Wednesday, April 21, 2010

Tak Cukup Satu..

Sakit hatinya saya bila seorang kawan lelaki menyatakan hasrat untuk tambah isteri satu lagi melalui FB.Mentang-mentang isteri dia suri rumah, buta IT, sedap je dia bersuara.Saya cuma tanya dia "dah cukup ke iman di dada nak berpoligami?Aik..melenting pula dia.Katanya"Kenapa bila nak berpoligami semua perempuan mempersoalkan iman suami?".Tambah naik darah saya bila seorang kawan perempuan yang masih single memberi komen "Perempuan selalu menganggap suami hak milik mutlaknya"

Poligami memang dibolehkan tapi bukannya WAJIB ye. Firman Allah:

“Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil, maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (kahwinilah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman.” (Al-Quran, surah an-Nisa’: Ayat 3)

Rasanya betullah pertanyaan saya tentang imannya. Sebab nak berpoligami bukannya senang.Hanya yang betul-betul mantap iman yang mampu berlaku adil.Kalau ikutkan nafsu, mesti jawapannya "Ya".Bila ditanya akal dan iman kenalah fikir banyak kali. Bukan senang untuk berlaku adil. Tanggungjawab seorang suami terlalu besar.Adakah anak dan isteri yang sedia ada telah dididik dengan ajaran Islam yang betul?Kalau sebuah keluarga pun tak mampu dikendalikan dengan baik.Rasanya baik simpan niat kemas-kemas dalam hati.Jangan sebab ikut nafsu terlepas peluang kita ke syurga.

Sebagai isteri, kalau diberi pilihan memang inilah perkara yang paling nak dihindari dalam hidup berumahtangga walaupun kita sedar suami bukan milik mutlak. Hanya yang dah bergelar isteri yang faham situasi ini.Saidatina Fatimah, puteri Rasulullah pun tak suka bila Saidina Ali menyuarakan hasrat untuk berpoligami apatah lagi saya yang memang tipis iman.Apakata anda?


P/S: Bukan nak menafikan hukum Allah, tapi sekadar nak menyuarakan pendapat.


Sunday, April 18, 2010

Multivitamin Penyebab Kanser Payudara?

Seorang wanita yang mengamalkan multivitamin dalam kehidupan seharian mereka lebih berpotensi daripada mereka yang tidak mengamalkannya.

Kajian selama sepuluh tahun Sweden's Kolinska Institute ke atas 35 ribu wanita itu menunjukkan sel kanser ini berkembang sebanyak 19%. Multivitamin ini juga termasuk folic asid yang sering diambil oleh wanita sebelum dan semasa mengandung.

Hasil kajian in telah disiarkan dalam American Journal of Clinical Nutrition.

Apakata anda?

Sumber: yahoo australia edition


 

Friday, April 2, 2010

Danish ke Sekolah

Selama tiga bulan di Malaysia ni, Danish akan bersekolah di sini. Sengaja nak dedahkan dia dengan budaya sekolah kat sini.Di samping tu bolehlah dia belajar Pendidikan Islam secara formal. Sebelum ni saya hanya ajar dia yang simple sahaja. Dia bersekolah kat sekolah saya zaman kanak-kanak dulu..Excited sungguh dia nak bersekolah sebab bila kami sampai ke sini, sekolah mula bercuti.Jadi seminggu lebih juga dia tak ke sekolah.Semasa memohon kebenaran untuk menumpangkan Danish bersekolah, jumpa cikgu-cikgu dulu. Awet muda juga diorang ni. Sama je macam 25 tahun dulu..

Hari pertama bersekolah ok je Danish walaupun terpaksa menghadapi suasana yang berbeza dengan Australia.Dia gembira sangat dengan sekolah barunya.Tapi dia mula meragam hari kedua bila terpaksa membuat 10 helai homework.Itupun saya turut menyiapkannya. Macam ummi yang bersekolah pula.Kesian anak.Memang berbeza sekali suasananya dengan Australia, dia hanya akan membawa kerja-kerja yang telah dibereskan.Dia tak nak masuk kelas bila sampai ke sekolah.Puas saya memujuknya.Akhirnya saya meminta cikgunya memegangnya, apa lagi saya pecut meninggalkannya.Hal ini berterusan 3 hari.Hari-hari gunakan taktik yang sama.Abang pula berada kat Sarawak masa tu terpaksalah saya menghadapi seorang diri.Ikutkan hati nak sahaja berhentikannya.Buntu nak memujuknya..

Biasanya kalau dia meragam saya akan mengurungnya dalam bilik tidur sebagai denda.Sekejap je dalam seminit dua..Dia akan ok selepas tu.Entah macamana saya terlupa kali ni.Memang saya jarang guna cara ni sebab kalau selalu sangat didenda dia mungkin tak gerun lagi.Hari ketiga dia meragam baru saya teringat,hari keempat dia ok semula.Berjaya juga saya..hehehe

Saya cuba juga nak membudayakan dia dengan membawa bekal ke sekolah seperti kat Australia tapi hanya bertahan dua hari sahaja.Bila kawan-kawan membeli makanan kat kantin, dia juga tak nak ketinggalan.Hmmm..sayangnya.Hampa juga ummi bila tak dapat nak control pemakanannya.Nak buat macamana lagi..ikut je kehendaknya.

Yang paling saya terkilan dia mula enggan bercakap Bahasa Inggeris lagi.Bila cikgu menyoalnya, dia akan jawab dalam Bahasa Melayu kerana katanya cikgu faham apa yang diperkatakannya.Untuk pengetahuan semua, sebelum ni pun Danish lebih selesa berbahasa Melayu kalau kat rumah biarpun saya dan abang selalu berbahasa Inggeris.Padahal dia sudah fasih berbahasa Inggeris kat sekolah.Sekarang ni apalagi bila dah peluang terbuka luas, makin galak la dia berbahasa Melayu.Bukan apa nak juga dia mahir berbahasa Inggeris kerana walaupun berada kat Malaysia Bahasa Inggeris tetap mendapat tempat pertama bila nak ceburi alam pekerjaan kelak.Tak pe lah kami akan tetap cuba membudayakannya.Inilah cabaran kami dalam mendidik anak.

Itulah sedikit sebanyak coretan pengalaman kami berada kat Malaysia..