahir Danish

Hari ni, 12 Disember adalah birthday Danish yang keenam.. Rasa cam baru lagi ummi bertarung nyawa melahirkan abelong ni. Danish sebenarnya bukanlah anak sulung yang lahir dalam keluarga saya. Dia adalah anak kedua saya setelah kakak sulungnya meninggal dunia ketika saya lahirkannya. Nantilah jika berkesempatan dientry akan datang.




homemade cake birthday by ummi..hiasan tu beli kat kedai je..


psp a dreamed gift from abah..
Danish dilahirkan 3 minggu lebih awal daripada due date yang sepatutnya pada 4 January 2004. Pada minggu ke35 kandungan, saya telah membuat scan di sebuah hospital swasta di Kota Bharu, didapati air ketuban kering. Dua minggu kemudian, semakin kurang. Saya menjadi bimbang kalau-kalau sejarah kelahiran sulung berulang, dengan nasihat doctor, saya membuat keputusan untuk bersalin secara induce walaupun belum ada sebarang contraction. Tapi tidak berkesan agaknya ubat diberikan doctor itu menyebabkan dia tidak keluar walaupun saya habis tenaga untuk menerannya. Alhamdulillah akhirnya saya selamat melahirkannya secara cesaerian.

Danish adalah anak yang senang dijaga kerana tidak pernah ada masalah kesihatan kalau ada pun setakat demam sikit-sikit sahaja. Harapan ummi dan abah agar Danish terus sihat selamanya dan menjadi anak yang berguna serta bahagia hidup dunia dan akhirat. We luv u,Danish..



Thursday, December 10, 2009

Apa Ada Pada Nama





Teringat zaman sekolah dulu saya sangat tidak suka dengan nama saya ‘Hamizah’. Bukan apa selalu sangat diejek-ejek oleh kawan-kawan lelaki sebagai ‘Hamzah’. Selalu sangat berangan alangkah baiknya kalau nama saya Emmy, atau Sally, atau Erni atau Rosmawati, atau Rose..


Saya tanya mak kenapa saya diberikan nama Hamizah? Mak cakap dia rancang untuk menamakan saya Nor Azila. Tapi ayah berkenan dengan nama anak Tok Guru yang ajar mengaji kat kampung saya yang juga bernama Hamizah. Jadi masa mendaftarkan kelahiran saya, ayah menamakan saya sebegitu. Sejak-sejak dengar cerita mak, saya mula menggambarkan diri saya sebagai Nor Azila..mmm biasa la kan, dunia kanak-kanak memang penuh dengan imaginasi..

Saya mula faham maksud nama saya ketika kakak saya membeli buku-buku nama Islam untuk anaknya. Sangat indah rupanya maksud nama Hamizah iaitu, riang, gembira dan bijaksana. Mulai hari tu saya sangat berterima kasih kepada ayah kerana memberikan nama yang terindah ini untuk saya..

Untuk anak-anak, saya tidak pernah menyediakan satu nama yang khusus bagi seperti kebanyakan orang yang sejak dalam kandungan anak-anak dah ada namanya kan. Nama anak saya ringkas sahaja yang sulung, Muhammad Danish (maksudnya bijak), yang kedua Muhammad Danial (nama salah seorang nabi, ada juga yang berpendapat nama lain bagi Nabi Daud). Bagi saya, cukuplah sebuah nama yang simple tapi memberikan makna yang besar.


berilah nama yang terbaik untuk anak..

Menurut Islam sendiri pun, bukanlah wajib memberi nama yang baik kepada anak tetapi perlu juga berhati-hati dalam memberi nama anak kerana nama-nama yang tidak baik maksudnya mungkin meninggalkan kesan buruk kepada mereka kerana nama adalah pengenalan dan identity kita sebagai seorang muslim. Rasulullah pernah bersabda:

"Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari qiamat dengan nama-nama kamu, dan nama-nama bapa kamu, maka perindahkanlah nama-nama kamu itu
(Riwayat Abu Daud)

Dalam menamakan anak ini syarak telah menetapkan beberapa panduan untuk memilih nama anak sebagai berikut:

* Hendaklah nama yang dipilih itu memberi pengertian dan maksud yang baik. Sehubungan dengan itu kita dilarang untuk menamakan anak-anak kita dengan nama yang buruk yang boleh menjejaskan kehormatan dan mungkin menjadi sendaan dan memalukan anak tersebut.

* Jangan namakan anak dengan nama-nama yang khusus kepada nama Allah seperti Ahad, Ar-Rahman, AL-Khalid dan sebagainya. Sekiranya nama ini hendak diberikan kepada anak kita maka hendaklah disertai dengan nama lain di hadapannya seperti Abdul Rahman, Abdul Khalid dan sebagainya.

* Jangan menggunakan nama yang dikaitkan dengan Abdul (hamba kepada lain dari Allah seperti Abdul Uzza (hamba berhala Uzza), Abdul Nabi (hamba kepada nabi) dan sebagainya.Ulama bersepakat mengatakan bahawa menamakan sedemikian adalah haram.

* Elakkan dari menamakan anak dengan nama-nama orang kafir atau nama-nama yang menyerupai nama bukan Islam seperti Jon, Sally, sebagainya.

Semoga panduan ni membantu kita semua memilih nama terbaik untuk anak..





Tuesday, December 8, 2009

Masaklah Untuk Suami & Anak-anak

Kalutnya seorang kawan saya bila ibu dan bapa mertuanya nak berkunjung. Yang paling dibimbangnya apa yang nak dimasak untuk dihidangkan untuk mertua..macamana pembaca blog ni? Suka masak tak?


Bagi saya memasak adalah hobi no wahid. Sebenarnya kegemaran ni datang setelah berkahwin. Abang seorang yang cerewet dalam bab makan. Sebelum bertukar profesion sebagai lecturer, dia adalah auditor. Pulang ke rumah paling awal pukul 9 malam kadang pukul 2 pagi baru boleh tengok mukanya. Itupun dalam keadaan saya yang mamai.. huhuhu..Dia pulang biasanya dalam keadaan lapar sebab dia hanya akan makan tengahari kat ofis dan sanggup berlapar untuk makan di rumah!

Mula-mula rasa kekok juga bila hari-hari kena masak. Tapi yelah alah bisa tegal biasa, kan. Penat macam mana pun mesti masak walaupun hanya nasi putih diregukan dengan sejenis sayur dan lauk. Kami hanya akan makan kat luar bila tak sempat makan kat rumah. Atau sesekali sekala ke pasar malam. Itupun hanya satu menu kegemaran kami satu family sewaktu berada kat Setiu, Terengganu iaitu nasi air/ bubur nasi. Sampaikan penjualnya dah kenal kami..

