Tuesday, November 10, 2009

International Food Day

Danish masih lagi dalam pembelajaran bertemakan ‘international culture’.. Hari ni sekolahnya manganjurkan ‘International Food Day’. Makanan dari pelbagai Negara akan dimasak dan dijual oleh pelajar-pelajar mengikut kelas. Kelas Danish akan vegemite sandwiches and lamingtons (boleh rujuk kat sini).

Mulanya pihak sekolah ingin meminta parents yang masakkan makanan tersebut. Saya sendiri telah diundang untuk mendemonstrasikan masakan Malaysia kepada warga sekolah. Saya berkira-kira untuk masak soto atau nasi tomato. Teruja juga nak perkenalkan masakan Malaysia walaupun tak sehebat Chef Wan! Masakan Malaysia sebenarnya agak popular kat sini selepas sorang cina Malaysia menyertai rancangan masakan no satu iaitu Master Chef..Hanya disebabkan kesilapan teknikal dia hanya mendapat tempat kedua..

Untuk tidak mahu menyusahkan kami- ‘warga international’ sekolah ni agaknya, mereka masak sendiri... Namun saya tetap kagum juga dengan system pendidikan mereka yang banyak melibatkan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak. So kita memang tahu setiap aktiviti mereka kat sekolah..

Walaupun sambutan ni meriah, saya dan abang tetap cuak untuk membenarkan Danish ke sekolah kerana semua makanan yang dijual adalah tidak halal. Malah ada kelas yang menjual makanan berasaskan babi..huhuhu..bab ni memang tak boleh kompromi, kan? Setelah berbincang kami mengambil keputusan untuk memberikan Danish ‘cuti’ hari ni..ye la budak-budak bukannya faham yang dia tahu kalo dia nampak sedap je,mesti teringin nak makan. Jadi demi kebaikannya juga Danish hanya bergumbira kat rumah bersama adiknya..ummi la plak yang pening kepala nak layan dua hero ni..



 ni la aktiviti yang selalu dilakukan bila 2 hero ummi bersama...


5 comments:

Na Shari said... [Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
Na Shari said... [Reply to comment]

*Sorry, Na delete komen terdahulu. Banyak kesalahan ejaan. Nanti cikgu marah...*

Salam akak, tertarik jugak dengan sistem pendidikan kat sana. Agak2nya, kalau tadika Na buat sistem macam ni..Parents boleh terima tak? Hope akak boleh kongsi lebih banyak lagi mengenai sistem pendidikan kat sana. Mana la tau, Na boleh buat kelainan sikit kat tadika...

Anyway, thanks for sharing :)

Tue Nov 10, 03:24:00 PM

Hamizah said... [Reply to comment]

salam Na,
kelakar sungguh Na nih..siap leh delete2 lagi comment dia..heheh
insya Allah akak cuba selak sikit2 sistem pendidikan kat cni dalam enry2akan datang..kalo nak best lagi.datang la tgk sendiri..Na buka tadika ye? kat mana?menarik tu..

aRniNasiR said... [Reply to comment]

Best juga bab masak dan makan ni. tapi tu la kan, isu besar kalau duk luar henagar ni tentang HALAL. Kena sentiasa berjaga dan beringat dgn anak2 ni... Teringat ada dengar citer sorang kenalan, terpaksa bawa stok mee segera Malaysia banyak2 masa duk oevrsea sebab susah nak cari Halal food.

Hamizah said... [Reply to comment]

salam Arni,
kat cni alhamdulillah banyak bahan mentah yang halal. cuma kalo nak cari yang dah siap susah sikit..