Bila melihatkan anak2 gemar sangat tengok tv saya teringat nostalgia saya n tv..Kehidupan saya sekeluarga dulu nak dikatakan susah tidaklah sangat. Arwah ayah saya bekerja sendiri tapi masih mampu memberi kami adik beradik segala benda yang kami hendak KECUALI tv..
Bagi ayah, tv adalah penghalang besar anak-anak2 daripada berjaya dan punca maksiat. Minta la apa sahaja daripadanya, Insya Allah dia akan tunaikan..tp kalo minta belikan tv memang ayah melenting. So rumah kami memang tiada tv.
Walau bagaimana pun kami dibenarkan menumpang rumah jiran untuk menonton tv sekali saja seminggu iaitu pada hari Jumaat kerana malamnya ada drama Melayu. Saya dan adik beradik tertunggu-tunggu hari jumaat, itu pun dengan syarat tak boleh buat kecoh kat rumah orang dan kakak sulung atau kedua mesti ikut serta..Kalau diorang tak nak join, adik2 tak merasa la tengok tv. Begitulah tegasnya ayah..
Kadang-kadang kakak saya panjang akal juga supaya adik2 tak menyusahkan mereka sepanjang di rumah jiran, macam-macam helah dibuat agar kami tidak mengikuti mereka..yang sering jadi mangsa saya dan adik lelaki la..yang paling biasa, bila saya bersiap-siap sama utk ikut mereka, disuruhnya saya menemani adik lelaki tido. Tau2 saja la bila dok kat katil saya pun tertidur sekali. Jaga je dari tidur mesti saya mengamuk kerana frust tak dapat tengok tv..hahaha..Nakal sungguh kakak2 saya..
Bila diceritakan semula kini ,kami mesti tergelak besar..indahnya kenangan. Ayah pun dah meninggal 13 tahun lalu..al-Fatihah..sebelum ayah meninggal, kakak saya yang ketiga belikan kami sebuah tv 16” dengan biasiswanya, ayah cuba menghalang, tapi ibu berkeras juga kerana tidak tahan bila adik bungsu saya hampir sepanjang hari berada kat rumah jiran utk tengok tv.. Ketika itu saya sendiri akan menghadapi SPM..sebab tu la agaknya sampai sekarang saya kurang gemar menonton tv atau movie. Saya jarang sempat menghabiskan tontonan sesebuah movie atau drama..
Alhamdulillah kesemua 9 beradik berjaya. Hasil didikan mak dan ayah tercinta..
0 comments:
Post a Comment