Justeru bila datang ke Perth ni taklah panik sangat sebab dah ada sikit-sikit skill, cuma mantapkan sedikit sebanyak yang telah ada. Ruginya, kan kalau tak masak..sekurang-kurang kita dah buat sesuatu yang menyenangkan hati suami. Puas bila tengok suami dan anak-anak berselera makan hasil air tangan sendiri. Walaupun begitu kadang bimbang juga sebab selera saya pun bertambah bila makan beramai-ramai..hehehe

Selamat memasak semua..

Friday, December 4, 2009

Memaksa dan Terpaksa

Peperiksaan SPM masih lagi berjalan hingga peretengahan bulan Disember ni. Debaran pasti merajai perasaan bagi yang menghadapinya. Selesai menjawab belum pasti hilang debaran..berdag dig dug lagi menantikan keputusannya pula.


Itulah yang pernah saya hadapi 14 tahun lampau. Study bermati-matian kerana matlamatnya masuk university selepas SPM. Terlalu boring untuk ke sekolah. Macam-macam kerja rumah dibekalkan guru. Saya ni memang tak suka buat kerja sekolah. Saya suka study ikut mood. Tak payah buat jadual sebab saya pasti mengenepikannya. Jadi bila ada kerja sekolah, saya rasa mood belajar terganggu. Ikhlas saya akui saya jarang menyiapkannya. Macam-macam alasan saya berikan kalau ditanya guru. Nakalnya saya masa tu! Tapi Alhamdulillah saya antara top 5 student masa tu..itu yang cikgu tak tergamak nak marah kot..hehehe

Sebenarnya masa belajar kat sekolah menengah zaman yang paling boring dalam hidup, kerana ketiga-tiga kakak saya sudah menjejakkan kaki ke university (saya anak yang keempat dan jarak antara kakak ketiga 5 tahun). Jadi harapan keluarga tertumpu kepada saya. Apatah saya masih ada 5 adik. Saya inarat anak sulung mak selepas kakak masuk university. Pernah saya mendapat nombor corot ketika form 2.. semuanya beri nasihat supaya baiki prestasi. Tapi bagi remaja seperti saya, itu semua nasihat adalah leteran yang sangat membebankan jiwa. Untuk memenuhi kepuasan semua orang sangat susah, walaupun sedar itu semua untuk kebaikan saya sendiri.

Itu masyarakat Malaysia kini sangat obsess untuk melihat anak-anak berjaya dalam peperiksaan. Bilangan A yang banyak menjadi kegilaan ibu bapa. Sehingga anak-anak sudah hilang zaman bermainnya. Semua perbuatan yang dillakukan adalah untuk kecemerlangan akademik.. Ah, gila betul.Kadang-kadang agama pun disisihkan. Tak solat, tak sembahyang, tak puasa tak apa asalkan pencapaian akademik bagus. Akhirnya anak dah jadi robot bernyawa..tak tahu menilai baik dan buruk.

Sekarang ni, anak-anak ada yang sudah dihantar pelbagai tuisyen atau kelas sejak umur 5 tahun hingga ke malam oleh ibu bapa. Ditambah lagi kelas tambahan yang dianjurkan pihak sekolah bila mula bersekolah. Kasihan mereka. Mungkin mereka seperti yang saya alami dahulu. Tapi saya alaminya ketika usia sudah menginjak belasan tahun.

Bertambah parah apabila mereka di paksa pula selepas PMR untuk memilih opsyen yang mereka tidak gemari kerana dasar kerajaan 60-40, iaitu pelajar yang mendapat keputusan PMR sekurang-kurangnya C untuk mata pelajaran Sains dan Mate wajib mengikuti aliran Sains. Bayangkan dengan result yang ‘cukup-cukup makan’ mereka terpaksa memikul beban yang sememangnya tak tergalas. Tak hairanlah sekolah adalah tampat yang sangat mengerunkan bagi mereka. Jangan salahkan mereka jika tidak sukakan sekolah.

Teringat pengalaman mengajar di dua buah negeri iaitu Johor dan Terengganu .. pelajar Johor, bila dinasihat supaya rajin-rajin belajar mereka memberi alasan kilang-kilang yang banyak menyebabkan mereka teruja untuk tidak meneruskan pelajaran. Pelajar kat Terengganu pula dah membayangkan mereka akan jadi nelayan bila tamat belajar nanti. Alangkah bertuahnya kalau pelajar ni diberi kemahiran untuk menjadi juruteknik kilang daripada operator kilang atau mengusahakan kilang sendiri, atau dilatih untuk menjadi nelayan yang berkemahiran tinggi di laut dalam bukannya menjadi kuli bangsa lain.

Saya dan abang memang sepakat anak-anak mesti diberi ruang untuk berseronok. Saya tak akan marah kalau si Danish nak main dengan adiknya atau kawan-kawan. Biarlah dia merasai zaman kanak-kanaknya sepuasnya. Tapi tetap dipantau supaya tidak melampaui had. Saya tak pernah memaksanya membaca buku, tapi bacakan untuknya. Belikannya buku dari kecil supaya dia terbiasa dengan budaya membaca. Dengan latihan kat rumah dan asuhan kat sekolah, dia mampu merutinkan diri. Namun kalau dia enggan solat atau baca al-Quran ada hukumannya..Alhamdulillah dia mula menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.

Mula-mula sampai kat sini, saya pelik sebab tak pernah diberikan kerja rumah oleh guru. Bimbang juga kalau-kalau dia tak faham apa yang diperkatakan guru kerana dia bukannya faham sangat English. Tanya juga kawan-kawan lain, rupa-rupanya anak mereka pun sama. Sungguhpun begitu, setiap hari dia akan bawa balik kerja-kerja yang dihasilkan disekolah. Bukan setakat tulisan malahan pelbagai kraftangan dan lukisan..sampaikan sekarang dah berkotak-kotak hasil kerjanya. Ada sesetengahnya saya telah buang kerana tak muat ruangan untuk menyimpannya.

