Friday, January 29, 2010

Masih Mood Cuti Sekolah

Minggu ini adalah minggu yang terakhir Danish, anak saya yang sulung bercuti sekolah. Huh boleh tahan penat melayan dua hero..Macam-macam kerenah perlu dilayani. Saya kagum dengan mak yang mampu melayan kami sembilan beradik. Besarnya pengorbanan mak.

Danish sendiri sebenarnya memang tertunggu-tunggu cuti sekolah berakhir. Hari-hari dia akan tengok kalendar yang dibuatnya sebelum cuti sekolah baru ni yang saya gantungkan di ruang tamu kami. Dia sudah tahu melihat kalendar dan menghitung hari-hari persekolahan akan bermula. Budak-budak kat sini memang suka dengan sekolah. Sesekali dia teruja untuk menghitung hari kepulangan kami ke Malaysia!Kadang saya kesian tengok dia seperti saya, sentiasa menghitung hari..hehehe



kalendar yang menjadi rujukan Danish..

Macam-macam aktiviti perlu difikirkan supaya anak-anak tidak boring di rumah. Daripada mengaji al-Quran kepada melukis, membaca, mengira dan bermain. Semuanya perlu dipelbagaikan supaya mereka tidak hanya memenuhi masa dengan menonton tv..Biasanya waktu pagi saya beri mereka kebebasan untuk menonton kartun-kartun kegemaran. Kemudian barulah beraktiviti bersama ummi.

Susahnya nak mendidik anak. Kadang-kadang pelbagai alasan diberi bila diajak baca buku atau membuat kerja lain selain menonton tv. Banyak sangat daya tarikan tv. Sebelum cuti sekolah dia taklah banyak kerenah. Tanpa disuruh dia akan membaca buku-bukunya. Naik lemak pula sekarang ni..

Pernah suatu hari,bila diajak baca buku bersama, Danish memberi alasan dia sakit kaki. Bila ditanya sebabnya dia memberitahu dia tercekik tulang ikan kat kaki.Macamana tu?Ingat lagi tak saya dan kawan-kawan ada membuat keropok lekor?Sehari selepas tu saya goreng keropok yang masih berbaki entah macamana dia tercekik tulang semasa memakannya. Dua, tiga hari dia sakit tekak. Kemudian tulang tu telah sampai ke kakinya jadi dia tak boleh la buat apa yang saya minta.Bijakkan dia beralasan. Hai Danish,Danish..

Apa pun saya jarang nak memaksanya. Tunggu sehingga moodnya elok barulah disuruh semula.Harap-harap dengan bermulanya sekolah, semangatnya juga pulih kembali! Ummi pun boleh la rileks sikit hehehe

Monday, January 25, 2010

Pesta Nasi Kerabu di Rantauan

Rindu betul nak makan nasi kerabu, makanan kegemaran saya. Hampir setahun kat sini tak pernah pun saya memasaknya. Bukan apa, rasa tak berdaya nak buat seorang diri. Abang, kalau nasi yang berlaukkan ikan tak kena sangat dangan seleranya, anak-anak pula pasti hanya makan nasi dan lauk sahaja tak suka ulam-ulamannya. Itulah menyebabkan saya tak rajin nak memasaknya..


Tapi hampir sebulan lepas, sebelum terjadinya projek laksa dan keropok lekor, seorang kawan kat sini beria-ia sangat nak makan nasi kerabu. Cadangnya nak masak di rumah saya. Tapi memandangkan cuaca yang nyaman, mesti seronok kalau makan sambil berpiknik. Akhirnya semalam kami bersepakat untuk ke Mulaloo Beach.



berselera semuanya..

Buat secara potluck. Tak sempat nak masak ramai-ramai. Tugas saya masak sambal tumis dan solok lada, Nun, pengarah projek masak sambal ikan dan sediakan ulam-ulaman dan budu, Ima, goreng ayam dan sediakan pencuci mulut manakala kak Sya goreng ikan celup tepung..Wah! semuanya berselera makan siap bertambah lagi. Itulah indahnya hidup di rantauan ni. Keadaan pasti berbeza kat Malaysia tak sempat pun bermesra dengan kawan-kawan. Kawan hanya teman sekerja. Kat sini kawan adalah segala-galanya..

