|
inilah orangnya, memang hensem.. |
Dulu dialah harapan keluarga saya.Dia yang berkepimpinan, berkaliber,berketrampilan, berdedikasi, rajin, berani..Pendekata segala tingkah lakunya menyenangkan kami.Dialah adik lelaki saya yang kedua.Saya tiada abang.Walaupun dia bukan anak lelaki sulung, tetapi dia lebih menonjol berbanding abangnya dari segala sudut.Suaranya memang merdu.Dialah muazzin kat masjid berhampiran rumah saya, pernah menjadi solo untuk nasyid sekolah dan tukang karut kumpulan dkir barat.Bakat kepimpinanannya terserlah bila sering dilantik sebagai pengawas semasa bersekolah dan mengetuai persatuan-persatuan.Malah arwah ayah saya, beberapa minggu sebelum meninggal dunia telah memberitahu seorang saudara, kalau ditakdir pendek umur dia tak risau tentang keluarga sebab adanya adik tersebut.
Namun setelah setahun arwah meninggal dunia, nasib adik saya berubah.Dia mendapat tawaran masuk ke sebuah matrikulasi Di Melaka setelah mendapat keputusan yang baik dalam SPM.Tak sampai sebulan kat sana pihak matrik menghubungi kami supaya mengambilnya pulang kerana dia tidak dapat belajar dengan baik.Asyik meracau-racau.Selalu berhalusinasi.Sedihnya tak boleh diluahkan bila melihat keadaannya sedemikian.
Setelah berubat tradisional, keadaannya nampak pulih.Kami menghantarnya semula ke Matrik.Namun tak lama keadaannya semakin teruk.Habis ikhtiar kami tradisional atau moden semua dicuba.Jumpa bomoh, pastinya kerana buatan orang yang dengkikannya.Bila jumpa doktor, sahlah dia menghadapi simptom-simptom penyakit schizophrenia.Sakit mental yang kronik sehinggakan tiada ubat yang sesuai dengannya.Doktor cuma beri satu pilihan iaitu otaknya akan diberi kejutan elektrik!Hasilnya duakemungkinan sama ada jadi lurus bendul atau pulih sepenuhnya.Kami tak sanggup lakukannya.Tetapi doktor berkenaan menjelaskan sekiranya dia menghadapi sakit yang sama dia mahu dilakukan sedemikian.Biarlah kami tak sanggup.Hentikan semua perubatan moden!
Kami masih meneruskan perubatan tradisional sehingga yang terakhir kami cuba ialah menghantarnya ke Pondok Inabah di Sungai Ikan, Kuala Terengganu.Sebuah tempat pemulihan penagih dadah namun sanggup mengubati sakit adik saya.Malah ada juga beberapa pesakit lain di tempatkan hostel berkenaan.Maksudnya pesakit mestilah tinggal di sana.Setelah beberapa minggu berubat, mak saya berkeras untuk bawa balik adik saya, nalurinya dapat merasakan adik saya tak selamat di sana.Rupanya betul, adik saya telah didera.Terdapat bekas rotan akibat dipukul dan kesan cuucuhan api rokok di belakangnya.Menangis kami lihat keadaannya.
Balik dari sana adik saya seolah tak kenal diri sendiri.Selalu nak bertelanjang, makan sambil berjalan.Malah tak tahu nak basuh kencing dan beraknya sendiri.Luluh hati kami!Nak sahaja saman pihak pondok tu tapi melihatkan keadaan adik yang tak terkawal, kami tak sanggup bawanya untuk mendapatkan laporan kesihatan.Kami akhirnya sepakat untuk lakukan kejutan elektrik ke otaknya.Kali pertama dan kedua tidak berjaya.Sehinggalah kali ketiga dia pulih.Namun otaknya tidak mampu lagi untuk menerima pelajaran.Kami pernah hantarnya semula belajar di Cosmopoint dan Politeknik.Sekerat jalan sahaja.Dia kini masih bergantung dengan ubat hospital..
Dialah satu-satunya peneman mak saya kat kampung kini.Mak saya bukakan kedai top up prepaid untuknya.Itulah adik saya yang kini telah bergelar OKU.Apa pun kami redha dengan ujianNya