System pendidikannya memang tidak menekankan pelajar. Tiada peperiksaan, tiada ujian. Namun mereka tetap berjaya. Mereka diberi pilihan seluas-luasnya untuk memilih berdasarkan kebolehan bila memasuki year 11.. Peperiksaan hanya diadakan untuk pelajar yang memilih untuk menyambung pelajaran selepas tamat year 12..alangkah bahagianya mereka..walaupun tak ramai yang memilih untuk menyambung pelajaran ke university, mereka berjaya berdikari mengendalikan hidup mereka tanpa mengharapkan peluang kerja daripada kerajaan atau swasta. Ramai juga yang tidak berjaya, mungkin tidak ada nilai-nilai agama dan moral dalam pembelajaran mereka..

Alangkah manisnya jika kita mempraktiskan pendidikan mereka, diserikan nilai agama mulia kita, Islam..bilakah akan jadi kenyataan?..

p/s : Saya bukanlah pengkritik kerajaan, tapi sebagai pendidik saya sangat bersimpati dengan nasib anak bangsa.



Tuesday, December 1, 2009

Budaya Membaca di Bumi Kanggaroo

Ya Allah malasnya nak berblog sejak-sejak tak boleh nak upload gambar kat blog ni..Namun bila ada juga berkunjung setelah hampir seminggu tak update blog, kesian juga org..asyik-asyik tengok entry yang dah lapuk ni.. so saya gagahkan diri untuk entry berikutnya, budaya membaca mat saleh kat negeri kangaroo..

Kalau sebelum ni macam-macam statistic dah keluar kat akhbar menunjukkan orng kita malas membaca. Tapi hati saya tetap mengatakan orang kita rajin membaca..kerana saya rasakan saya sendiri adalah orang yang rajin membaca. Setiap hari, masa kat Malaysia saya memang akan melanggan surat khabar kat koperasi sekolah dan saya akan pastikan saya akan baca hampir semua isi kandungannya KECUALI segmen sukan. Saya memang tak minat dengan sukan Malaysia walaupun saya suka melakukan exercise hampir setiap hari!

Itu cerita surat khabar, setiap minggu pula saya akan beli lagi majalah Mingguan Wanita atau Harmoni untuk tambah bahan bacaan. Kadang-kadang ke kedai buku untuk beli buku-buku ilmiah tak kira buku agama atau novel atau apa2 buku yang menarik perhatian saya.Atau pun pinjam sahaja buku-buku atau majalah daripada kawan-kawan.

Kat sini pula, dua kali seminggu, ada surat khabar komuniti, diedarkan secara percuma..saya akan baca sepenuhnya untuk baiki English skill. Kadang-kadang ke garaj sale atau swap market, atau kedai barang terpakai untuk dapatkan buku-buku second hand..Paling tidak merayap dari blog ke blog untuk cari bahan bacaan.So saya memang bermati-matian menafikan orang kita malas membaca..

Tapi bila sampai kat sini, akhirnya surrender,angkat kaki dan tangan..memang kita kalah dengan mat saleh. Diorang memang rajin membaca.Library kat sini memang hidup, setiap masa ada orang. Pernah saya ke library ketika library mengadakan sale buku-buku yang nak dilupuskan. buku-buku dijual mmemang murah. banyak juga yang menarik hati saya tapi memandangkan untuk membayar, terpaksa beratur hampir 500 meter, saya mengalah..Kagum saya dengan kesungguhan mereka walaupun ada yang datng dengan anak kecil. mereka sanggup besesak-sesak hanya kerana beberapa buah buku.

Tertanya-tanya juga kenapa la diorang ni suka membaca? Saya perhatikan tabiat mereka, sejak dari kecil lagi memang dilatih dengan budaya membaca. Bermula dari rumah seusai dari kecil, telah dibacakan buku oleh ibu bapa sebelum tidur.Bila masuk sekolah, dari pre-primary, mereka telah melatih kanak-kanak ni meminjam buku setiap minggu. Kalau si Danish setiap hari Rabu adalah hari dia dan kawan-kawan sekelasnya ke library..minggu berikutnya, hantar buku dipinjam. Sejak dia mula dapat mengingat hari sendiri saya dan abang tak perlu mengingatkannya..dengan sendiri dia akan ambil beg buku untuk hantar dan pinjam buku baru. Bila balik je dari sekolah, tak sabar-sabar nak tunjukkan saya buku tersebut. Saya akan bacakan buku untuknya! Walaupun penat dia tak merungut.. malah sanggup habiskan buku dulu sebelum makan. Begitulah exitednya dia dengan buku-buku. Hinggakan semua buku nak dibaca. Sekarang dah tau baca sendiri, senang la kerja ummi..

Saya sendiri teruja melihat perkembangannya, kalau dulu memang banyak dalihnya bila disuruh baca buku. Dengan budaya ni juga, dia sudah pandai membaca dengan lancar, walaupun baru 6bulan belajar kat sini! Di samping itu juga, sejak masuk term baru,bulan Oktober lepas, sekolah mula membekalkan anak-anak dengan sebuah buku sehari. Tugas ibu bapa, ajarkan mereka. Disediakan juga sebuah fail untuk disain sebagai bukti buku tersebut dah dibaca.. so sekolah dan Ibu bapa sama-sama terlibat dalam pendidikan. Saya percaya semua kanak-kanak yang bersekolah, memang tidak ada masalah buta huruf. Berbeza dengan Malaysia, sampai form 5 masih ada sekurang-kurangnya sepuluh orang pelajar yang tak tahu membaca.. sedihnya bila terkenang nasib bangsaku..bila nak berubah..

Wednesday, November 25, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha semua..

Hari Raya Haji kat sini mungkin lebih meriah daripada raya posa. Sebab semua warga Malaysia kat Joondalup, Perth tak balik beraya kat kampung..meriahnya lebih terasa.

Anyway, selamat berkorban semua..

Tuesday, November 24, 2009

Tolong! Tolong! Tolong!

Ada sapa2 yang dapat bantu saya selesaikan masalah?

Tak boleh upload gambar..rasanya saya dah terdelete masa adjust HTML.. bila check sekali lg dah tak tau mana satu kodnya.

Tolonggggg...tolonggg..

Saturday, November 21, 2009

Alpanya Aku

Rutin hari Sabtu saya & family kini berubah bila tidak lagi menghantar catalog..

Entah macamana saya boleh terlepas pandang salah satu catalog ni ada yang mengiklankan arak..minggu lepas baru saya menyedarinya. Ya Allah ampunkanlah hambaMu yang lalai lagi alpa ini.