Kenyang makan, ramai yang ambil kesempatan untuk mandi manda di pantai pula. Saya tak join, segan nak mandi di depan mata lelaki-lelaki. Tapi rasanya lepas ni tak boleh la buat apa-apa program kat pantai musim summer, kesian kat suami-suami sebab menyaksikan banyak babak yang wajib tayang oleh minah-minah saleh yang tak tau malu. Kesiannya bertambah dosa suamiku semalam..Huhuhu 

 

Saturday, January 23, 2010

Dah Besar Rupanya Anak Ummi

Bila tidur malam, si anak saya yang besar, Danish akan masuk tidur ke biliknya..Si Danial? Pasti berlenggang mengikut ummi. Dia tidur bersama saya. Entah macamana semalam, saya tercakap padanya yang dia dah besar jadi kenalah tidur bersama abelong. Dia pun terus keluar bilik untuk tidur di bilik abelongnya. Saya pun segera turut mengekorinya. Bukan apa nak dengar diorang membaca surah-surah pendek sebelum memejamkan mata. Selesai mereka baca, saya kembali ke bilik.


inilah wajah yang membuatkan tidur ummi tak lena..


Mata saya yang tadi memang berat, memang mengantuk sangat-sangat jadi segar bugar balik. Rasa tak tenang untuk tidur bila Danial tiada bersama. Mengiring tak kena, melentang tak kena. Serba tak kena. Biasanya sebelum tidur, kami akan berborak-borak, dia akan cium saya berulang kali. Itulah menyebabkan saya tidak lena untuk tidur. Hampir setengah jam melayan mata, dia masuk ke bilik saya. Rupanya dia pun tak boleh tidur tanpa saya. hehehe..Kat katil dia terus melakukan kebiasaannya. Hai macamana nak berpisah tempat tidur ni. Dah empat tahun umurnya. Nanti kalau dah beradik pasti sendat katil dibuatnya.

Rasanya kena usahakan juga supaya dia tidur asing sedikit masa nanti. Kena tunggu dia betul-betul lena sebelum meninggalkannya. Tapi si mak macamana?Mampukah tidur tanpa si anak manja ni. Hehehe..Tak pa la kot, nanti dapat baby baru. Itulah anak tak tersedar pun, dia dah besar rupanya. Apatah saya masih memanggilnya Baby. Dengan si Danish dulu tak terasa sangat mungkin sebab dia belum pun tiga tahun dah dapat adik..Macam-macam

Wednesday, January 20, 2010

Dapat yang Baru !!!!

Pukul 8.30 pagi kami satu family dah terpacak depan Nokia Care, untuk mengambil handphone yang dihantar hari Sabtu baru ni. Sengaja keluar awal sebab abang terpaksa berkejar-kejar ke uni pula lepas tu. Walaupun meredah lalu lintas ketika semua orang menuju ke tampat kerja, jalan tak jem. Inilah keistimewaan Perth membuatkan hati saya tertambat dengannya. Sebuah kotaraya yang tenang dengan jalan raya besar dan penggunanya sangat berdisiplin. Kelajuan di hampir keseluruhan jalan adalah 70km/h, highway pula hanya 100km/h.semua patuh. Memang kita tidak akan dipotong walaupun kelajuan maksima sedemikian. Saya pasti kalau di Malaysia, pasti di kiri kanan jalan ada yang gelojoh memotong..Dengan perjalanan yang tenang, jarak jauh pun tak terasa kejauhannya..

Di Nokia Care kami terus dilayan kerana tiada client lain. Terkejut saya bila pekerja berkenaan memberitahu saya layak mendapat handphone baru. Macam tak percaya. Kat sini 'costumer is always right'. Bestnya kalau macam ni. rosak tiap-tiap bulan pon tak pe, nanti digantikan dengan baru.hehehe..Saya membeli handphone ni bulan November, dengan pakej $29 Cap. Hanya $15 tambahan untuk harga handphone setiap bulan, selama 2tahun kontrak. Rasanya berbaloi kerana di samping dapat memiliki handphone baru, saya juga dapat menikmati $150 untuk international call, free untuk call ke mana-mana nombor yang sama operator. Kalau nak bergayut dengan mak kat kampung pun senang, bila-bila masa..

