Tuesday, December 22, 2009

Susah Sangat ke Nak Kahwin?



257 411 orang anak luar nikah dilahirkan di Malaysia. Satu jumlah yang sangat besar bagi sebuah negara Islam..Itu yang dapat dikesan. Belum dicampur yang terbuang tanpa jejak, yang tidak bersalin di hospital-hospital kerajaan pun belum termasuk dalam hitungan ini. Dan yang paling pasti yang paling ramai terlibat adalah orang-orang Islam. Bimbang kalau-kalau azab atau bala Allah menimpa kita semua sebelum golongan ini bertaubat. Bala tak mengenal sesiapa! Sabda Rasulullah:
 “Apabila zina dizahirkan dalam sebuah negeri, sesungguhnya mereka telah menghalalkan bagi diri mereka (penduduk negeri itu) dengan azab Allah." [HR at-Tabrani].

Yang lebih mengaibkan bila masing-masing menunding jari ke arah pihak-pihak tertentu bila perkara ini dibangkitkan. Saya tak nak mempersalahkan sesiapa dalam hal ini. Cuma ingin membawa anak-anak muda berfikir dan bermuhasabah diri.

Saya pernah mempersoal seorang seorang kawan perempuan sebab dia tidak bernikah walaupun sudah berumur 27 tahun (beberapa tahun lepas). Dengan wajah yang cantik jelita, memiliki kerja tetap selama 4 tahun dan mampu memiliki kereta yang diidam-idamkan, saya pasti dia patut memiliki keluarga sendiri..Susah, jawabnya. Nak nikah pun kena hati-hati memilih calon.Betul juga jawapannya. Tapi sebenarnya si dia ni dah banyak kali dirisik tapi ada saja alasannya untuk menolak. Lelaki tu tak cukup hensem la, tak suka laki kerja polis la, tak bersedia la dan yang paling melucukan dia tak berkenan dengan suara lelaki yang merisiknya..Hahaha.. Dari sini, saya menyimpulkan dia pemilih sebenarnya. Di campur belum datang jodohnya, dia belum disunting..

Saya nasihatkan dia, kita orang perempuan ni, masa muda-muda bolehlah memilih tapi kalau dah berumur sikit mulalah disisihkan. Hasil nasihat saya, (setiap hari dia datang minta kaunseling, dan saya dah jadi kaunselor cinta dia) dia akhirnya menerima seorang lelaki sebagai kekasih. Ingatkan saya dah boleh berpencen daripada menjadi kaunselornya.. Rupa-rupanya dia takut pula nak mendirikan rumahtangga walaupun dah beberapa bulan menjalinkan cinta. Masih nak menangguhkan perkahwinan dengan alasan nak kenal lebih rapat lagi. Daripada pemerhatian saya ramai orang muda bercinta bagaikan nak rak sebab nak kenal perangai pasangan sebelum kahwin!

Kaunseling saya padanya, tak payah nak bercinta lama-lama kita tak akan kenal pasangan selagi belum tinggal sebumbung. Dah sebumbung baru kita mula berkenalan sebenarnya. Daripada berbau bunga dah jadi bau tahi. Ramai yang bercinta berpuluh-puluh tahun mampu bertahan seketika sahaja bila bernikah kerana kita semua berlakon baik semasa bercinta. Tak kira lelaki atau perempuan. Betul kan. Dah serumah barulah terdedah perangai buruk masing-masing.

Saya ceritakan juga pengalaman saya bercinta dengan abang hanya beberapa bulan. Selepas pertemuan pertama, kami memang ada berhubung melalui telefon beberapa kali. Kalau nak dikira memang tak kenal pun siapa dirinya. Dalam masa yang sama saya dirisik jejaka lain melalui family saya..Saya nekad pada masa itu, solat hajat sudah, istikharah pun sudah. Saya berkeputusan untuk menerima abang. Pertemuan kali kedua kami adalah untuk membincangkan pertunangan. Alhamdulillah bahagia.. Bila kita tidak membelakangkan Allah, Insya Allah selamat hingga ke akhirnya. Kalau terjadi juga perkara tidak diingini, itu pasti ujianNya untuk hambanya untuk mengetahui tahap ketakwaan kita juga tanda kasih sayangnya..

Dalam Islam sendiri, sunat untuk mengenali pasangan kita sebelum bertunang.

Sabda Nabi kepada seorang lelaki yang ingin mengahwini perempuan: "Adakah adakahmu telah melihatnya?". Jawabnya "tidak". Kata Nabi : " Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu berkekalan".(Riwayat Tirmizi & Nasa'i).

Namun ia tidak bermakna kita bebas bergaul dengan tunangan. Segeralah berkahwin supaya dia halal bagi kita. Inilah tujuan perkehwinan yang sebenarnya..

Berbalik kepada cerita kawan saya tadi. Dia akhirnya berkahwin setelah mendengar nasihat saya. Alhamdulillah kalah jua syaitan terkutuk. Kini sedang berbahagia menunggu kelahiran anak pertamanya setelah gugur beberapa kali sebelum ini.Semoga bahagia ke akhir hayat.

Ada yang tertangguh-tangguh kawin kerana kewangan. Yelah kos orang sekarang kawin kan mahal. Ada mencecah puluhan ribu, malah ada yang sampai ratusan ribu.Mana cekau duit hantaran, nak tempah pelamin lagi, nak sewa khemah lagi, nak tempah katering..Banyak makan belanja tu. Kalau mak bapa berduit ditanggung beres kalau yang tak mampu buat loan la jawabnya. Anak dah lima orang bapa masih tanggung hutang kawin. Alangkah bagusnya duit tu dibuat bayar deposit rumah.

