Thursday, December 30, 2010

Naluri Atau Satu kebetulan..

Sepatutnya saya publish entry ni 24 Disember..Disebabkan banyak sangat tertelan vitamin M, tertunda hingga ke hari ni.Di samping itu saya cuba mencari kekuatan untuk mengarang entry ini.Sempena tahun ke-13 ayahanda tercinta dijemput menghadap Ilahi.

Saya masih ingat 23 Disember 1999, sehari sebelum kematiaannnya saya ketika itu sedang belajar kat Pra APIUM Nilam Puri, Kelantan (persediaan sebelum masuk UM), saya serba tak kena.Dari pagi-pagi lagi mood saya cukup tidak baik.Saya ni bukan jenis moody orangnya.Tapi hari tu saya cukup gelisah.Sehinggakan kawan sekampung bertanyakan saya nak balik kampung atau tidak sempena cuti krismas saya pun kena marah!Apa kenalah dengan saya ni.Saya betul-betul bingung.Kejap jawapan saya nak balik, kejap tak nak balik.Padahal saya memang tak pernah miss untuk balik kampung sekiranya cuti.Sehingga kelas tamat, barulah saya berkeputusan untuk balik.


Balik ke rumah perasaan masih sama.Hanya mak, ayah dan adik-adik kat rumah.Kakak-kakak saya hanya balik pada hari Krismas.Ayah seperti biasa sibuk dengan kerjanya.Tanam padi.Ketika tu musim membaja.Jadi dia hanya akan pulang ke rumah untuk solat Zohor dan makan tengahari.Rehat sekejap sebelum ke sawah lagi lepas asar.Ayah saya memang suka bekerja walaupun kakak-kakak saya berkali-kali melarangnya.Mungkin umurnya masih muda ~ 52 tahun.Kalau kerja gomen pun belum berpencen lagi.Lagipun masih ada enam anak yang perlu ditanggung termasuk saya.Tapi ayah dah berjanji itulah kali terakhir dia akan menanam padi. 


Balik membaja padi, selepas maghrib ayah terus keluar ada kenduri kesyukuran kat rumah jiran.Sebelum itu dia sempat berpesan kepada adik saya, supaya mengilatkan kasutnya kerana nak berjalan jauh esok hari.Saya juga mendengar pesannya.Namun tak tergerak hati nak bertanya.Biasanya ayah tak ke mana-mana bila sibuk membaja.Siap sahaja kerjanya adik meletakkan kasut tersebut kat atas tangga.



Balik dari kenduri, ayah berada kat rumah.Kelihatan gelisah sekali biasanya dia akan join kami tengok tv.Mundar mandir di dapur.Kemudian dia tidur, saya pula cuba menyiapkan beberapa assignment yang perlu dihantar selepas Krismas.Saya masuk ke bilik tidur, saya terdengar ayah mengadu sakit dada kepada mak.Kemudian diorang keluar dari bilik tidur ke ruang tamu saya mulanya ingin tidur saja sebab dah mengantuk sangat.Biasa juga bila kepenatan bekerja ayah sakit-sakit.Biasanya mak yang urutkan.Bila mak panggil, saya keluar juga.Ayah meminta untuk dihantar ke klinik.


Disebabkan tiada orang nak drive, mak minta saya telefon bapa saudara.Saya cuba beberapa kali, malang sekali tak dapat-dapat.Ayah masih mengerang sakit sambil mengucap.Mak pula yang cuba telefon saya memangku ayah.Tiba-tiba saja ayah menggelupur dan berbunyi seperti lembu kena sembelih.Rupanya ayah menghadapi sakaratulmaut di ribaan saya.Bapa saudara dapat dihubungi, ayah memang sudah tidak bernyawa lagi.Tergamam saya.Terus kejutkan adik-adik yang tengah tidur.Saya tak akan lupa peristiwa ni sampai bila-bila.Doktor mengesahkan ayah terkena serangan jantung.Hanya lebih kurang 15 mint saja serangannya.Itulah perginya seorang ayah yang sangat penyabar, rajin, gigih, lemah lembut dan penyayang terhadap anak-anak dan isterinya.


