Friday, December 4, 2009

Memaksa dan Terpaksa

Peperiksaan SPM masih lagi berjalan hingga peretengahan bulan Disember ni. Debaran pasti merajai perasaan bagi yang menghadapinya. Selesai menjawab belum pasti hilang debaran..berdag dig dug lagi menantikan keputusannya pula.


Itulah yang pernah saya hadapi 14 tahun lampau. Study bermati-matian kerana matlamatnya masuk university selepas SPM. Terlalu boring untuk ke sekolah. Macam-macam kerja rumah dibekalkan guru. Saya ni memang tak suka buat kerja sekolah. Saya suka study ikut mood. Tak payah buat jadual sebab saya pasti mengenepikannya. Jadi bila ada kerja sekolah, saya rasa mood belajar terganggu. Ikhlas saya akui saya jarang menyiapkannya. Macam-macam alasan saya berikan kalau ditanya guru. Nakalnya saya masa tu! Tapi Alhamdulillah saya antara top 5 student masa tu..itu yang cikgu tak tergamak nak marah kot..hehehe

Sebenarnya masa belajar kat sekolah menengah zaman yang paling boring dalam hidup, kerana ketiga-tiga kakak saya sudah menjejakkan kaki ke university (saya anak yang keempat dan jarak antara kakak ketiga 5 tahun). Jadi harapan keluarga tertumpu kepada saya. Apatah saya masih ada 5 adik. Saya inarat anak sulung mak selepas kakak masuk university. Pernah saya mendapat nombor corot ketika form 2.. semuanya beri nasihat supaya baiki prestasi. Tapi bagi remaja seperti saya, itu semua nasihat adalah leteran yang sangat membebankan jiwa. Untuk memenuhi kepuasan semua orang sangat susah, walaupun sedar itu semua untuk kebaikan saya sendiri.

Itu masyarakat Malaysia kini sangat obsess untuk melihat anak-anak berjaya dalam peperiksaan. Bilangan A yang banyak menjadi kegilaan ibu bapa. Sehingga anak-anak sudah hilang zaman bermainnya. Semua perbuatan yang dillakukan adalah untuk kecemerlangan akademik.. Ah, gila betul.Kadang-kadang agama pun disisihkan. Tak solat, tak sembahyang, tak puasa tak apa asalkan pencapaian akademik bagus. Akhirnya anak dah jadi robot bernyawa..tak tahu menilai baik dan buruk.

Sekarang ni, anak-anak ada yang sudah dihantar pelbagai tuisyen atau kelas sejak umur 5 tahun hingga ke malam oleh ibu bapa. Ditambah lagi kelas tambahan yang dianjurkan pihak sekolah bila mula bersekolah. Kasihan mereka. Mungkin mereka seperti yang saya alami dahulu. Tapi saya alaminya ketika usia sudah menginjak belasan tahun.

Bertambah parah apabila mereka di paksa pula selepas PMR untuk memilih opsyen yang mereka tidak gemari kerana dasar kerajaan 60-40, iaitu pelajar yang mendapat keputusan PMR sekurang-kurangnya C untuk mata pelajaran Sains dan Mate wajib mengikuti aliran Sains. Bayangkan dengan result yang ‘cukup-cukup makan’ mereka terpaksa memikul beban yang sememangnya tak tergalas. Tak hairanlah sekolah adalah tampat yang sangat mengerunkan bagi mereka. Jangan salahkan mereka jika tidak sukakan sekolah.

Teringat pengalaman mengajar di dua buah negeri iaitu Johor dan Terengganu .. pelajar Johor, bila dinasihat supaya rajin-rajin belajar mereka memberi alasan kilang-kilang yang banyak menyebabkan mereka teruja untuk tidak meneruskan pelajaran. Pelajar kat Terengganu pula dah membayangkan mereka akan jadi nelayan bila tamat belajar nanti. Alangkah bertuahnya kalau pelajar ni diberi kemahiran untuk menjadi juruteknik kilang daripada operator kilang atau mengusahakan kilang sendiri, atau dilatih untuk menjadi nelayan yang berkemahiran tinggi di laut dalam bukannya menjadi kuli bangsa lain.

Saya dan abang memang sepakat anak-anak mesti diberi ruang untuk berseronok. Saya tak akan marah kalau si Danish nak main dengan adiknya atau kawan-kawan. Biarlah dia merasai zaman kanak-kanaknya sepuasnya. Tapi tetap dipantau supaya tidak melampaui had. Saya tak pernah memaksanya membaca buku, tapi bacakan untuknya. Belikannya buku dari kecil supaya dia terbiasa dengan budaya membaca. Dengan latihan kat rumah dan asuhan kat sekolah, dia mampu merutinkan diri. Namun kalau dia enggan solat atau baca al-Quran ada hukumannya..Alhamdulillah dia mula menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.

