sketsa satu
semalam kawan saya ada memberikan anak saya, abelong n baby ice cream yg dibelinya daripada supermarket berdekatan..katanya dia dh pasti kandungannya halal.
sebaik kawan tersebut pulang (dia dtg sekejap sahaja),anak2saya minta utk makan ice cream tu, saya buka kotaknya. entah la camna terdetik di hati saya nk bc dl ingrediant, rupa2nya ada emulsifier (471).kandungannya syubhah la krn ia mungkin berasaskan binatang or tumbuhan.apasal kwn saya xteliti ye masa membelinya?saya berbelah bahagi utk berikan kpd anak2.
saya call suami yg berada di ofis, jwpannya xpayah beri nanti dia akan belikan yg len.saya terfikir camna saya nk terangkan kpd baby, yg berumur 3tahun yg ice cream xboleh makan..saya katakan kpdnya ice cream tu ada babi jd kita xboleh mkn.dia pun nangis sekuat hati.frust xdpt mkn ice cream.saya pujuk nanti abah bli yg lain..dia jwb "bie nk makan yg ada babi". nk tergelak pun ada geram pun ada.setelah dipujuk2 dia boleh terima kenyataan..
dia tunggu abah blk dr ofis..kesian pula saya melihatnya
hari ni kwn saya dtg lg ke rmh.saya akan bincang dengannya..
sketsa dua
semasa mendaftarkan Danish di primary school, guru kelasnya, Mr. Beyne bertanya tentang makanan yg tdk boleh di makan oleh anak saya.kami terangkan padanya semua mknan yg berasaskan binatang..so kalau ada apa2 jamuan, dia akan melarang Danish drp memakan mkanan tersebut..ataupun kalau ada kelas memasak dia akan menyediakan bahan2 yg tdk mengandungi bahan2 tersebut.memang dia sporting..saya sendiri pun sentiasa berpesan kepada Danish spy makan buah2an saja bila berada di sekolah..
lebih kurang tiga minggu lepas kelasnya mengadakan jamuan sebelum cuti sekolah.kebetulannya Mrs Beyne bercuti..so menggantikannya Mrs Hughes, saya dah katakan pada suami supaya menerangkan kepada ttg makanan halal krn dia yg menghantar Danish ke sekolah setiap hari..tp dia terlupa..bila blk dr sekolah Danish bercerita betapa sedapnya sosej yg dimakannya di sekolah. Ya Allah...apa yg telah dimakan anakku?..
inilah antara cabaran berada di rantau org..
0 comments:
Post a Comment