Saturday, January 21, 2012

Takdir Allah yang Terbaik..

Alhamdulillah dah hampir 1 1/2 bulan kami satu famili sampai ke Malaysia.Tapi saya memang tak sempat langsung nak update blog sebab betul-betul bz..Balik je dari Perth, Danial anak anak saya no. dua tak sihat..Mula-mula sakit kaki hingga tak dapat berjalan.Kemudian bersambung dengan sakit perut pula. Keluar masuk hospital sampailah saya kembali mengajar.Syukur dia dah pulih..

Bila dah mengajar bertambah bz la pula dengan tugasan kerana saya posting ke sekolah baru yang jauh dari tempat suami bekerja.100km lebih..Terpaksalah kami berpisah buat sementara waktu.Suami kat KT, saya dan anak-anak ke Dungun..Memang memeritkan.Tapi apakan daya..Perancangan Allah lebih baik untuk kami..


Sejak Khamis lalu kami datang ke Perth lagi untuk menghadiri majlis convocation suami..Tahniah suamiku, Dr Nazli..Mudah-mudahan ujian Allah untuk bertambah mematangkan hubungan kita.Amiiin..

Friday, November 11, 2011

Penangan Junior Masterchef Australia 2nd Season..

Junior Masterchef Australia dah masuk musim kedua sekarang ni.Disiarkan setiap Ahad dan Isnin.Kami anak beranak memang peminat no.1 rancangan ni termasuk dua hero Danish dan Danial..Dalia je yang belum pandai tengok..Hehe..


Sejak-sejak minat rancangan ni dua hero saya selalu la nak belajar masak.Aduh! Pusing dibuatnya.Nak buat kek la, donut la, masak sayur la, macam-macam..Bukan tak nak ajar tapi banyak rintangannya.Pertama, saya dah packing segala alatan memasak..Kedua, pastinya saya ni kurang sabar nak mengajar anak sendiri.Pelik sungguh ajar anak orang ok je (boleh percaya ke ni?haha).Saya antara guru yang paling glamer semasa mengajar dulu.8tahun berturut-turut!!Tak percaya?Kena tanya rakan sekerja saya







Disebabkan bosan dengan desakan nak belajar masak, saya gagahkan diri juga.Buat cekodok a.k.a jjeput (slang klate) susu je..haha..Mujur diorang suka.Danish tukang uli, Danial jurinya.Saya juga yang kena goreng.Tak berani biarkan diorang main api..


Komen juri, "Long, you can join JuniorMasterchef now because your jjeput is so delicious".Balas Danish "Ican't join  because I have no money". "Haha", Tergelak saya kesian dia.Diorang makan sampai habis Danish siap bawanya ke sekolah untuk lunch.Terharu pula rasanya..


Apapun nanti saya akan ajar anak-anak memasak untuk latih berdikari.Tunggu la balik Malaysia ye, anak-anak..Insya Allah.Tak kisah kalau diorang nak jadi chef bila besar nanti..

P/S:Kenapa la blog ku jadi camni?Blogspot berformat baru lagi ke?

Saturday, November 5, 2011

Salam Aidil Adha..Patutlah Rasa Seronok Berada di Joondalup

Sejujurnya saya sangat gembira dan tenang berada di sini, Joondalup, kira-kira 25km dari Perth City.Serba serbi   menyenangkan hati.Bandarnya kecil saja, kalau nak dibandingkan dengan Kota Bharu pun terlalu kerdil rasanya.



Alhamdulillah ia adalah bandar yang selamat didiami.Jarang berlaku jenayah besar, tiada traffic jam, penduduknya pun memang peramah.Pendekata memang super duper la.Kalau sapa2 yang tengah mencari  tempat untuk berhijrah mungkin ini pilihan yang paling tepat.Bukan saya yang memandai-mandai ye..Jom tengok buktinya..


V


V


V


V


V


Joondalup mendapat pengiktirafan daripada UN sebagai best place in the world..


Apa pun, Malaysia tetap di hati..



Sepanjang berada di sini kami tidak pernah melakukan ibadat korban kerana penyembelihan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.Jadi selamat menjalankan ibadah korban bagi yang melakukannya, Selamat Hari Raya.Semoga segala pengorbanan diterima di sisi Allah. 

P/S: setiapa kali raya mesti mood sedih datang.Terlalu rindu famili kat kampung..