Selesai urusan handphone, singgah supermarket lagi kerana abang nak beli helmet untuk menunggang basikal ke uni.. Nak bagi kempis perut katanya. Hai, kalau macam ni saya je la yang berperut buncit..Pregnant ke tidak, tetap buncit..hehehe

Monday, January 18, 2010

Dugaan & Anugerah Tahun Baru

Tahun baru 2010 yang baru menjelang adalah permulaan yang paling sibuk bagi saya. Sungguhpun tak bekerja, macam-macam aktiviti dan peristiwa berlaku dalam hidup.

Perkara pertama yang perlu difikirkan ialah sama ada nak berpindah rumah atau tidak kerana rumah yang kami sewa sekarang ni dah nak tamat tempoh kontraknya hujung bulan Febuari. Sewanya yang memang mencekik darah, $325 (RM1300), tetapi kelengkapannya ala kadar sahaja. Banyak perkara yang saya tak puas hati sebenarnya spt carport tak berbumbung, saluran air kat tandas melimpah ke bilik anak bujang saya, sampai sekarang tak berbaiki, carpetnya memang lusuh sangat-sangat. Rasanya tak sabar-sabar nak berpindah rumah.Tapi kat sini memang susah nak dapatkan rumah untuk disewa. Procedure ada kat sini. Makin terseksa jiwa raga.

inilah rumah kami sekarang...

Perkara kedua (sebenarnya pertama), saya kini menghitung hari untuk balik ke Malaysia. Huh lambatnya perjalanan masa dirasakan. Macam-macam persiapan yang perlu dibuat, mana nak cari souvenir, nak beli barang-barang yang keluarga pesan, nak pack barang (dah mula tau hehehe), nak control hati lagi supaya bersabar menunggu tiba masanya.  Ini yang paling susah..kepulangan kali disebabkan abang melakukan research kat Malaysia, boleh tumpang sekaki. Terima kasih Air Asia kerana menyediakan flight tambang murah ke Perth.

Perkara ketiga, tahun ni dua anak bujang saya Danish, masuk year 1 dan si adik Danial pula dah nak masuk empat tahun bakal mendapat adik.hehehe. Syukur, alhamdulillah. Ikutkan hati dari tahun lepas saya ingin pregnant lagi tapi dengan keadaan abang yang masih berhempas pulas menyiapkan proposalnya, niat ditangguhkan seketika. Inilah anugerah paling berharga menjelang 2010. Doakan saya mendapat anak perempuan yang sihat tubuh badannya, yang mantap imannya dan yang bijak akalnya..amiiiiiiiinnnnnn

Sunday, January 17, 2010

Pizza Ham dan Bacon

Semalam saya sekeluarga ke Nokia Care kat Morley untuk membaiki handphone saya yang baru berusia sebulan. Keypadnya bermasalah. Bangunan Nokia Cake ni tepi shopping complex..Kat sini semua kawasan ada shopping complex yang besar, saya rasa kat sini syurga bagi orang yang suka shopping. Tiap-tiap minggu ada sale. Tapi salenya hanya untuk barang-barang tertentu sahaja. Minggu depan barang lain pula sale. Kalau ikutkan hati memang boleh pokai dibuatnya..

Selesai urusan membaiki handphone, kami pun meninjau la kat shopping complex. Window shopping je. Dah banyak berhabis duit shopping untuk balik Malaysia bulan Mac ni..Naik lenguh kaki nak meninjaunya yang besarnya ala-ala KB Mall. Tak sempat pun nak habiskan. Bila banyak berjalan perut pun mulalah menjerit-jerit minta diisi kami singgah di Pretzos, sebuah kedai fast food yang menjual kebab, roti, pizza etc. Kedai ni mendapat pengiktirafan halal daripada Islamic Centre of Western Australia (ICWA).ICWA mengeluarkan risalah setiap tahun bagi mengisytiharkan halal outlet. Risalah ni sentiasa kat kereta untuk rujukan..