Kepada golongan ini apakata rujuk Jabatan-jabatan Agama Islam di negeri masing-masing. Banyak sponsor untuk pasangan yang tidak mampu berkahwin..Baru semalam 33 pasangan dinikahkan serentak oleh Jabatan Agama Johor.  Jangan malu-malu. Jangan disebabkan nak jaga status dan ego kita terjebak dengan maksiat. Jagalah maruah diri dan agama kita..

17 comments:

rosma said... [Reply to comment]

ntah!!kawin pun susah...xde wet nikah je la...huhuhu..alamak emo lak!tp munkig tu bahagian mereka..kite?xtau lg pe...hrp2 mane yg terbabs tu,cpt brek...

Mama Lubna said... [Reply to comment]

Salam. Saya suka artikel ni sebab inilah hakikat yg berlaku dlm masyarakat kita. Ramai yg menyusah-nyusahkan perkahwinan sdgkan Islam adalah agama yg mudah. :)

Nik Fauziah Nik Hussin said... [Reply to comment]

salam..

Nak kawin sebenarnya tak susah, tapi kita yang menyusahkan. Letak belanja tinggi2 nak buat kenduri besar2. At last hilang berkat dan ramai yang bercerai.

Lepas tu ramai yang terlalu memilih..tak salah memilih, tp jgn keterlaluan..pilihlah kerana agamanya. Baru berkat hidup..teringat pesanan sorang bekas kadi.. kata dia kut nak memilihpun..pastikan bakal suami ada tiga kunci..
1. Kunci rumah - (tak kiranlah sewa atau sendiri) jangan nnti dah kawin duk bawah kolong plak.
2. Kunci kenderaan - (motor ke kereta tkpe, senang untuk bergerak sana sini)
3. Kunci pejabat - adalah kerja, klu tak bekerja mcm mana nak tanggung isteri n anak2 kan?

Wallahu a'lam

Hamizah said... [Reply to comment]

Rosma,
harap2 mereka ni insaf seblm terlambat..

Mama Lubna,
tq suka belek2 blog ni.. mdh2an apa yang terpapar ada manfaatnya

Kak Nik
budaya menunjuk-nunjuk bagai irama dlm masyarakat..yg rugi generasi muda kita..
bagus jg bila dpt laki yg ada ketiga-tiga kunci ni.tp yang part kunci rmh tu dpt kunci rumah sewa pon jadilah ye..

yatie chomeyl said... [Reply to comment]

btul tu kak, bercinta lama2 pon x menjamin bhgia lepas kahwin. sbb bila dh kahwin, baru nmpk perangai masing2.

Putraz April said... [Reply to comment]

salam..

Cinta kan Allah tiada kecewa...

Firman Allah SWT "...dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),serta memberinya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." (Surah Al Talaq ayat 2-3)

Salam perjuangan..

http://ashsyumul.blogspot.com/

Putraz April said... [Reply to comment]

Salam..

Nikah dari segi bahasa arab adalah himpun,dari segi syariah ialah suatu ikatan yg mengikut rukun dan syarat2 tertentu,yg pada mutlaknya ikatan persutubuhan...jadi perkahwinan pada asalnya mengikut sebahagian ulama' fuqaha' ialah mengawal hawa nafsu daripada melakukan kejahatan seperti zina..(rujukan kitab Kifayatul Akhyar bab kitabun nikah)...

Moga beroleh barakah atas perkongsian ilmu ini...

Salam perjuangan...

Hamizah said... [Reply to comment]

yatie,
betulkan..yang dah kawin tau la ssh payah bercinta tak sama ssh payah lepas kawin..masa bercinta semua sanggup direnangi..

Putraz April,
semua cinta kita mesti berpaksikan cinta kepada Allah..tq sudi berkunjung..

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

betul..betul..dh duduk sebumbung baru kita kenal betul2 sape psgn kita sbnrnya. jdnya takyah la bercinta bagai nak rak..

Hamizah said... [Reply to comment]

Nadiah,
Cinta lepaskawin lagi best, kan..mmg boleh kenal luar dan dalam pasangan kita..

ArissaPutri... Moment in My Life said... [Reply to comment]

Cousin Chik Na kawin weekend hari tu..kenduri belah pompuan je costnya da 24k...hu hu hu

Hamizah said... [Reply to comment]

Chik Na,
sbb tu lah ramai tlanjur kononnya nak majlis grand, hutang keliling pinggang. kalau mampu pon tak septtnya membazir. Islam tak suka

syazwan safwan said... [Reply to comment]

dunia nak kiamat doh..

Alimaz-Kembara Terasing said... [Reply to comment]

salam...nak kawin tak susah...kita yg menyusahkan perkahwinan itu...betoi tak...letak belanja tinggi2...nak hantaran mahai2....nak wat kenduri besaq2....macam nak juai anak daaa....islam tak suruh semua tu...yg penting ijab dan qabul.....yang lain2 tu sunat....untuk mengelakkan fitnah....org la ni nak kawin semua buat loan......salah ka simpan det sikit2.....kan dah menyusahkan diri dan anak2 nanti...anak2 nak sekolah...mak bapak tak abih2 bayaq pinjaman kawin nak tak abih2....pikiaq dulu sebelum buat...betoi dak....(sekadar nasihat)...jangan amik hati....

anak laut said... [Reply to comment]

salam..

susah ke nak kwin?
susah kalau belum ada calon.

Hamizah said... [Reply to comment]

salam, anak laut
ye ke xcalon cam ramai je berkenan..istikharah pada Allah..Dia lebih tepat utk memilih utk kita..Insya Allah

Anonymous said... [Reply to comment]

nk nikah jgk!!!