Wednesday, December 30, 2009

Jamuan Laksa & Memancing di Mindarie Marina

Semalam adalah hari yang sangat memenatkan. Sebenarnya sejak dua, tiga minggu kebelakangan ni abang dan kawan-kawan kat sini dah tergila-gila pergi memancing kat Frementle,lebih kurang 45 minit perjalananan. Ikan kat sini memang banyak. Pergi 3,4 jam dapat dua baldi penuh ikan. Musim ni musim ikan tamban, naik jemu dah menengoknya. Jadi nak menghabiskan stok ikan tu, saya dan kaum ibu, bersepakat untuk buat laksa. Menu makan tengahari kami semalam laksa Kelantan dan laksa Penang.Bestnya makan beramai-ramai.

Yang kelakarnya kawan yang first time makan laksa Kelantan, terkejut bila kami hidangkan belacan sebagai penambah perisa. Wah! sedap pujinya. Kembang kempis 'chef-chef profesional' ni. Tapi bila dia makan laksa penang, dia juga menambah belacan dipinggannya kami pula yang ternganga. Dah la laksa tu kuahnya berbelacan, ditambah lagi tak cukup dengan tu, ditambah otak udang, lagi..Kalau kaum bapa rajin mengail ikan ada orang yang akan tercabut hidung ni..

Sorry gambar makan tak sempat nak shoot.Masing-masing dah tak sabar nak ngap..

memancing di celah-celah batu..
setia menunggu kepulangan suami-suami
tengok sampah je yang dapat..
indahnya sunset di Minarie Marina

Selesai makan, lebih kurang  pukul tiga, mereka sekali lagi sepakat nak memancing ikan besar-besar pula kali ni dekat je, kat Mindarie Marina lebih kurang 15 minit daripada rumah saya. Yang menarik, kat situ ada park. Kali ni boleh la ibu-ibu join. Sambil-sambil tunggu suami boleh layan anak-anak bermain. Lepas asar bertolak..

Sampai kat sana kami tercari-cari park, tak jumpa. memandangkan hari dah nak gelap, kami cari tempat untuk lepak. Jumpa dataran. Kat situlah tempat kami lepak. Semua boring sebab kat bawah dataran tu ada jeti, anak-anak asyik nak menjengah jeti. Bahaya betul..Tak sabar-sabar rasanya nak balik.

Bapa-bapa memancing kawasan berbatu, kononnya ada banyak ikan kat situ. Sejam lebih memancing, seekor ikan pun tak dapat. Sebelum balik sempat juga menyaksikan sunset. Subhanallah cantiknya ciptaanNya. Semuanya singgah rumah saya lagi makan laksa untuk second round..Bestnya kalau hari-hari dapat berkumpul..
 

12 comments:

Ummu Ammar said... [Reply to comment]

Seronoknya Mizah..kita kt sini tgh busy dgn sesi persekolahan baru..

p/s : Che Mat yg selalu dtg jual buku tu..dah meninggal cuti sek baru ni..barah usus..

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

kalau cepat dpt ikan seronok la, kalau tak...jenuh nk menunggu :D

fa10 said... [Reply to comment]

bestnye lakso... sayo duk ssini jrg2 jah make ike. klu nok hok fresh tp muroh sikit beli la kepala ike salmon.. isi mahal.. ok la tu

mamalieyna said... [Reply to comment]

aaikk rumah baru ee..sempena tahun baru yek! laksa kelanta mmg best, dl cam tak reti mkn, bila dh rasa..sedappnyee..nak lagi!

Hamizah said... [Reply to comment]

Pah,
amik cuti tanpa gj la juga..release tension..
innalillah wainna ilaihi rajiun..baru je igt nat nak pesan kat kwn2 tanyakan buku2 sains & mate versi English kot2 ada nak lupus lepas xdiajar dlm English..tak sangka ye. itulah ajal.saya igt hr last kat Saujana jumpa dia..sedih plak rasa..

Hamizah said... [Reply to comment]

Nadiah,
itulah boringnya ms kita temankan tak dapat la plak..

Fa10,
cni memang mahal jg kalu nak bli. ikan kembung pun $10 sekilo,hak fresh mmg x la..

Hamizah said... [Reply to comment]

Mamalieyna,
mana ada rmh barunya..rmh lama jg.cam nak pindah jg rmh ni hbs kontrak bulan 2.kot2 naik harga sewa lagi.Blaja la buat laksa klantan. senang je.saya pakai spagetti je. sedap jg

yatie chomeyl said... [Reply to comment]

mmg cantik btul gmbr sunset tu..subhanallah

Chik Na said... [Reply to comment]

seronoknya makn laksa ramai-ramai... rumah kami memang suka dua-dua laksa tu sebab chik na org kelate, abahnya pulak org utara..

ps: cantiknya gambar pemandangan yg last sekali tuh

Ibuhani said... [Reply to comment]

arwah hubby k.ani pun suka memancing.....kalau k.ani n anak2 ikut, kita org siap bawak tent lg...sronok gi ramai2 kan :)

Hamizah said... [Reply to comment]

yatiey,
cantik kan akak ni la 1st time tgk..xpenah kat pantai senja2

Chik Na,
hubby org utara ye..kalu saya pilih je salah satu nak buat dua2 rs malas je..

ibuhani,
best kan..tp saya g hari xbest sgt sbb x port sesuai utk lepak2

Hamizah said... [Reply to comment]

mamaliena,
awatnya akak blur sgt..igtka rmh alam realiti yg br..rupanya alam maya..hehehe