Sunday, December 20, 2009

Snail ke Snayo, Flour ke Flower?

Beberapa hari lepas ketika menemani anak-anak bermain kat belakang rumah, tiba-tiba Danish terjerit-jerit memanggil saya "Ummi, look.." dia menunding jari ke arah siput-siput kecil. Tanya saya"what is that?". Balasnya "It's Snail",(sebutannya adalah snayo).  Saya terpinga-pinga, seingat saya sejak-sejak belajar English dari darjah satu hingga keluar universiti siput dipanggil snail..Saya tanya dia "why you called it snayo?". jawabnya "My teacher told me like that"..Iye ke budak Danish ni? Saya rujuk dictionary yang ada audio, abang download ke handphonenya. Saya dengar betul-betul. ulang beberapa kali, jelas saya dah terima ajaran sesat..



siput-siput yang dipanggil snayo

Situasi yang sama berlaku bila saya membeli tepung gandum. Dia menegur saya dalam Bahasa Melayu kali ni (memang tabiat dia campur-campur bahasa bila bercakap kat rmh) "Apa yang Ummi nak buat dengan flour (sebutannya adalah flower - bunga). sekali lagi saya terkeliru..Tanya abang katanya itulah sebutan yang betul. Gamaknya kalau kita ke kedai di Malaysia minta  flour (flower), mesti bunga yang diberi..macam-macam

p/s : * pronounciatinon utk snail (snayo), flour (flower) adalah mengikut accent American, British & Aussie
       * bila nak belajar bahasa asing kita mesti bertutur dengan penuturnya..
       * tq Danish. Banyak saya belajar daripadanya..

 

11 comments:

Mama Lubna said... [Reply to comment]

Salam ukhuwah kak hamizah.
Terima ksih berkunjung ke blog saya. Boleh tanya..Dah lama di Australia? Sambung belajar ke? Seronok baca pengalaman akak di bumi kangaroo..:)

Hamizah said... [Reply to comment]

salam ukhuwwah mamalubna,
baru feb lps datang ke sini..abang yg sambung blajar..tq sudi berkunjung. jgn serik ye.akak jg kerja kat tganu sblm dtg ke sini..

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

kat sini pun flour disebut flower. tp sy tetap pronounce it as flour. rs janggal nk sebut flower :p. rsnya aussie accent lg ssh nk fhm berbanding american..

Dayah @ Real Ummu said... [Reply to comment]

Kak Mizah..
saya lagi la yg dok Mesia ni..tau EnglishSia je la..hehehe..bagus la..mempelbagaikan vocab..

Hamizah said... [Reply to comment]

Nadiah,ausssie accent mmg lg ssh nak fhm drp american..sgt berbeza.sehinggakan dlm siri cartoon simpsons ada sindir, kononnya bila datang aussie kena tgk dictionary..

Dayah,
saja je ni nak letak n3..hbs idea daa

Good Wife, Mom to my family. said... [Reply to comment]

Assalam akak.. thanks berkunjung ke blog sya.. best baca pengalaman akak.. ;), aussie accent neh mmg beza, dulu anak2 sedara yg family dok migrate sana pon mmg tak nak ckp EnglishAussi ngan kitaorg..hehe takut tak faham..

Hamizah said... [Reply to comment]

salam pn Sufi,
ye accent aussie mmg sesetghnya tidak tdk difahami $disebabkan ngrnya luas, accentnya berbeza mengikut kawasan..

Ibuhani said... [Reply to comment]

sebenarnya.....ejaan sama tp mungkin slang atau cara pronounciation yg berbeza sbb Aussie ni lidahnya kan lain..........apa2 pun ejaan x salah dah ok.....pronounciation ikut bangsa2 sendiri kan....huhhu...anak2 Hamizah englishnya nanti slang Aussielah gamaknya :)

Hamizah said... [Reply to comment]

ibuhani,
sekarang ni pon dia dah terslang Aussie daaa..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said... [Reply to comment]

teringat kawan yang duduk di Britain berbelas2 tahun, fri die..to die,(friday, today) mula2 dulu selalu usik dia..siapa yang mati..ha.ha..

Hamizah said... [Reply to comment]

kat sini tula sebutannya,yatie..ay=ai