Mari kita renungkan ini:

Dari Annas bin Malik katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“ “ Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :-
1. Pembuatnya,
2. pengedarnya,
3. peminumnya,
4. pembawanya,
5. pengirimnya,
6. penuangnya,
7. penjualnya,
8. pemakan wang hasilnya,
9. pembayarnya
10. dan juga pemesannya.” (Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)[3]

*mungkinkah saya tergolong daripada golongan kelapan? Takutnya.. Nauzubillah..
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Arak_dalam_Islam#Dalil_Hadis_kutukan_Allah_tentang_arak

Friday, November 20, 2009

Bila Summer..

Saya dapat perhatikan bila summer bermula je..

1.Suhu meningkat drp 2-19 darjah celcius (suhu masa winter kat sini, tak de salji mungkin dah dekat dengan Khatulistiwa tapi sejuknya tetap menyesakkan jiwa..huhuhu) kepada 28-45 darjah celcius. .Australia adalah antara negara yang paling kering di dunia..Panas yang amat sangat menyebabkan nak keluar rumah untuk jemur kain pun rasa malas sangat2. Tapi yang bestnya, dalam masa satu jam kain dah kering.

2.Banyak tetamu yang tak diundang drp spesis haiwan spt lipas, semut, ulat ular etc.winter je semua ghaib..So kena beringatlah segala timbunan sampah2 kena clear sebelum ‘mereka’menyerang..

3. Waktu solat dah berubah secara drastic, pukul 3.30 dah subuh 5 lebih dah habis subuh..silap-percaturan, subuh jadi gajah daa..teruknya.. Lepas solat sambung tido balik la. Biasanya saya tak suka tido lepas subuh. Jenuh juga nak menyusun semula jadual hidup..Pukul 5 pagi cuacanya dah macam pukul 8 kat Malaysia..

4.Simpan semua sweater dan pakaian sejuk dalam stor. Nikmatnya dapat pakai baju selapis. Kalo tak, saya dah macam ‘mak bear’..dengan badan yang agak comel ni saya nampak bertambah comel semasa winter..
Kalau berada kat luar saya cukup kesian dengan abang dan lelaki lain, kerana winter semua pompuan berbungkus, tapi masuk je summer semua pakai baju tak cukup kain..kalo gini kita berkurung kat rumah je ye..bukan apa, kot bertambah-tambah dosa. Kita sayang laki tau..hehehe

5. Apa ke fesyen pon saya tau, mat saleh ni tak kira tua ke muda ke, lelaki ke pompuan ke, memang suka berkaki ayam bila summer. Tak kematu ke kaki diaorang ni? Yang pasti diorang ni memang pengotor. Dengan kaki kotor tu dia selamba je masuk rumah. Tak ke pengotor namanya.

6. Bil elektrik naik naik melambung sebab kipas berpusing 24 jam.Aircond memang ada tapi budget punya pasal, tunggu la on bulan 12-1 nanti masa tu kemuncak summer.. Bil gas turun pula, sebab heater kat ruang tamu saya ni menggunakan gas. Betul la kata orang tua-tua,hidup ni ada turun naiknya..

7. Pokok hijau dan subur balik. Abang hampir hampir-hampir menebang pokok kat belakang rumah winter baru-baru ni, kerana disangkanya pokok tu dah mati. Jakunnya kitorang ni..masuk spring je, ‘hidup’ balik, bertambah subur bila summer. Nasib baik tak tebang kalo tak kena potong bon bila keluar rumah ni..

Apa lagi yang menarik pasal summer ni? Dah buntu nak tulis apa..kalo ada, sambung part lain pula la. Apepon I love summer time..

Tuesday, November 17, 2009

Dora Vs Ben10

Hari Sabtu lepas saya tak ke mana-mana selepas menghantar catalog kerana abang ada meeting persatuan. Dia jadi exco MyPSA, persatuan pelajar-pelajar Melayu kat Perth ni..Saya pun melayan keboringan bersama anak-anak..Nak jalan-jalan memang tak berani kat sini, apatah saya tak pernah drive sejak datang kat sini. Ke mana-mana abang yang bawakan. Manjanya terasa..Bila dia tak ada, macam dah hilang sebelah kaki..huhuh


Hari Ahad barulah, kami berjalan-jalan. Confuse sebenarnya nak memilih ke mana nak bawa anak-anak jalan-jalan hari tu sebab ada dua tempat yang menganjurkan aktiviti yang hampir sama. Kat uni abang ada Dora the Explorer dan satu lagi kat Ben10 kat mall tak jauh sangat dari rumah. Ikutkan saya, teruja juga nak bawa anak tengok Ben10 coz budak-budak ni minat sangat..tapi abang kata aktivitinya mungkin tak menarik sangat. Mungkin cuma ada mascot saja..sebab kawasannya terhad..

ular ni la yang dipegang Danial..gambarnya ummi dah delete..sedih pulak rasanya



Danish kat kereta mainan pujaannya..


main elok-elok..


sukanya dapat main

So bawa la anak-anak ke uni abang, dekat je lebih kurang 5minit dari rumah..tak jumpa pun Dora..tapi memang banyak aktiviti yang menarik..mewarna, painting muka, pameran sains dan haiwan dan banyak game. Semuanya nak dicuba. Budak-budak, kan. Si Danial bila tengok ular, excited nak pegang, si Danish pula excited nak bila dapat naik kereta mainan..sampai ke hari ni masing-masing bercerita tentang pengalaman tu.

Sukanya ummmi bila anak-anak gembira..tapi umminya dah buat keja kurang sia-sia, bila ter’delete’banyak gambar anak-anak dari hp..huh sayangnya bila saat-saat gembira sebegini tak dapat dikongsi bersama..mahal nilainya untuk anak-anak..so layan je la gambar-gambar yang ada..

Oh rindunya..

Oh rindunya lama tak blogging..gara-gara terlalu ghairah dengan blog, 5G broadband tak cukup sebulan! Tapi bukan saya sorang yang guna..syer dangan abang tau. Dia pun ghairah dengan hp barunya..segala widget untuk hp di’download’ daripada internet..so camana 5G boleh dihabiskan dalam lebih kurang 3minggu..huhuhu.


Tq untuk semua yang masih sudi klik-klik kat blog yang tak ter’update’ ni ye..