Mula-mula sampai kat sini, saya pelik sebab tak pernah diberikan kerja rumah oleh guru. Bimbang juga kalau-kalau dia tak faham apa yang diperkatakan guru kerana dia bukannya faham sangat English. Tanya juga kawan-kawan lain, rupa-rupanya anak mereka pun sama. Sungguhpun begitu, setiap hari dia akan bawa balik kerja-kerja yang dihasilkan disekolah. Bukan setakat tulisan malahan pelbagai kraftangan dan lukisan..sampaikan sekarang dah berkotak-kotak hasil kerjanya. Ada sesetengahnya saya telah buang kerana tak muat ruangan untuk menyimpannya.

System pendidikannya memang tidak menekankan pelajar. Tiada peperiksaan, tiada ujian. Namun mereka tetap berjaya. Mereka diberi pilihan seluas-luasnya untuk memilih berdasarkan kebolehan bila memasuki year 11.. Peperiksaan hanya diadakan untuk pelajar yang memilih untuk menyambung pelajaran selepas tamat year 12..alangkah bahagianya mereka..walaupun tak ramai yang memilih untuk menyambung pelajaran ke university, mereka berjaya berdikari mengendalikan hidup mereka tanpa mengharapkan peluang kerja daripada kerajaan atau swasta. Ramai juga yang tidak berjaya, mungkin tidak ada nilai-nilai agama dan moral dalam pembelajaran mereka..

Alangkah manisnya jika kita mempraktiskan pendidikan mereka, diserikan nilai agama mulia kita, Islam..bilakah akan jadi kenyataan?..

p/s : Saya bukanlah pengkritik kerajaan, tapi sebagai pendidik saya sangat bersimpati dengan nasib anak bangsa.



9 comments:

layla_elyas said... [Reply to comment]

salam..saya setuju dengan pendapat akak..bila kita mengembara..baru terbuka pandangan kita tentang sistem orang lain..yang baik jadikan contoh..macamana la dengan future life anak2 kita zaman sekarang kalau tiada improvement dlm sistem pendidikan kita di malaysia terutamanya..emm..takkan nak berhijrah ke negara luar pulak??emm

Hamizah said... [Reply to comment]

salam layla,
betul la kan kata org, jauh berjalan luas pandangan..harap2 sistem pendidikan kita ada perubahan.barulah cikgu2 cam akak ni tak tensen..

Nik Fauziah said... [Reply to comment]

salam hamizah.
Akak mmg stuju dgn hamizah.. system kita terlampau 'paper chase'. Yang jadi mangsa anak-anak. Ibu bapa pun dah macam taksub nak tgk anak kumpul A berderet2. Anak yang tak dpt A tu dianggap bodoh sedangkan kemampuan dirinya yang lain tak dicungkil. Malang sungguh anak-anak kita!

Hamizah said... [Reply to comment]

salam kak nik,
itu la yang sepatutnya org politik perjuangkan..ini ntah apa2 yang di janjikan kpd rakyat..saya rasa benar-benar terkilan pd hal kebanyakan mereka menerima pendidikan dr luar negara..

yatie chomeyl said... [Reply to comment]

aah btol la akak. kat jepun pun tak di tekankan bilangan A mcm kat msia. bila dh msk universiti, baru lah ada exam. masa kecik2 ni, diorg byk main di sekolah dan bljr kemahiran2 mcm yg akak ckp tu. tp tgk org jepun maju je kan

Hamizah said... [Reply to comment]

gitu la, yati..best kan kalau msia pon cam tu..

aRniNasiR said... [Reply to comment]

Betul sesangat apa akak kata tu...exam oriented dah jadi budaya sekolah2 rendah sampai la menengah.. tution siang malam nak kejar 'kecemerlangan' kononnya.. ada parent yg suka tentukan anak ni ambil bidang apa course apa, cam saya la jugak.. kena 'paksa rela' ambil course law di universiti. Last2 x jadi lawyer sbb memang tak minat. Best kan ada pengalaman di negara orang.. boleh buat comparison dan pilih yg terbaik.

Hamizah said... [Reply to comment]

ye,arni nak buat camna, kan..crita yg dah lepas dah takdirnya begitu..let's change ur new generation

maya amir said... [Reply to comment]

ye betul..sgt2 different ngan di m'sia kan? that's why they're very open.. kat msia sgt2 exam oriented.. heard kat us, tadek exam pun..