Thursday, October 21, 2010

Maafkan Saya, Anda Muslim Ke?

Bagi saya, hidup di perantauan memang mencabar bagi seorang Muslim kalau iman tidak kukuh.Bukan sahaja dari segi berpakaian tapi juga sikap dan tingkah laku.


Saya pernah terkeliru bila diberi salam oleh seseorang yang saya jangkakan dia bukan seorang Muslim kalau dilihat caranya berpakaian. Ketika itu saya ke rumahnya kerana ada garage sale.Kami mencari vacuum 2nd hand semasa mula-mula sampai ke sini.Terpaku saya seketika nak jawab ke tidak? Apatah lagi terpandang anjing yang besar di sisinya. Akhirnya saya jawab juga "Waalaikumussalam".Tapi terus saja saya tanyanya "Excuse me, are you Muslim?". Balasnya "My dad is muslim". Haah? Saya buat kesimpulan dia bukan lagi Muslim berdasarkan jawapannya. Suaminya pun omputeh. Kesian dia..


Kali kedua saya terkena dengan salah seorang anak murid yang saya ajar mengaji al-Quran.Yang saya kenal hanya ayahnya orang Melayu Malaysian, maknya tak pernah saya jumpa tapi mengikutkan cerita si ayah, isterinya seorang Spanish yang telah lama berhijrah ke sini. Budak ni memang sepatah haram tak tahu cakap Melayu.


Biasanya lepas habis mengajar,saya cuba terapkan Fardu Ain serba sedikit. Saya pernah tanya dia "Did you pray 5 times everyday? Balasnya"Yup". Saya tanya lagi "With your dad and your mom? Balasnya" Just with my dad because my mom is Christian". Kali ni saya tercengang lagi panjang. Kesian dia. Ayahnya dah berumur 60-an, maknya muda lagi. Ke manalah hala tujunya kalau ditakdirkan bapanya mati dulu? Mungkin berulang lagi kisah pertama tadi? Mudah-mudahan dia kekal muslim..


P/S: Keadaan ni mungkin berbeza dengan Malaysia, kan? Rata-ratanya yang berpakaian tak menutup aurat tapi tetap mengaku Muslim..


33 comments:

kakcik said... [Reply to comment]

Kesian kat anak-anak itu. Pegangan yang bagaimana dibawa oleh bapa sebagai ketua keluarga, ya? Sedih.

Di sini pun telah ramai yang Islam hanya berdasarkan nama dan keturunan. Amalan? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. :(

marinahunny said... [Reply to comment]

di msia ni ramai yg islam sekadar dlm ic je..

cheqna said... [Reply to comment]

erm..kadang2 bukan kat obersea je berlaku mende gini
malaysia pun mungkin ada
tapi mintak jauh la...

Zaidah said... [Reply to comment]

dah macam indonesia plak..satu rumah boleh ade muslim n kristian...dari segi hukum still haram kerana berlainan agama..

deena farhana said... [Reply to comment]

aduhai..sedih dgr cmni..

Yunus Badawi said... [Reply to comment]

Itulah cabaran yg kita jumpa kalau berada di luar negara ni. Rasa bersyukur betul hidup di Malaysia.

Tahniah kerana Hamizah sempat berdakwah semasa berada di sana.

julietchun said... [Reply to comment]

kat sini pun kekdg susah nak teka.

Hamizah said... [Reply to comment]

kakcik..
itulah si bapa pttnya pilih siapa yang layak jd mak untuk anaknya,kan?

Hamizah said... [Reply to comment]

marina,
yelah itu pun dah byk permohonan nak gugurkan perkataan Islam kat ic..

Hamizah said... [Reply to comment]

cheqna,
kalau kat sabh swak byk kes camni..

Hamizah said... [Reply to comment]

zaidah,
entah nak cakap macamana..
kadang diorg ni terpengaruh dgn org Arab yg menganggap org kristian sbg ahli kitab..