Alang-alang dah buka story pasal broadband ada patutnya saya teruskan hingga tertutup.hehehe..Kat Malaysia dulu tak pernah langgan pun mana-mana line internet. Bukannya ada masa nak jenguk laptop atau pc. Alasan yang paling lapuk, kan.. Sebenarnya saya lebih suka tidur bila balik mengajar hingga masuk Asar barulah nak buka mata. Kemudian ajar mengaji anak-anak kawan. Lepas tu barulah sibuk nak masak, basuh kain, kemas rumah sambil terkejar-kejar dengan anak..huh penatnya masa tu..

Kat sekolah pula, di samping sibuk dengan kelas-kelas yang diajar, ditambah lagi dengan kerja-kerja pengurusan yang tak pernah habis-habis internet kat depan mata pun tak sempat nak layan. Orang yang jadi cikgu saja yang tau betapa penatnya kat sekolah. Walaupun kerjanya separuh hari, tapi beban kat kepala terbawa-bawa sampai ke rumah..

Sejak datang ke sini, barulah teringin nak godek-godek internet. So saya tak tahu sama ada harga langganan broadband yang kami langgan ni murah ke mahal kalau nak dibandingkan di Malaysia. Untuk 5G broadband yang ber’operator’kan Virgin ni, kami terpaksa bayar $39. Setiap bulan diberi lebih kurang 300mb percuma lagi..saya rasa ok la..

Broadband ni la teman saya ketika abang dan Danish tiada kat rumah..selain blogging, saya suka juga jenguk kawan-kawan kat facebook..dan yang paling penting dapat tengok wajah-wajah tersayang kat kampong melalui skype..lihatlah betapa internet banyak mempengaruhi hidup saya kini..tanpanya rindu mula menguasai diri..




Tuesday, November 10, 2009

International Food Day

Danish masih lagi dalam pembelajaran bertemakan ‘international culture’.. Hari ni sekolahnya manganjurkan ‘International Food Day’. Makanan dari pelbagai Negara akan dimasak dan dijual oleh pelajar-pelajar mengikut kelas. Kelas Danish akan vegemite sandwiches and lamingtons (boleh rujuk kat sini).

Mulanya pihak sekolah ingin meminta parents yang masakkan makanan tersebut. Saya sendiri telah diundang untuk mendemonstrasikan masakan Malaysia kepada warga sekolah. Saya berkira-kira untuk masak soto atau nasi tomato. Teruja juga nak perkenalkan masakan Malaysia walaupun tak sehebat Chef Wan! Masakan Malaysia sebenarnya agak popular kat sini selepas sorang cina Malaysia menyertai rancangan masakan no satu iaitu Master Chef..Hanya disebabkan kesilapan teknikal dia hanya mendapat tempat kedua..

Untuk tidak mahu menyusahkan kami- ‘warga international’ sekolah ni agaknya, mereka masak sendiri... Namun saya tetap kagum juga dengan system pendidikan mereka yang banyak melibatkan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak. So kita memang tahu setiap aktiviti mereka kat sekolah..

Walaupun sambutan ni meriah, saya dan abang tetap cuak untuk membenarkan Danish ke sekolah kerana semua makanan yang dijual adalah tidak halal. Malah ada kelas yang menjual makanan berasaskan babi..huhuhu..bab ni memang tak boleh kompromi, kan? Setelah berbincang kami mengambil keputusan untuk memberikan Danish ‘cuti’ hari ni..ye la budak-budak bukannya faham yang dia tahu kalo dia nampak sedap je,mesti teringin nak makan. Jadi demi kebaikannya juga Danish hanya bergumbira kat rumah bersama adiknya..ummi la plak yang pening kepala nak layan dua hero ni..



 ni la aktiviti yang selalu dilakukan bila 2 hero ummi bersama...


Monday, November 9, 2009

Bersyukurkah aku?

Apabila mengetahui abang mendapat peluang belajar kat Perth ni lbh kurang setahun lepas, perasaan saya bercampu baur..macam2 perasaan timbul, suka,sedih,tak yakin diri dan sebagainya. Suka, kerana inilah first time saya berkesempatan ke luar Negara. Sedih sebab saya ni sebenarnya homesick..xboleh berjauhan drp family.


Semasa study kat UM dulu pun saya akan balik kg setiap bulan. Bila dah kerja pun sama juga apatah lagi jarak kampong dengan tempat kerja Cuma 1jam lebih perjalanan..memang setiap dua atau tiga minggu saya akan balik kampong..So sakit kepala juga bila terpaksa berjauhan sekurang-kurangnya 3 tahun..huhuhu..apatah lagi mak saya sekarang dah semakin tua dengan penyakit diabetes dan darah tingginya,sentiasa tak sihat, menyebabkan saya sentiasa berdebar-debar..itulah ujian yang Allah berikan untuk saya dan ini juga lah pengorbanan saya utk abang..Namun sehingga hari ini, saya masih mampu mengawal kerinduan ini..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Situasi yang kedua, apalah saya nak buat bila berada di perantauan..bila dah biasa bekerja dan biasa pegang duit sendiri..(sebelum ke sini saya adalah cikgu). Camna la nak survive coz 100% hidup saya memang bergantung kepada abang..susah hati juga memikirkannya. Apatah lagi saya ni kalo dah dah jatuh hati dengan sesuatu barang, memang saya akan cuba dapatkannya sendiri..xsuka menyusahkan orang..berdikari la konon..bila sampai kat sini cuba juga intai-intai kerja yang sesuai tapi susah juga, Australia ni sebenarnya sangat diskriminasi, dengan keadaan gawat memang susah foreigner cam kita nak dapatkan kerja walaupun sebagai cleaner..tensen juga..

Tapi sekarang ni saya rasa semakin selesa tidak bekerja. Tiada komitmen yang menyesakkan dada..tak perlu terkejar-kejar date line nak hantar markah exam, nak analisa markah pelajar. Yang paling penting, tak perlu hantar anak kepada pengasuh, semua boleh buat sendiri. Rasanya bila dah tak kerja makan pakai anak dan suami sangat terjaga. Hidup dengan penuh aman, kepala pun dah tak bengkak untuk fikir nak bahagi masa antara kerja dan rumah tangga..seronoknyaaa.. Syukur kepada Allah sekurang-kurangnya saya berpeluang mengasuh anak-anak sendiri..Sampaikan sekarang saya mula mencongak-congak kalo abang mampu, alangkah bagusnya saya terus tidak bekerja bila balik Malaysia..

Itulah Allah Yang Maha Adil..Dia tarik satu nikmat tapi digantikan pula dengan nikmat yang lagi besar. Segala ujianNya ini memang berpadanan dengat kudrat kita. Alhamdulillah.. InsyaAllah aku akan sentiasa menjadi hambaMu yang bersyukur..




