Saya rasa Malaysia masih lagi heboh dengan cerita Mohd Fadzil Min Bahari yang telah bertukar jantinanya sebagai perempuan, ke UK semata-mata ingin menikahi ‘teman lelakinya’ kerana Negara kita tidak membenarkannya. Yang paling kelakar dia mengaku masih Islam dan sangat terkilan kerana ‘budaya’ Malaysia masih tidak dapat menerima perkahwinan antara makhluk sejenis ini. Huh bila keluar kenyataan sebegini kita boleh membayangkan pegangan imannya..sungguh menyedihkan. Inilah bila iman hanya terletak pada namanya..
Kekadang rasa bingung sangat bila timbul golongan seperti ini, sedangkan Allah telah menetapkan hanya dua jantina dalam dunia. Lelaki dan perempuan, lagikan yang khunsa pun mesti memilih salah satu daripadanya..Macam mana golongan yang dah jelas jantinanya ni boleh terkeliru..
Teringat kawan adik saya ketika di tingkatan enam dia masih maskulin yang berteman wanita lagi,tetapi bila dia berjumpa adik saya kat university, dia sudah bertukar jantina..sangat cantik dengan pakaian perempuannya dan berpayu dara lagi. Pada saya ada juga golongan ini timbul sebab persekitaran mungkin dia memilih kawan yang memang dah terkeliru jantinanya. Ditambah lagi iman di dada pun kurang, semakin subur perasaan tidak puas hati dengan kurniaan Allah..
Ada juga yang terdidik oleh keluarga yang kecewa bila tidak mendapat jantina anak yang diidamkan. Saya juga sebenarnya sangat teruja untuk mendapatkan anak perempuan tapi sehingga kini masih belum termakbul. Mungkin adalah rezeki saya nanti. Saya masih menunggu..saya nak kisahkan kat sini anak anak saya si Danial, 4 tahun ni sebenarnya sangat sukakan barang perempuan.
Pernah dia terpaku bila melihat anak patung yang comel dibawa oleh budak perempuan, pernah menangis tak nak balik bila ke rumah kawan saya yang semua anaknya adalah perempuan semata-mata belum puas bermain-main anak patung..Warna pink pula adalah warna favouritenya dan suka meminta-minta saya pakaikan bedak bila saya memakainya! Saya sendiri tak tahu macam mana dia boleh berkeinginan sedemikian.Sedangkan saya tetap melayan sebagai seorang anak lelaki..
Jadi ibubapa harus memainkan peranan kat sini untuk menyedarkan si anak tentang sifat tabie mereka. Kalau saya ikut kemahuannya mungkin bertambah lagi kroni Mohd Fadzil..Memang agak sukar kerana dia akan menangis bila kehendaknya ditentang tapi itulah cabaran. Alhamdulillah.. ..kini anak saya dah berubah dan terima hakikat dia adalah lelaki! Dia sudah lupa mainan perempuan. Semua barangan pink dan alat make up kini semuanya milik Ummi. Untungnya bila tiada yang nak berebut dengan saya. Hehehe ..
Saya sangat suka baca ayat-ayat ini:
“Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”.
P/s : syukurlah segala kurniaan Allah..
13 comments:
yatie gila kan warna pink tp hubby melarang keras apa2 pakaian warna pink di sarungkan kat our baby. sbb dulu masa scan dr ckp baby girl jd ada lah few pakaian baby yg kaler pink..so, hubby cuma allow pakaikan masa nak tidur malam dan masa kecik ni je. nanti bila baby dah besar sikit, no pink at all huhuhuhu
ha kesian yatie..tapi mmg tak boleh la biasakan pink utk anak lelaki..bahaya.kot2 kita yang menyesal nanti..
ye lah kita sebagai ibu bapa kena pantau anak anak lelaki or pompuan kite agar tau yg mereka perlu jadi lelaki or pompuan dengan erti kata sebenarnya...
habis siapa nak tolong kalau ibu bapa jahil agama??biarkan saja kah?takboleh hukum caci,maki atau menghina golongan semacam ini..kesalahan orang nak heboh bagai macam kita manusia suci takpena buat dosa.
peranan orang agama sangat taikkk.menda2 begini sepatutnya yg kena lebih beri perhatian.tapi sbb sibok rebut kuasa, kejar mulia..semua lupa diri!
menilai manusia harus adil.berani nak umpat,nak apa kena berani beri jalan keluar..haihhhh.sbb benar saja tp tak adil itu dikira sifat jahanam.
pasal iman?heh.mana orang2 beragama neh??tidorkah?
fine.aku emo.
hahaha.
maaf tuan blog.jangan sama saya.kihkih.
bye.
salam
herm...pokok pangkalnya pegangan agama la kan..dan juga parents..mmg byk cabaran kalo dpt anak lebih teruja tuk ke arah situ, harus kena dgn cara nak mengajar diorang nih.. ^_^
hurul ummi,
itulah sblm kahwin, semasa kahwin kena lengkapkan ilmu agama..kalo tak kesian anak2 tanpa agama ibarat si buta kehilangan tongkat lah jdnya
mamalieyna,
ye parents mmg kena kuat..kalau tak hanyut si anak..
kesin gk ngan golongan cmni...xtau nk slhkan sape?..n camne nk tolong golongan ni balik ke pangkal jln..smg Allah permudahkn urusan hambaNya..amin.
rosma,
rasanya yg plg utama adalah parents perlu kukuhkan pggan anak spy mereka sentiasa terkawal wpun ke mana mereka berada
sebut psl lelaki merah jambu teringat lak dulu ada kuar dlm mjlh 3 (eh..ke NONA?)...ada sorg lelaki ni mmg suka betul warna pink. hmpir semua brg dia warna pink. sy yg suka yg pink pun tak smpai tahap mcm tu tp dia normal je, bkn jenis yg lembut2 tu. dia kata mula2 dulu dia segan gk sbb suka warna pink, mmg slalu jd bhn gelak tp lama2 kwn2 dia semua blh terima minat dia
Nadiah,
huh ada juga ye lelaki minat pink tapi makin bersifat 'keras'..ok lah tu..tapi kalau bdk2 baik dihindarkan
try je ni
“Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
suke bace nie...
salam ziarah...
nurayunni,
tq, sudi berkunjung datang lagi ye..
Post a Comment