Thursday, April 21, 2011

International P*rkfest

Sebelum menjejakkan kaki ke negara omputeh ni saya tak tahu yang diorang ni suka makan babi.Ingatkan Cina Asia je yang suka.Tak sangka ramai yang gemarkan binatang yang banyak mudaratnya ni..

Malah kalau di Perth ni diadakan International Porkfest untuk mempromosikan babi.Malah ada webnya sendiri.Geli tekak ni.Padahal Bible turut mengharamkannya.Tapi yang peliknya, hukumnya sentiasa berubah-ubah mengikut citarasa penganutnya.Ianya terkandung dalam

IMAMAT 11:7
1928 Babi haram
1962 Babi haram
1971 Babi haram
1979 Babi HUTAN HARAM???? Telah diubah manusia...
1985 Babi haram
1990 Babi haram
2006 Babi HUTAN HARAM???? Telah diubah manusia...


Terbuktilah Kristian tu batil, kan?Apa beza babi hutan dan babi peliharaan manusia?

Wednesday, April 20, 2011

Berpantang Ala Mat Saleh??

Sebetulnya berpantang selepas melahirkan anak kali ni memang agak berbeza bagi saya.Ala-ala mat saleh gitu!!Kalau sebelum ni beberapa minggu pertama saya akan berpantang daripada makan ayam dan daging.Semua makanan bergoreng dan berlemak dihindari.Untuk memudahkan pencernaan dan penyembuhan luka agaknya.Hehe..main ikut je petua orang tua-tua.



Tapi kali ni, semuanya makan KECUALI makanan yang sejuk.Terutamanya sayur dan buah-buah seperti timun, bendi, terung dll.Takut juga bentan.Tak kuasa nak berpantang lagi.Mujur juga ada set bersalin Nona Roguy yang mak bawakan untuk saya sebelum bersalin tempoh hari.Memang berkesan.Dengan cuaca yang dingin kerana dah hampir winter saya sering terasa panas.Tapi bagusnya, walaupun panas, anak tak cirit birit walaupun BF.Mak juga bekalkan saya tungku moden elektik.Memang berbaloi memiliknya!



Berbeza pula dengan mat saleh, bab makan diorang tak jaga sangat.Semuanya bedal.Mungkin sebab arak digunakan untuk memanaskan badan jadi tiada masalah la nak makan makanan sejuk-sejuk ye.Tapi saya diingatkan midwife berkali-kali supaya jaga diri selama 6 minggu selepas kelahiran.Jangan buat kerja berat-berat, jangan buat apa-apa exercise, jangan memandu kereta..Biarkan diri pulih dulu barulah boleh lakukan aktiviti seperti biasa..

Tuesday, April 12, 2011

Yang ditunggu Sudah Datang..

tembam, kan?

Dah seminggu tak buka blog bermakna, seminggu jugalah saya dah selamat melahirkan puteri yang ditunggu-tunggu.Saya bersalin pada minggu ke-36!4 minggu lebih awal daripada jangkaan.Entry sebelum ni saya bleeding, dimasukkan ke hospital 3 hari.Dari hari Isnin hingga Khamis.Bleeeding berterusan sehingga saya check up pada hari Selasa minggu berikutnya.Saya diwad lagi.



Tanpa disangka-sangka, saya mula mengalami contraction dari pukul 1 pagi-7pagi. 5minit sekali, kemudian semakin kerap.Sehinggalah ada opening 8cm.Saya harus diceaser segera.Sedangkan ketika tu suami masih kat rumah kerana tiada orang nak tengokkan dua anak kat rumah.Kebetulan pula pagi tu mentua sampai dari Malaysia.Anak-anak ditinggalkan di rumah tanpa siapa tengokkan!



Jadi ketika saya call suami untuk beritahu saya akan diceaser dia masih kat airport untuk menjemput diorang.Bergegas balik hantar mak bapanya ke rumah, suami saya baru dapat menjenguk saya kat hospital.Malangnya tak dapat masuk ke bilik operation sebab terlewat.Kat sini kalau bersalin secara ceasar dibenarkan suami atau seorang peneman.



Saya diberi morfien untuk tahan sakit.Rupanya morfien tak berkesan untuk legakan sakit.Akhirnya saya ditawarkan epidural.Selepas dibius separuh sedar saya selamat melahirkan puteri pertama kami.2.83g sahaja!Berbeza dengan anak-anak sebelum ni, 3kg, 3.5kg dan 3.85kg.Alhamdulillah..

Friday, April 1, 2011

Doakan yang Terbaik Ye..

Alhamdulillah datang juga mood blogging pagi ni..Sebenarnya hampir 3 hari saya berkampung kat King Edward Memorial Hospital (KEMH).Bleeding.Tak tahu apa puncanya.Bimbang juga.Kejadian mengandungkan nak sulung dan keempat berulang.Kesudahannya anak sulung meninggal ketika lahir,anak keempat keguguran.


Kat hospital, saya dah wat CTG dan scan.Semuanya ok.Besar pula ujian ke atas diri ini bila mengandungkan anak perempuan.Harap-harap segalanya berakhir dengan baik..Doakan saya..