Sunday, November 8, 2009

Strawberry Picking

Menghabiskan masa hampir 2jam pagi ni utk memetik strawberi. Dekat je dengan rumah..lbh kurang 10 minit. Kiranya ni kali kedua petik strawberi selepas kat Cameron Highland tahun lepas. Disebabkan dah ada pengalaman sebelum ni tak lah exited sangat..


nie la ladangnya..

Cuma stawberi kat sini berbeza sikit daripada stawberi Malaysia coz ditanam kat atas tanah je berbanding hidroponik dan berpara kat Malaysia..yang penting rasanya memang manis dan buahnya besar-besar.


buahnya memang besar

Kami pergi ramai-ramai, 5 keluarga semuanya.masing sempat mengutip satu hingga lima kilo stawberi. Saya dan abang dapat satu kotak 5.9kg. Setiap kilo hanya$3. Kami diberi diskaun $3. Ok la tu kan..Kalo kat supermarket harganya dua kali ganda.
camna la nak mengerjakan strawberry ni?

Masa picking tak sedar pun, betapa banyaknya 5kg strawberi. Sampai kat rumah kena fikir pula camna nak habiskannya..huh cheesecake sedap, tart pun sedap..tapi rasa-rasanya buat jem je la..hahah..bukan rajin sangat pon..

Thursday, November 5, 2009

Talking About Malaysia

Hari ni, saya sekeluarga ke sekolah Danish yang hanya lebih kurang 700meter dari rumah kami kerana telah dijemput untuk memberi penerangan tentang Malaysia kepada Danish dan kawan-kawan sekelasnya..sesuai dengan tema term ni 'International Culture'.Plan asal, abang sahaja yang bercakap tapi last minute saya offer diri untuk bercakap sama. Nak improve English skill.. bergoyang juga nak cakap English dengan anak2 mat saleh ni cikgu2 pun ramai..7org semuanya.


Walaupun agak lama kat sini saya rasa masih kurang yakin nak speaking sebab jarang bergaul dengan diaorang ni. Dunia saya hanya rumah dan anak-anak sekarang ni.kalo nak speaking pun hanya dengan anak2 sahajalah..coz kat sini jiran-jiran tak bertegur sapa..saya sendiri tak mengenali jiran2. Mungkin juga kerana kat kawasan rumah saya hanya dihuni oleh orang muda yang kebanyakannya berumur 30-an. Malahan di sebelah rumah saya penghuninya baru berumur 21 tahun! Masing2 bz dengan kerja. Berada kat rumah hanya untuk tido dan pesta..

Berbalik cerita kat sekolah Danish.. rutin setiap hari, Danish dan kawan2nya dikehendaki tulis nama masing-masing. Kemudian beraktiviti bebas sama menyusun puzzle atau baca buku atau juga main toys yang disediakan. Lebih kurang setengah jam barulah loceng dibunyikan..




Sebelum kami memberi penerangan, kanak2 ni diarahkan mengambil ‘passport’ masing2. Terpinga2 kami..ooh rupanya untuk belajar tentang international culture ni mereka disediakan satu buku kecil berupa passport untuk mereka ‘terbang’ ke Negara yang akan dipelajari.selepas tu semua org terbang dengan Mrs.Beynes menjadi pilot..sungguh menarik.

Abang mulakan dulu, dia memang selamber la memang dah biasa speaking..dia hanya berpandukan gambar.Saya cuma ambik one of chapters iaitu pasal pakaian tradisional.. kami bawa baju melayu Danish, berebut anak2 mat saleh nak mencubanya kerana tertarik dengan sampin yang berkilat-kilat tu..Saya sendiri memakai baju kurung dan mereka juga tertarik nak tahu pasal tudung.. bla bla bla saya menerangkannya.. diorang ni ingatkan kita memakai tudung sepanjang hari waima kat rumah dan mereka juga berteka teki tentang rambut saya! Panjang ke pendek..hahaha kelakar juga mat saleh ni. Jahilnya mereka tentang Islam..harap dengan ini mereka tak confuse lagi tentang Islam. Ini kiranya salah satu cara dakwah saya kat bumi kangaroo. Alhamdulillah..berjaya juga..




Wednesday, November 4, 2009

Tips Melatih Anak ke Tandas

Bila anak dah meningkat umur 2 tahun saya mula melatih mereka ke tandas. Dengan harganya lampin pakai buang / pampers yang agak mahal, saya memang tak sabar untuk melakukannya seawal mungkin.

Ramai juga kawan merungut anak mereka bottle feeding, so susah nak aturkan anak ke tandas sendiri..sebab anak2 ini lebih kerap kencing drp yang breast feeding. Ya saya akui memang agar sukar, kerana anak saya juga bootle feeding..tapi hendak seribu daya, kan..

Di sini saya nak kongsikan tips2 yang mungkin boleh dijadikan panduan bersama, iaitu perhatikan tabiat kencing mereka..berapa jam selepas menyusu mereka akan kencing? Kalo anak saya si Danish, senang sahaja sebab dia kurang kencing selapas menyusu 2 atau 3 botol dia akan kencing.. berbeza si adik, Danial setiap lepas sebotol dia menyusu, dia terus akan kencing. So waktu2 tersebut boleh lah kita bawa mereka ke tandas..


Kalo saya, cuti sekolah waktu paling sesuai untuk melatih mereka kerana sebagai guru, saya banyak masa luang untuk itu! Memang agak membebankan. Tapi hasilnya sangat memuaskan. Alhamdulillah anak2 saya berjaya diasuh ke tandas dalam masa 2-3 hari sahaja. Bila dah biasa tak dipakaikan lampin pakai buang / pampers mereka memang tidak selesa untuk memakainya..walaupun malam.

Tapi anak saya, Danial walaupun dah mampu control kencing pada siang hari, saya tetap cuak untuk tidak memakaikannya pampers malam hari kerana memang dia kerap kencing.. Daripada pembacaan saya dapati, memang hampir 70% kanak tidak dapat mengawal kencing mereka disebabkan pundi kencing mereka tidak cukup kuat untuk menahan air kencing atau mungkin juga kerana mewarisi tabiat ahli keluarga yang turut menghadapi problem sama. Sabar sahajalah. Mungkin dia dapat mengatasinya seiring usianya..