Kami bercadang nak order pizza, tapi terkejut bila tengok kat board menu ada ada ham pizza dan bacon pizza.Bacon ialah daging babi yang telah diasinkan atau disalai, manakala ham pula ialah daging peha babi yang disalai.Terkedu kami. Perut yang berkeroncong tadi tiba-tiba kenyang serta merta. Tapi beli juga air untuk anak-anak yang sememangnya dahaga dari tadi.



risalah yang dikeluarkan ICWA

Kami terus ke kereta. Frustnya rasa bila halal dan haram diperkotak katikkan. Abang terus call seorang imam, orang Indonesia yang menjadi supervisor dalam mengeluarkan sijil halal. Nak tau apa jawapannya? Perkataan bacon dan ham tu cuma digunakan untuk mengaburi mata mat saleh sahaja. Daging yang digunakan tetap daging lembu.Kat Malaysia pun kalau di hotel-hotel pun sama juga situasinya.

Tak terkata kami. Rasa macam nak tanya je imam tu, JAKIM ke yang memberi pengiktirafan halal haram kat sini? Sampai dia mengaitkan Malaysia dalam hal ni. Kalau tak buat kerja, janganlah nak menunding jari kat orang pula. Lagi satu, apa faedahnya guna perkataan babi pada lembu? Kalau orang yang allergik dengan daging lembu pasti dalam keadaan bahaya bila memakannya. Tak pasal-pasal kena saman kalau orang tu sakit. Geramnya kami.

Sebenarnya memang orang Islam yang menetap kat sini kebanyakannya tak menitik beratkan halal dan haram saya pernah publish isu ni kat sini. Dah banyak kali terkena dengan mereka. Apabila mereka seolah-olah tidak tahu pun apa yang boleh dimakan dan apa yang tidak. Malah kami pernah dihidangkan potato baked yang salah satu ingrediantnya adalah sejenis cream. Bila saya meminta resipi daripada tuan rumah, dia menunjukkan bahan tersebut, mahu pengsan saya dibuatnya. Hampir kesemua ingrediant cream tersebut adalah berasaskan haiwan. Kesian pun ada geram pun ada. Kesian sebab jahil, geram sebab tak peka dengan agama sendiri. Dunia serba maju sekarang ni. Surf je internet semua boleh dapat.


Saturday, January 9, 2010

Crabbing @ Peel Beach, Mandurah

Saya baru sahaja balik dari Peel Beach Mandurah, salah sebuah daerah di Western Australia. terletak kira-kira 100km dari rumah. Bulan Febuari, tahun lepas ketika mula-mula sampai ke Perth ni dah pergi ke sana. Tahun ni pergi lagi sebab program ni adalah anjuran MyPSA khas untuk barisan exco. Tapi kami tak join mereka ni kerana mereka memilih tempat yang jauh dari tandas dan playground. Bimbangkan anak boring dan kesukaran untuk 'qada hajat'. Kami berpindah tempat.



elok je kan tempat ni untuk berkelah

sukanya dapat main

Saya ke sana bersama family Syahrul dan Ima sahaja. Tak seronok juga sebab biasanya kalau berkumpul mesti ada kelima-lima famili yang satu uni dengan abang. Sampai ke sana kaum bapa tak sabar-sabar untuk crabbing, sampai tak sempat makan walaupun belum sempat breakfast kerana kami bertolak seawal 6.30 pagi. Tapi suasana dengan summer dah sampai kemuncaknya ni seolah-olah dah pukul 9 pagi. Cuaca elok je hari ni 29 darjah celcius. Memang nyaman untuk berkelah, sayangnya kali ni air laut kurang, mungkin baru lepas surut, sehinggakan berbau lumpur di mana-mana.. Sesak hidung kami dibuatnya..

sedang uji saiz ketam sesuai ke tidak nak dibawa pulang, kalau tak lepaskan semula

dengan muka gerun, nak cuba pegang juga..


