Sebelum baca entry ni saya nak minta maaf sekiranya mengundang ketidakselesaan pembaca..
Ceritanya begini suatu pagi ketika anak saya yang kecil mengorek-ngorek hidungnya, saya tegur dia "kenapa korek2 hidung?". Dia jawab "sebab ..... banyak.Kenapa ye umi?". Saya pun tercari-cari la jawapan utk diberikan anak yg umur tiga tahun ni..
"Oo ni sebab kita bernyawa jadi banyak la habuk2 dan debu2 masuk ke hidung". jawab saya. dia tanya saya lagi "Umi, abah ke beli nyawa ni?". hahaha nak tergelak pun ada..susahnya nk beri penerangan kepada budak yg masih pendek akal ni ye.."Tak, Allah berikan nyawa ni free je tak payah bayar apa2 percuma saja, faham?". Dia jawab "ye".saya pun tertanya - tanya juga betul faham ke budak ni..
Apepun harapan umi baby akan dipermudahkan Allah untuk faham bila besar nanti..amiiiinn
0 comments:
Post a Comment