Hamizah said... [Reply to comment]

diNa,
sedih tapi macamana nak bertindak ye..

Hamizah said... [Reply to comment]

YB,
bila pk hal sebegini mmg xsabar nak blk msia xsanggup rasanya nak mendidik anak di tempat yg penuh cabaran ni..

selagi terdaya insya Allah saya cuba berdakwah..

Hamizah said... [Reply to comment]

julietchun,
susah bila terlalu mengagungkan lifestyle org lain,kan..

NB KARA said... [Reply to comment]

Mizah,
beberapa bulan lepas akak pergi Solo, ke rumah pembantu rumah akak. Bibik akak ni ipar duai dia kristian, tapi ada anak-anak yang masih kecil dalam 10-8 tahun Islam, sebab keluarga bibik yang ajar mereka solat, puasa...

yatie chomeyl said... [Reply to comment]

semoga mak budak tu dpt hidayah..dan semoga iman buak tu terus terpelihara..amin

sayangsayangibu said... [Reply to comment]

cabaran yg menakutkan,
kesian anak anak menjadi keliru kan?

Nida said... [Reply to comment]

salam..

Dulu Nida pernah bjumpa dengan seorang malaysia (melayu) yg berkahwin dengan mat salleh, dah 20 thun duduk di NZ... gayanya memang dah lari dengan tuntutan ISlam, pakaian lebih seksi dari minah salleh di sini.. semoga Allah memberikan hidayah buat orang melayu ini

a.z.r.i.n.a.03.07 said... [Reply to comment]

Kesian pada anak.
Semoga ayahnya menasihati isterinya..

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

nadiah pernah dengar juga cerita mcm tu tapi nadiah belum pernah jumpa lagi depan mata sendiri. nadiah pun jadi kaget agaknya kalau berdepan sendiri situasi mcm tu

maya amir said... [Reply to comment]

saya doakan mereka diberikan hidayah.. amin.. kat m'sia nih pun sama jek..sedihlaa bile ingat balik...

maya amir said... [Reply to comment]

saya doakan mereka diberikan hidayah.. amin.. kat m'sia nih pun sama jek..sedihlaa bile ingat balik...

maya amir said... [Reply to comment]

saya doakan mereka diberikan hidayah.. amin.. kat m'sia nih pun sama jek..sedihlaa bile ingat balik...

transformed housewife said... [Reply to comment]

saya dulu pun selalu berdepan dgn situasi2 mcm tu. kdg2 susah juga nak berdakwah krn bukan mereka tak tahu tapi ambil sikap tak nak ikut hukum dah. jd, yg boleh kita buat ialah berdoa moga2 terbuka hati mereka satu hari nanti.

mamalieyna said... [Reply to comment]

Ya Allah..macam2 ye kt oversea! Kt malaysia pulak..mmg mengaku Islam..tp atas nama jerlah..mmg sedih bila dikenang2..

Hamizah said... [Reply to comment]

NB,
bagusnya..banyak pahala diorg..

Hamizah said... [Reply to comment]

salam Nieda,
alhamdulillah kita masih selamat,kan..

doakan sahaja mereka..

Hamizah said... [Reply to comment]

yatiey,
mdh2an..

Hamizah said... [Reply to comment]

reen,
entahlah kdg2 org llk selalu tewas di tgn pompuan

Hamizah said... [Reply to comment]

Nadiah,
akak pon baru berdepan sendiri masalah org macam ni..

Hamizah said... [Reply to comment]

maya,
moga Allah kabulkan doamu..
jagalah keluarga kita drp anasir sebegini..

Hamizah said... [Reply to comment]

nur,
ye diorg bkn tak fahamtp buat2 xfaham..mmg menyedihkan..

Hamizah said... [Reply to comment]

iena,
mereka kat cni lebih berani mungkin hidup selesahidup di kalangan org2 kafir..