Monday, November 2, 2009

Perth City & Frementle

Semalam, hari Ahad saya dan family menghabiskan masa kat Perth City. Nak merasakan kelainan, kami telah memilih untuk naik train sahaja. Anak2 saya memang jakun, si Danish memang dah pernah naik dgn abahnya tapi si Danial memang belum pernah naik. So nak bagi dia rasa.. Train kat sini adalah LRT kat Malaysia

Apa yang menarik perhatian saya, train kat sini menepati jadual, tak perlu tunggu lama2 dan satu lagi, remaja2 ramai yang bawa basikal mereka naik train so senang la nak bergerak kat city. Kat sini motor kurang glamer, yang naik motor biasanya org dewasa, itupun motor yang berkuasa tinggi. Tapi tak ramai juga yang suka menunggang motor. Disebabkan itulah, memang tiada remaja2 yang merempit..

selamba je bawa basikal naik train
Sampai je kat city, kecewa plak rasanya sebab MYER supermarket yang menjadi tujuan sebenar tutup. Ni salah satu perkara yang saya tak suka bila berada kat sini sebab mat saleh sebenarnya pemalas ..supermarket2 hanya buka pukul 7pagi-5petang sahaja setiap hari. Kalau malam sunyi sepi. Hari minggu, ada yang buka ada yang tutup.. Silap kami, tak check kat internet dulu..


posing kat mercu tanda jeti..

Dah tak tau nak pegi mana, abang syorkan kami ke Fremental atau lebih tepatnya Eshed Market. Tempat yang mesti dilawati bila datang ke Perth iaitu tempat menjual souvenir dan kraftangan..ada dua pilihan sama ada naik train atau feri. Kami sengaja memilih untuk naik feri nak merasa angin pantai. Tambang ke sana untuk kami 3 org (Danial free coz belum cukup 4 tahun), $57. Feri ni 2 tingkat. Kami duduk di tingkat atas coz lebih terbuka . Best juga.. dapat melihat Perth City. Perjalanan 1jam 15minit dirasakan sekejap sahaja tp agak memenatkan. Tp bagi anak2 memang sangat memboringkan.. Kesian plak..

Pemandangan Perth Pity dari laut

asyik melihat laut

Sampai kat sana je terus cari kedai makan, hanya terdapat dua sahaja kedai halal, iaitu kedai kebab dan kedai masakan India. Anak2 makan roti canai,harganya $3 sekeping. Saya dan abang makan kebab, $10 sebijik, kalo convert, mencecah rm 30 sebijik ..kat sini makanan yang dah siap memang mahal. Sekali sekali ok la..

baru turun jeti..muka pun penat jer..

Ronda2 saja Eshed Market. Tak banyak membeli barang. Saya cuma beli fridge magnet. Itupun abang yang pilihkan. Sebenarnya frust tak dapat shopping kat MYER tadi..hahah.. dah hilang mood shopping. Buruk benar perangai.. Anak dan abang beli topi sorang satu. Itu sahaja.  Nak bergambar pun malas.. masing dah kepenatan. Nanti nak balik Malaysia bulan 3, mesti datang lagi..belikan orang kampong souvenir. Lambatnya perjalanan masa..

Saturday, October 31, 2009

House Inspection

Hai, dah banyak hari tak update blog..bz manjang..sebenarnya sejak beberapa hari lepas saya memang agak bz sikit coz menunggu seorang tamu yang membuatkan jantung kami anak beranak berdag dig dug. Dia ni memang tamu tak diundang tapi 2,3 bulan sekali mesti nak menziarahi kami.. ..sapa?Dia la agen yang menjaga rumah yang disewa kat sini..



wah bz nampak..


Kat sini kebanyakan rumah sewa diserahkan kepada Real Estate of Western Australia (reiwa) untuk diuruskan. Iaitu satu badan yang menguruskan semua perkara berkaitan hartanah..so kalo nak beli rumah ke, nak jual ke, nak sewa ke bole dirujuk kepadanya. Badan ini pula melantik agen2 mereka sendiri untuk menguruskannya..

Macam kami, memang tak kenal sapa tuan rumah..kerana sejak apply rumah, kami hanya berurusan dengan agen. Proses mencari rumah pun agak rumit kat sini.!st kena buka web reiwa,pilih mana rumah yang berkenan dan berpadanan dengan budget kuarga. Sewa kat sini memang antara yang termahal di dunia. Rumah kami ni $325 p.w bermakna kami perlu membelanjakan lebih kurang $1300-1600 (RM3900-4200) setiap bulan untuk sewa rumah sahaja. Lumayankan..habislah separuh elaun KPT..Semua rumah kat sini adalah banglo dan apartment sahaja..so memang tak ada pilihan..kalo kat Malaysia boleh juga pilih rumah flat ke setinggan ke..heheh

Kalo berkenan dgn rumah dipilih, tak semestinya kita dapat. Sebaliknya kena isi borang dulu..ramai pemohon kena fight lebih sikit. Agen yang akan menentukan siapa yang layak..memang agak susah untuk mendapatkan rumah.. Bila dah menduduki rumah, segala problem kena refer kepada agen.

Setiap dua atau tiga bulan si dia ni akan membuat kunjungan..sejak tinggal kat sini lebih kurang 10 bulan dah dua kali dia datang..itu yang kami kalut sikit dua tiga hari ni..nasib kami bergantung kepadanya..kalo tak puas hati dgn keadaan rumah, kena halau lah kami. Tapi Alhamdulillah, dipermudahkan segala urusan..So pengunjung2 setia terutamanya Fara yang x sabar2 tnggu entry terbaru blog ni jangan marah sebab byk hari tak update..nanti kena jual.




Tuesday, October 27, 2009

Tv oh tv

Bila melihatkan anak2 gemar sangat tengok tv saya teringat nostalgia saya n tv..Kehidupan saya sekeluarga dulu nak dikatakan susah tidaklah sangat. Arwah ayah saya bekerja sendiri tapi masih mampu memberi kami adik beradik segala benda yang kami hendak KECUALI tv..

Bagi ayah, tv adalah penghalang besar anak-anak2 daripada berjaya dan punca maksiat. Minta la apa sahaja daripadanya, Insya Allah dia akan tunaikan..tp kalo minta belikan tv memang ayah melenting. So rumah kami memang tiada tv.

