Cukup panas hati bila ramai yang tak dikenali cuba add saya kat FB.Saya tau kebanyakkan mereka ada ex-student saya.Rasa betul-betul dipermain-mainkan!Tak perkenalkan diri, tak bertanyakan kabar.Lepas kita accept, lesap~ tak tahu sapa mereka sampai bila-bila.Dulu saya accept je kalau dapat agak mereka ex-student.Sekarang ni, kalau tak pakai nama penuh saya ignore saja.Malas nak layan..
Kenapalah suka sangat menyamar dengan menggunakan nama yang entah apa-apa maksud, gambar entah apa rupanya?Kalau tak bagi orang kenal, tak payah nak bersosial. Bazir masa dan tenaga je.Hehehe emosi sungguh.Bukan apa, rasanya saya tak akan buat apa yang mereka buat terhadap cikgu.Saya hormat cikgu saya sampai sekarang walaupun cikgu yang hanya mengajar semasa sekolah rendah.Tanpa cikgu siapalah saya..
Anda bagaimana?
40 comments:
betul..betul! nadiah pun pelik kenapa sesetengah org guna nama org lain atau nama pelik2. dah la tak letak gambar sendiri, letak gmbr entah apa2. mcm mana la kita nak kenal. sungguh tak faham!
Salam Mizah,
Saya baru sahaja kemaskini fb . Segala bagai yg awak cakap tuh saya dah out dari friendlist .. tak banyak pun , cuma 3-4 org jek ..
Betul tu..Cikgu akan kita hormati smpai bila2..
ish kalau main nama samaran ni, ignore je..
Adakalanya niat seseorang tu berbagai ragam...as long menggunakan kelebihan yg ade pd facebook dgn baik, oklah tu...
yela, kalau nak pakai nickname pelik2 pun, kenalkan diri masa nak add tu kan...
FB Bapak memang pakai nama sebenar. namun ramai terutama kawan blogger lebih kenal nickname Bapak dari nama sebenar..hehhe..
Salam Mizah...
dulu kakcik pun guna nama samaran yang biasa kakcik gunakan. tapi memikirkan, senang untuk kawan-kawan 'mencari' (ada ke?) kakcik, kakcik tukar kepada nama sebenar. :)
salam mizah
k'eja pun tak berapa suka layan fb...
kadang macam mengarut je, malas nak layan
lagi satu
TAHNIAH semoga mizah dan baby sihat
jaga diri
jaga makan
semoga semua akan selamat
seronoknya...;p
salam dear,
saya mungkin takkan add cikgu sy..cukuplah sy tau pasal dia dr jauh jer..hehe..
bab nama pelik2 kat FB tu terpulang pd individu..tp kalau dia suka2 add tanpa pengenalan komfom sy x kan add dia sampai bila2..haha!
kak..sama r
geram ngat wase bila tetiba dapat msj sombong r dia lening..dokk enal doh kita
habis camana nak kenal kalu guna nama samaran pahtu gambar lak gambar yang langsung tak menunjukkan diri dia
salahkah aku????
sambung emo...
cikgu masa tadika dulu pon masih lagi saya ingat, sebab rasa hormat dan sayang sangat kat mereka.
saya pula teringin nak guna nama samaran kat fb, sebab entah sapa-sapa mahu add saya.... huhuhu, seriau pun ada bila tgk request
ckLah guna nama panggilan. Jadi yang kenal nama panggilan itu saja yang add. Dan yang kenal nama panggilan itu saja yang ckLah approve. Senang saja!
(Baru buat entri pasal gaya dan prinsip ckLah di FB dalam http://xiiinam751.blogspot.com/2010/09/lelaki-lelaki-dalam-facebook-saya.html)
nak menipulah tu...hipokrit
saya selalu perkenalkan diri kalau nak add org :)
Samalah kita. Tanpa cikgu yg mengajar kita, siapalah kita?
Dah saya tak sorokkan identiti pun samada di fb atau di blog.
mmg byk yg wat camtu.. xpe delete je..
aah laa kan.. pelik nape tak guna nama betul kan? nama betul tu lebih indah kan:)
salam hamizah.akak guna nama betul dan akan terima yang letak gambar..jadi kita kenalkan..nama pun dah mukabuku..tak de muka..macamana kan..
Salam sis,
student saya ada juga tanya saya nape reject mereka,saya jawab, dah bubuh nama samaran dan gambar pula entah ape2, yg ada mcm tak kenal pula gaya mereka tu dlm mukabuku, so saya kata saya terpaksalah ignore je
Tak ikhlas namanya tu..
Kawan saya yg reramai tu majoriti kawan masa nebor FarmVille.
Nak buang sayang pulak. Mana tau tetiba minat main game tu datang semula..
>_<
saya add Miza boleh ?
Nadiah,
diorang masih terkeliru identiti sendiri kot
LiNda,
nak juga delete je..tapi rasa macam kesian juga..hehehe
mamalieyna,
kesian cikgu, kan..
yan,
saya tak nampak pon pekdahnya stakat nak nyakitkan hati org baik xpayah, kan..hehehe
kak chik
yelah kan.sapa kenal kalau pki nama samaran..
mak dara,
kalau perkenalkan diri, tak kisah nak pki nama samaran pon, kan?
bapak,
baguslah tu..
cuba juga nak tonjolkan muka sebenar kat blog ni tapi sampai sekarang belum berjaya shoot gambar dari dekat..
sayangsayang ibu,
tq..
baik buat keja lain drp lyn FB, kan?
cheqna,
xlayan baru tau..hehehe
sambung emo lagi
juliet,
xkira sapa cikgu kita,merekalah menyebabkan kita berjaya,kan..
cKLah,
kalau dah itu nama panggilah semua org tau,kan..
Mak Su,
yelah kan apa2 pon boleh jadi.kita tak tahu apa niat org..
zai,
xtau lah menipu ke tidak..tapi lagi manis kalau perkenalkan diri,kan?
Lynn,
saya pon..
YB,
yang kat blog saya tak kisah sgt nak menyamar pon sbb mereka biasanya kita kenal secara maya saja..
kak maiyah,
ikutkan hati nak je delete semua xtak bermanfaat tu..hehehe
maya,
nama anda mmg indah pon..
kak erna,
dah sorok identiti lagi senang mesra,kan?
qaseh mas,
reject terus ye..saya pon..
reen,
dulu saya sempat juga gila main game kt FB, tapi bolehlah, byk keja terbengkalai..
silalah add ;HAMIZAH SALIM
Post a Comment