Tuesday, November 17, 2009

Dora Vs Ben10

Hari Sabtu lepas saya tak ke mana-mana selepas menghantar catalog kerana abang ada meeting persatuan. Dia jadi exco MyPSA, persatuan pelajar-pelajar Melayu kat Perth ni..Saya pun melayan keboringan bersama anak-anak..Nak jalan-jalan memang tak berani kat sini, apatah saya tak pernah drive sejak datang kat sini. Ke mana-mana abang yang bawakan. Manjanya terasa..Bila dia tak ada, macam dah hilang sebelah kaki..huhuh


Hari Ahad barulah, kami berjalan-jalan. Confuse sebenarnya nak memilih ke mana nak bawa anak-anak jalan-jalan hari tu sebab ada dua tempat yang menganjurkan aktiviti yang hampir sama. Kat uni abang ada Dora the Explorer dan satu lagi kat Ben10 kat mall tak jauh sangat dari rumah. Ikutkan saya, teruja juga nak bawa anak tengok Ben10 coz budak-budak ni minat sangat..tapi abang kata aktivitinya mungkin tak menarik sangat. Mungkin cuma ada mascot saja..sebab kawasannya terhad..

ular ni la yang dipegang Danial..gambarnya ummi dah delete..sedih pulak rasanya



Danish kat kereta mainan pujaannya..


main elok-elok..


sukanya dapat main

So bawa la anak-anak ke uni abang, dekat je lebih kurang 5minit dari rumah..tak jumpa pun Dora..tapi memang banyak aktiviti yang menarik..mewarna, painting muka, pameran sains dan haiwan dan banyak game. Semuanya nak dicuba. Budak-budak, kan. Si Danial bila tengok ular, excited nak pegang, si Danish pula excited nak bila dapat naik kereta mainan..sampai ke hari ni masing-masing bercerita tentang pengalaman tu.

Sukanya ummmi bila anak-anak gembira..tapi umminya dah buat keja kurang sia-sia, bila ter’delete’banyak gambar anak-anak dari hp..huh sayangnya bila saat-saat gembira sebegini tak dapat dikongsi bersama..mahal nilainya untuk anak-anak..so layan je la gambar-gambar yang ada..

6 comments:

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

seronok la anak2 dibawa ke tmpt2 cmtu :). di aussie skrg ni musim summer ke?

Hamizah said... [Reply to comment]

ye la nadiah..bdk2 suka, mak bapak dia lg suka..skrg summer sbb tu pakaian mat saleh dah singkat2 blk

Mr PenyuBiru said... [Reply to comment]

beraninya danial pegang ular. uncle pun berani jugak, berani ambik gambar org pegang ular je la, uncle nak pegang,sori to say aa.hehe

Chik Na said... [Reply to comment]

hmm...bestnya jalan jalan ...tambah tambah kat tempat org.. teringin nak g perth jugak..

Hamizah said... [Reply to comment]

Mr Penyubiru,
si Danial ni mmg berani, abahnya pun xbrani nak pegang..dia mmg suka segala xtvt outdoor

Hamizah said... [Reply to comment]

Chik Na,
jom la ke perth..banyak juga temapat menarik..