Mujur kami memilih tempat ini, sambil-sambil tunggu suami menangkap ketam anak-anak dengan bebasnya bermain kat playground. Dapatlah ibu borak-borak. Kalau tak jenuh la nak melayan kerenah anak yang keboringan. Setelah 1 1/2 jam berada di tengah laut, kaum bapa naik dengan sebaldi ketam hasil tangkapan. Macam isteri nelayan pula ye..asyik tunggu suami ke laut semenjak dua menjak ni. Tapi itulah rutin musim summer kat sini. Tapi yang peliknya selain kami, memang tiada mat saleh yang menangkap ketam sebab tulah banyak kami dapat.

Untuk pengetahuan semua, saiz ketam yang ditangkap mestilah tidak melebihi 12cm dan hanya dihadkan 10 ekor untuk setiap penangkapnya. Kalau nasib tak baik, jumpa ranger, tak pasal-pasal kena denda. Bab undang semua straight kat sini. Memang penguasa tak makan rasuah. Alimnya mereka, kan. Saya sangat kagum dengan mereka walaupun menyusahkan, mereka tetap patuhi undang-undang..

Insya Allah jumpa lagi kat Peel Beach tahun depan        

Thursday, January 7, 2010

Pertandingan Kapal Layar

Semalam dengan jemputan seorang kawan sama uni iaitu Mandey, abang dan rakannya Shahrul telah berpeluang menyertai pertandingan kapal layar. Memandangkan abang tiada blog, saya akan buat liputan untuknya. hehehe..Teringin juga nak join tapi susah la dengan anak-anak kerana bila berada dalam kapal layar kita kena bergerak ke tepi, ke tengah, kiri dan kanan. Terhoyong hayang la badan untuk stabilkan kedudukan kapal layar.Tak boleh buat silap kerana kalau terjatuh ke laut pastinya banyak jaws yang menanti..


nampak macam tengah rileks, tapi sebenarnya ini antara posisi untuk stabilkan kapal...


sedang menurunkan layar

bersama Mr.Kent dan isteri, Karen

suasana biasa dalam pertandingan kapal layar


Saya tak tahu juga apa-apa pasal kapal layar ni, nak cerita lebih-lebih kot tersalah fakta. Yang pasti, mereka telah menaiki kapal yang dikemudikan oleh Mr Kent dan isterinya Karen bersama dua krew kapal lain telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tu dan abang telah dijemput sekali lagi untuk menyertai mereka minggu depan.Bila la saya dapat join? Kalau ada kapal sendiri, kan best..tapi kiamat dulu la gamaknya kalau nak tunggu abang belikan..hehehe

Monday, January 4, 2010

Alahai Keropok Lekor

Kelmarin abang dan kawan pergi memancing kat Frementle lagi..Dapat lebih kurang 15kg ikan.Jadi apalagi projek menghabiskan stok ikan la.. Balik kul 11 malam, terus siangkan ikan-ikan tu. Frozen dulu sekejap ikan-ikan tu.

Semalam baru ibu-ibu sempat menggentelnya. Kami pakai tepung ubi kayu je sebab tiada tepung sagu. Rasanya macam liat sikit tapi tetap sedap sebab banyak ikan. Makan pula dangan nescafe susu panas. Huh nikmat yang tak terkata. Saya ni sebenarnya memang alah dengan nescafe. Tapi kalau dihidangkan pasti nak meminumnya!



 
menyiang ikan malam buta



proses menguli pula.


sebelum digoreng..


Natijahnya, dengan tangan yang memang sedia lenguh menguli dan menggentel keropok, saya tak dapat melelapkan mata hingga ke pagi. Alahai, inilah agaknya dikatakan azab dalam nikmat! Rasanya inilah first and last saya membuat keropok lekor.. Tak daya ku menanggungnya. Abang pun turut cramp tangan, mengurut
tangan saya..Hehehe

p/s: Selamat kembali bertugas kepada semua rakan guru.Semoga terus berdedikasi mendidik anak bangsa..