Walau bagaimana pun kami dibenarkan menumpang rumah jiran untuk menonton tv sekali saja seminggu iaitu pada hari Jumaat kerana malamnya ada drama Melayu. Saya dan adik beradik tertunggu-tunggu hari jumaat, itu pun dengan syarat tak boleh buat kecoh kat rumah orang dan kakak sulung atau kedua mesti ikut serta..Kalau diorang tak nak join, adik2 tak merasa la tengok tv. Begitulah tegasnya ayah..

Kadang-kadang kakak saya panjang akal juga supaya adik2 tak menyusahkan mereka sepanjang di rumah jiran, macam-macam helah dibuat agar kami tidak mengikuti mereka..yang sering jadi mangsa saya dan adik lelaki la..yang paling biasa, bila saya bersiap-siap sama utk ikut mereka, disuruhnya saya menemani adik lelaki tido. Tau2 saja la bila dok kat katil saya pun tertidur sekali. Jaga je dari tidur mesti saya mengamuk kerana frust tak dapat tengok tv..hahaha..Nakal sungguh kakak2 saya..

Bila diceritakan semula kini ,kami mesti tergelak besar..indahnya kenangan. Ayah pun dah meninggal 13 tahun lalu..al-Fatihah..sebelum ayah meninggal, kakak saya yang ketiga belikan kami sebuah tv 16” dengan biasiswanya, ayah cuba menghalang, tapi ibu berkeras juga kerana tidak tahan bila adik bungsu saya hampir sepanjang hari berada kat rumah jiran utk tengok tv.. Ketika itu saya sendiri akan menghadapi SPM..sebab tu la agaknya sampai sekarang saya kurang gemar menonton tv atau movie. Saya jarang sempat menghabiskan tontonan sesebuah movie atau drama..

Alhamdulillah kesemua 9 beradik berjaya. Hasil didikan mak dan ayah tercinta..


Friday, October 23, 2009

Gigi bertukar jadi duit?


Tengok gigi baru Danish..


Balik je dari sekolah semalam,belum sempat saya membuka pintu, Danish dengan bangganya memberitahu gigi susunya dah tanggal..sebenarnya ni dah dua batang giginya tanggal..sejak dari umur 5tahun tahun lagi dia dah ada gigi kekal. Mujur la dia nak gosok gigi, kalau tak susah nak menjaganya kan..Dia ni memang fobia dengan darah so agak susah juga la nak mencabutnya..

Saya bertanya dia "buang kat mana gigi tu?",dia pun seluk poket seluarnya "ni, Umi"..bertuah punya anak..ingatkan dia dah buang gigi tu.."Dah, buang kat tong sampah gigi tu", kata saya. Balasnya "Tak nak. Ayden, kawan Danish cakap kalau letak di bawah bantal, nanti di bertukar menjadi duit"..saya terangkan kepadanya "Itukan gigi buruk, mana boleh jadi duit"..dia tetap enggan membuangnya. Pujuk punya pujuk dia pun buang juga dalam tong sampah gigi tu..

Tak sangka ye anak mat saleh pun ada kepercayaan karut marut sebegini..teringat zaman kanak-kanak dulu bila gigi tanggal mak suruh saya menanam di bahagian dapur supaya bila dah dewasa pandai masak..macam2.. sekali fikir, kita ni banyak sangat amal perkara bidaah dan khurafat dalam hidup ye..

Thursday, October 22, 2009

Danish ke sekolah



Saya cuba utk uppdate blog ni hari-hari kalau boleh tp nampaknya kering idea juga ye..heheh.tp saya cuba juga..

Sejak-sejak merantau kat sini, banyak juga perkara yang sangat menyenangkan hati saya.Contohnya makanan anak kat sekolah.sekolah dia ni kecik je.bdk2 xramai. xsampai 200 orang pun..so ada disediakan kantin untuk pelajar-pelajar.tp kebanyakan ibubapa membekalkan anak2 makanan..kantin pun cam hidup segan mati x mahu la..




ni la bekal Danish

Untuk Danish setiap hari saya akan bekalkan roti yang disapu jem..bukan uminya malas tau tp ni la favourite food anak saya.rutinnya 3keping untuk dibawa ke sekolah.bila balik dari sekolah dia masih mampu menghabiskan sekurang-kurang lima keping roti lagi sehari..tak makan nasi pun tak pe..di samping tu anak2 diwajibkan bawa buah ke sekolah.apa buah sebijik sehari.



makan sama2 buah..

Diorang ni akan break dua kali sehari..1st pukul 10 pagi untuk makan buah..so buah yang dibawa tadi akan dipotong oleh cikgu-cikgu atau kadang-kadang volounteer drp kalangan ibu bapa..mereka akan makan beramai-ramai..2nd kul 12 tghari untuk lunch pula. ada juga yang membeli kat kantin. tapi untuk membeli di kantin mereka perlu menempah makanan sehari sebelumnya lagi.

 Leceh kan jadi ramai pelajar yang memakan bekal dari rumah..so senangla nak control makanan dia dan Danish sejak-sejak dok sini memang tau nak membeli sendiri  ..kalau kat Malaysia dulu walaupun di jamu kat Tadika, dia tetap nak bawa duit ke sekolah coz ada orang jual macam2 kat luar pagar sekolah..bagus juga jimat duit abah..

Sunday, October 18, 2009

Ronda-ronda di Perth Zoo





posing di atas kanggaroo..


kat sini ada monkey2



jambatan gantung pun ada..





naik replika gajah tp xnampak badan la plak




auuummm..


sukanya dapat tgk orang utan..


cak.. dia bersembunyi kat cni..


naik kura2 tiruan


ni baru ori..


lukisan aborigin..


tiga mak dara..


kita makan dulu..

Habis separuh hari meronda kt Perth Zoo...dah lama janji dengan anak2 tp ni baru berkesempatan..sukanya budak2 dapat tengok haiwan2..mak bapak budak pun apa kurangnya..tambahan lagi cuaca pun pun  tak panas sgt hari ni. cuma 27 darjah celcius.best la.. bertambah best lagi coz zoo kat sini cantik landskapnya.ada taman2.so sambil jalan2 tengok haiwan sempat lagi manjamu selera..

pegi ke sana bersama Syikin n family juga Ina n Family. 3 family semuanya..Ina ni baru je pulang dari bercuti2 kat Malaysia..tp minggu dpn dah nak balik coz hubby dia dah tamat belajar..tak tau la bila lagi boleh jumpa Ina bila dia dah balik Malaysia kan..

hampir lima jam juga kami berada di sana, dari pukul 8 hingga pukul 1tgh.penat giler.nak tercabut kaki rasanya berjalan2 sekitar zoo..