Friday, November 20, 2009

Bila Summer..

Saya dapat perhatikan bila summer bermula je..

1.Suhu meningkat drp 2-19 darjah celcius (suhu masa winter kat sini, tak de salji mungkin dah dekat dengan Khatulistiwa tapi sejuknya tetap menyesakkan jiwa..huhuhu) kepada 28-45 darjah celcius. .Australia adalah antara negara yang paling kering di dunia..Panas yang amat sangat menyebabkan nak keluar rumah untuk jemur kain pun rasa malas sangat2. Tapi yang bestnya, dalam masa satu jam kain dah kering.

2.Banyak tetamu yang tak diundang drp spesis haiwan spt lipas, semut, ulat ular etc.winter je semua ghaib..So kena beringatlah segala timbunan sampah2 kena clear sebelum ‘mereka’menyerang..

3. Waktu solat dah berubah secara drastic, pukul 3.30 dah subuh 5 lebih dah habis subuh..silap-percaturan, subuh jadi gajah daa..teruknya.. Lepas solat sambung tido balik la. Biasanya saya tak suka tido lepas subuh. Jenuh juga nak menyusun semula jadual hidup..Pukul 5 pagi cuacanya dah macam pukul 8 kat Malaysia..

4.Simpan semua sweater dan pakaian sejuk dalam stor. Nikmatnya dapat pakai baju selapis. Kalo tak, saya dah macam ‘mak bear’..dengan badan yang agak comel ni saya nampak bertambah comel semasa winter..
Kalau berada kat luar saya cukup kesian dengan abang dan lelaki lain, kerana winter semua pompuan berbungkus, tapi masuk je summer semua pakai baju tak cukup kain..kalo gini kita berkurung kat rumah je ye..bukan apa, kot bertambah-tambah dosa. Kita sayang laki tau..hehehe

5. Apa ke fesyen pon saya tau, mat saleh ni tak kira tua ke muda ke, lelaki ke pompuan ke, memang suka berkaki ayam bila summer. Tak kematu ke kaki diaorang ni? Yang pasti diorang ni memang pengotor. Dengan kaki kotor tu dia selamba je masuk rumah. Tak ke pengotor namanya.

6. Bil elektrik naik naik melambung sebab kipas berpusing 24 jam.Aircond memang ada tapi budget punya pasal, tunggu la on bulan 12-1 nanti masa tu kemuncak summer.. Bil gas turun pula, sebab heater kat ruang tamu saya ni menggunakan gas. Betul la kata orang tua-tua,hidup ni ada turun naiknya..

7. Pokok hijau dan subur balik. Abang hampir hampir-hampir menebang pokok kat belakang rumah winter baru-baru ni, kerana disangkanya pokok tu dah mati. Jakunnya kitorang ni..masuk spring je, ‘hidup’ balik, bertambah subur bila summer. Nasib baik tak tebang kalo tak kena potong bon bila keluar rumah ni..

Apa lagi yang menarik pasal summer ni? Dah buntu nak tulis apa..kalo ada, sambung part lain pula la. Apepon I love summer time..

8 comments:

Ummu Ammar said... [Reply to comment]

Salam Mizah..

Dah summer ye..seingat saya time belajar dulu kalu summer suka duk rumah jer..lg satu time utk diet sbb bila summer selera mkn jd kurang..

Kat sini hujan tak bhenti 2-3 hari ni..dah banjir pun sana sini..

Apa2pun selamat mengharungi summer..

p/s: Asiah dpt tkr ke Besut, Phat n Ct Zubaidah bakal dpt baby...

Mr PenyuBiru said... [Reply to comment]

bil aircond pun mula melambung la kut.err.. ke kat sana diorang tak pakai aircond.hehe

Anonymous said... [Reply to comment]

salam Pah,
itu dok bimbang ni pah..mulut tak boleh berenti makan..
banjir teruk ke?saujana ok?
tahniah utk diorg semua..

hamizah said... [Reply to comment]

Mr Penyubiru,
ohh budjet punya pasal, aircond jadi perhiasan je..maybe bulan dis-jan br on sekarang masih boleh bertahan

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

time summer, bahangnya mmg ya amat bahang. lain mcm panasnya..

kat sini lak nk masuk winter. sy tak pernah rs winter lg. baru 5 bln je di US..

Hamizah said... [Reply to comment]

Salam Nadiah,
kat sana sejuk sgt kan masa winter..ada snow lagi..

Chik Na said... [Reply to comment]

terkenang masa dok kat istanbul dulu ... tapi kat sana musim panasnya tak panas sgt sebab angin selalu bertiup sepoi sepoi.. maybe sebab tepi laut

Hamizah said... [Reply to comment]

Chik Na dok Istanbul dulu ye..saya ni pun dikelilingi laut tapi udara kat sini terlalu kering.rimas sgt.keluar setengah jam pon kena bw bekal air masak..