Tuesday, December 8, 2009

Masaklah Untuk Suami & Anak-anak

Kalutnya seorang kawan saya bila ibu dan bapa mertuanya nak berkunjung. Yang paling dibimbangnya apa yang nak dimasak untuk dihidangkan untuk mertua..macamana pembaca blog ni? Suka masak tak?


Bagi saya memasak adalah hobi no wahid. Sebenarnya kegemaran ni datang setelah berkahwin. Abang seorang yang cerewet dalam bab makan. Sebelum bertukar profesion sebagai lecturer, dia adalah auditor. Pulang ke rumah paling awal pukul 9 malam kadang pukul 2 pagi baru boleh tengok mukanya. Itupun dalam keadaan saya yang mamai.. huhuhu..Dia pulang biasanya dalam keadaan lapar sebab dia hanya akan makan tengahari kat ofis dan sanggup berlapar untuk makan di rumah!

Mula-mula rasa kekok juga bila hari-hari kena masak. Tapi yelah alah bisa tegal biasa, kan. Penat macam mana pun mesti masak walaupun hanya nasi putih diregukan dengan sejenis sayur dan lauk. Kami hanya akan makan kat luar bila tak sempat makan kat rumah. Atau sesekali sekala ke pasar malam. Itupun hanya satu menu kegemaran kami satu family sewaktu berada kat Setiu, Terengganu iaitu nasi air/ bubur nasi. Sampaikan penjualnya dah kenal kami..

Justeru bila datang ke Perth ni taklah panik sangat sebab dah ada sikit-sikit skill, cuma mantapkan sedikit sebanyak yang telah ada. Ruginya, kan kalau tak masak..sekurang-kurang kita dah buat sesuatu yang menyenangkan hati suami. Puas bila tengok suami dan anak-anak berselera makan hasil air tangan sendiri. Walaupun begitu kadang bimbang juga sebab selera saya pun bertambah bila makan beramai-ramai..hehehe

Selamat memasak semua..

16 comments:

aRniNasiR said... [Reply to comment]

Saya pun macam akak juga, memasak kat rumah mostly untuk dinner walaupun kul 6pm lebih baru sampai rumah sebab suami jarang nak makan kat luar.

Walaupun tak sedap mana, tapis eronok kalau tengok suami dan anak2 selera makan.

Tapi kadang2 rasa penat dan bosan pun ada bila apa yg dimasak macam pandang tak pandang jer. Dah la penat prepare, masak dan basuh bagai.

Sejak minat menjahit saya makin rasa malas nak memasak but still masak jugak, kalau tak, kebulur pulak keluarga saya dan saya sekali.. hehe :D

Hamizah said... [Reply to comment]

salam arni, kesian juga bila isteri2 yg kerja ofis tp tkejar2 nak masak..tp yg penting masak juga, weekend sedia la bhn2 spt bwg, bwg putih, cili kering blend taklah terasa berat tgn nak msk..

Ibuhani said... [Reply to comment]

...org kata air tangan kitalah yg akan mmbuat suami n anak2 sentiasa ingatkn kita :)

cik ct payung said... [Reply to comment]

saya masak kadang-kadang. tgk mood. ada minggu yg rajin, hari2 masak. mai minggu malas, bungkus jela jawabnya. tp at least seminggu sekali tetap akan masak. tp lauk yg dimasak rotate yang sama je. sbb bila try masakan baru, tak jalan. membazir jer.

rosma said... [Reply to comment]

huhuhu sy jarang2 masak..bulan ni lum masak utk hubby lagi...almaklumlah dlm suasana honeymoon lagi..kikiki

fa10 said... [Reply to comment]

skrg ni hari2 kena masak la..balik mesia nnt x tahu mcm mana, harap2 boleh dikekalkan. hubby pun cakap siap nak bawa bekal gi ofis..hehehe, blh percaya ke?

blog mi x leh upload gmbr lg ko? blog lama sy pun x leh upload jugok, overlimit. saya buat blog baru, buat n3 kat situ pastu copy paste ke blog lama. sbb syg betul kat bumiilmu tu

Dayah said... [Reply to comment]

salam Kak Hamizah
cakap pasl masak, dulu sblm kwin mmg tak amik port.smua arwah mak buatkan..bila dah kwin n mak pun dah takde..baru nak terhegeh...tapi saya enjoy masak..yg simple2 la utk menu harian dinner.weekend je special skit..tapi special saya mungkin biasa bagi SAHM..

saya nak juga buat puding ke kek ke tapi setakat ni, jrg berkesempatan..ikut mood,ke saya malas..*wink*

ArissaPutri... Moment in My Life said... [Reply to comment]

Akak setelah jadi suri rumah sepenuh masa baru tambah skill memasak ni :).Betul kata mizah.. seronoknya hati bila masakan yg dimasak oleh anak anak & suami :)

ArissaPutri... Moment in My Life said... [Reply to comment]

seronok bila anak anak & suami puji

Hamizah said... [Reply to comment]

ibuhani,ptt hubby xsabar2 nak balik bila terpaksa pegi jauh2 hehehe..

baya, cari resepi kat internet byk baru lah jln,kalau main campak2 bg kita org yg baru berumahtangga, mesti tak sedap..cakap melalui pengalaman ni tau..

fa10, tak rugi kan kalau hari-hari masak..sekurang2nya dapat cover kesilapan kita di mata hubby..hehehe..bulih upload dah gambar.kesilapan teknikal jah..

Dayah, bagus la sekurang2kurangnya pencuci mulut je kena bli..tebal poket hubby ..

Arissa,
mesti selalu kembang kempis hidung tu ye..hehehe

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

sy sejak dtg US ni baru belajar2 menajamkn skill memasak. kat sini la 1st time buat kek..tak sangka lak menjadi. nnt nk try masak masakan yg tak pernah dimasak. puas hati rsnya bila tgk org lain mkn masakan kita wpun mgkn tak sesedap chef ;)

p/s: sy ni terbalik pulak. bila dh masak tiba2 terasa kenyang..pastu tak mkn la..mana la bdn tak kurus keding cmni..ehe..

Jasnia said... [Reply to comment]

Na ni mungkin sebab belum ada anak, jadi memang jarang masak. breakfast minum milo je...lunch..masing2 kat tmpat kerja...malam sebelum balik makan dulu....balik umah, tengok tv dan tidur je...

maya amir said... [Reply to comment]

saya insya Allah setiap hari masak.. tapi masak kasik ramai2 org makan, saya agak gelabah..heheh...

Hamizah said... [Reply to comment]

Nadiah,
bagus jg merantau ni rajin skit ke dapor ye..
bestnya rajin masak tapi tak rajin makan..untung tak pyh nak berdiet..sblm kawin akak pon g2 jg..sejak2 kawin ni laju je selera mkn.hehehe

Na,
belum ada anak pon bagus juga masak, masaklah utk suami..akak pon ada anak slps 3 thn kawin..

Maya,
sejak kat cni akak baru belajar msk utk jamuan besar2..yes, akak boleh..hehehe

cik ct payung said... [Reply to comment]

koleksi resepi dah belambak, mencuba jer belum.

Hamizah said... [Reply to comment]

cuba la baya, mesti laki hang suka...