Bahagianya rasa hati hari ni.Mak dan adik pompuan saya tiba dari Malaysia.Walaupun tak balik Malaysia sendiri, cukuplah untuk mengubat rindu..
Banyak juga buah tangan.Keropok ikan, kuih peneram, ikan bilis, ikan masin, macam-macam lagilah.Yang paling penting, set lepas bersalin.Saya nak cuba set NR (Nona Roguy) kali ni.Cuba survey kat internet, banyak juga testimoni yang memuaskan hati..Harap-harap bukan sahaja sihat lepas bersalin, tapi berkurang jugalah segala lemak-lemak yang membonjol kat sana sini..hehehe..
Daaa..nak masak la pulak.Menu hari kerabu snow peas sprout campur tauge, ikan masin goreng dan ayam masak cili padi.Makan dangan nasi putih.Pasti terangkat..