Monday, November 9, 2009

Bersyukurkah aku?

Apabila mengetahui abang mendapat peluang belajar kat Perth ni lbh kurang setahun lepas, perasaan saya bercampu baur..macam2 perasaan timbul, suka,sedih,tak yakin diri dan sebagainya. Suka, kerana inilah first time saya berkesempatan ke luar Negara. Sedih sebab saya ni sebenarnya homesick..xboleh berjauhan drp family.


Semasa study kat UM dulu pun saya akan balik kg setiap bulan. Bila dah kerja pun sama juga apatah lagi jarak kampong dengan tempat kerja Cuma 1jam lebih perjalanan..memang setiap dua atau tiga minggu saya akan balik kampong..So sakit kepala juga bila terpaksa berjauhan sekurang-kurangnya 3 tahun..huhuhu..apatah lagi mak saya sekarang dah semakin tua dengan penyakit diabetes dan darah tingginya,sentiasa tak sihat, menyebabkan saya sentiasa berdebar-debar..itulah ujian yang Allah berikan untuk saya dan ini juga lah pengorbanan saya utk abang..Namun sehingga hari ini, saya masih mampu mengawal kerinduan ini..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Situasi yang kedua, apalah saya nak buat bila berada di perantauan..bila dah biasa bekerja dan biasa pegang duit sendiri..(sebelum ke sini saya adalah cikgu). Camna la nak survive coz 100% hidup saya memang bergantung kepada abang..susah hati juga memikirkannya. Apatah lagi saya ni kalo dah dah jatuh hati dengan sesuatu barang, memang saya akan cuba dapatkannya sendiri..xsuka menyusahkan orang..berdikari la konon..bila sampai kat sini cuba juga intai-intai kerja yang sesuai tapi susah juga, Australia ni sebenarnya sangat diskriminasi, dengan keadaan gawat memang susah foreigner cam kita nak dapatkan kerja walaupun sebagai cleaner..tensen juga..

Tapi sekarang ni saya rasa semakin selesa tidak bekerja. Tiada komitmen yang menyesakkan dada..tak perlu terkejar-kejar date line nak hantar markah exam, nak analisa markah pelajar. Yang paling penting, tak perlu hantar anak kepada pengasuh, semua boleh buat sendiri. Rasanya bila dah tak kerja makan pakai anak dan suami sangat terjaga. Hidup dengan penuh aman, kepala pun dah tak bengkak untuk fikir nak bahagi masa antara kerja dan rumah tangga..seronoknyaaa.. Syukur kepada Allah sekurang-kurangnya saya berpeluang mengasuh anak-anak sendiri..Sampaikan sekarang saya mula mencongak-congak kalo abang mampu, alangkah bagusnya saya terus tidak bekerja bila balik Malaysia..

Itulah Allah Yang Maha Adil..Dia tarik satu nikmat tapi digantikan pula dengan nikmat yang lagi besar. Segala ujianNya ini memang berpadanan dengat kudrat kita. Alhamdulillah.. InsyaAllah aku akan sentiasa menjadi hambaMu yang bersyukur..




7 comments:

yatie chomeyl said... [Reply to comment]

mula2 mmg susah tp lama2 kita akan leh adapt dgn keadaan. good luck in ur new life ;)

~aRniNaDrah~ said... [Reply to comment]

betul2 setuju sangat. Apa kata cuba buat business from home. Cam cooking, baking or sewing ker.. target customer carilah orang Malaysia yg duk kat sana. then boleh kembangkan kpd local people. Memula tu memang susah sebab kena keluar modal. Tapi kalau plan betul2 maby boleh berjaya. Tapi, slowly take time to adapt kat sana yer.. good luck.

cik ct payung said... [Reply to comment]

kak mie, bleh ler tambah sorg lagi.

Ummu Ammar said... [Reply to comment]

Salam Mizah..

Amboi..mula2 macam x suka ye..lama2dah selesa x bekerja..

Jgn lupa anak2 murid kt sini rindu kt Mizah exsplly bdk2 1D..2D..hihihi..

Takpelah Zah..peluang yg Allah bg ni manfaatkanlah sebaiknya..buatlah apa yg x boleh dibuat sblm ni mcm mendidik sendiri anak2..mjaga suami sepenuhnya dlln.

Huhuhu..sbnrnya saya jeles sgt ngan awk sbb dpt kenal negara org n bleh rehat dr bkerja.

Hamizah said... [Reply to comment]

tq,semua..doakan saya terus gagah di negara org.

arni, teringin juga buat bussiness, tgklah camna nanti..sbb tempat saya tinggal ni xramai Melayu.

baya, insya Allah tu projek tahun depan..

pah, rindu jg bdk2 tu..tp buat sementara ni biar la saya berehat dgn kerenah diorg..heheh

ummi afifah said... [Reply to comment]

alhamdulillah.. bestnye kay negara org... lg best dpt tinggalkan kesesakan dgn budak nak exam ni.. minggu depan spm nak start.. just imagine camne cikgu2.. hee..hee..

Hamizah said... [Reply to comment]

itulah ummiafifah, negara kita terlalu 'exam oriented' semuanya mementingkan resault atas sekeping kertas.. kat cni budak2 hanya aka exam sekali je dalam hidup mereka iaitu ketika year 12, umur 17thn..utk tentukan hala tuju mereka