Bila terkenangkan betapa perasaan yang tak menentu hari tu, saya sedar bahawa Allah telah menghantar isyaratnya kepada saya.Kita tak sedar sebenarnya sehinggalah ianya berlaku.Betullah ayah nak 'berjalan jauh'..Semoga dirahmati rohnya dan tergolong di kalangan orang-orang beriman..

 P/S : Sebetulnya saya mengambil hampir seminggu untuk menyiapkan entry ini..

Tuesday, December 28, 2010

Apa Dah Jadi Ni?

Idea banyak mencurah-curah untuk update blog tapi malas la pulak nak menaip..Apa nak jadi ni?Tolong..aku tengah dilanda kemalasan yang melampau..




Thursday, December 23, 2010

Orang Mabuk Boleh Solat Tak?

Ketika mengajar di sebuah sekolah menengah kat Johor Bharu, saya pernah ditanya seorang pelajar tingkatan dua "Ustazah, orang mabuk boleh solat tak?" Jawab saya "Kalau sedang mabuk memanglah tak boleh solat kang kita salah membaca segala bacaan.Sebelum arak diharamkan sepenuhnya Islam melarang umatnya solat ketika mabuk.Kenapa tanya camtu?" Biasalah saya ni ustazah yang busy body sikit.Kalau tak, mana nak tau masalah pelajar.


"Ustazah, dulu masa cuti sekolah hujng tahun saya kerja kilang.Bila tension kerja saya akan minum arak.Release la sekejap" dia mula mengadu.Tengok, memang penting cikgu-cikgu yang busy body!!!Rasa nak pengsan saya dengar budak 12 tahun dah mula tau mabuk-mabuk.Dia ni pelajar pintar. Suatu ketika dulu ada Penilaian Tahap Satu (PTS) yang membolehkan pelajar tahun 3 terus ke tahun 4.Dia salah seorang yang terpilih.




"Kenapalah awak buat camtu?Kan kita ada Allah berdoalah mintalah Allah lapangkan dada,mengadulah segala masalah kita padanya.Lagipun arak menyebabkan kita terjebak dengan bermacam lagi maksiat.Bila otak dikawal oleh arak, kita sanggup mencuri, berzina, membunuh.Ia juga boleh menganggu kesihatan dan tumbesaran "Panjang lebar pula saya mengingatkan dia.Balasnya "Yelah ustazah, sekarang saya dah insaf sangat-sangat.Saya dah tak ambik lagi". "Alhamdulillah, ustazah doakan awak kuatkan semangat dan berjaya dalam hidup"Balasnya" Terima kasih ustazah".


Itulah bila budak-budak dah mula pegang duit sendiri, arak pula boleh dibeli senang-senang oleh sesiapa sahaja.Saya tak tahu apa nasib budak tu sejak-sejak bertukar ke Terengganu.Apapun sentiasa mengharapkan semuanya berjaya dunia dan akhirat..
 

Tuesday, December 21, 2010

Offer Muncul Kat Tv Australia !!!!

Dalam entry Summer School Holiday, saya nyatakan anak sulung Danish akan mulakan kelas renang beberapa minggu lagi.Sebenarnya program ni anjuran Kementerian Pelajaran Australia bukan anjuran sekolah seperti yang diwar-warkan sebelum ni.Maaf saya tersilap.

Semalam wakil kementerian telah menghubungi suami saya  menawarkan kepada kami satu family untuk muncul di tv Australia dalam tujuan mempromosi program tersebut.Tak sangka kami terpilih.Tapi suami saya awal-awal lagi terus tolak offer tersebut.Malas nak bagi commitment.Sebab dia memang busy sekarang.Tak pasal-pasal kena extend.Habislah peluang nak ummi nak glamour kalau macam ni.Uwaaaaaaa...hehehe.

Padahal kalau dia terima pun saya memang tak confident nak muncul kat tv.

 

Monday, December 20, 2010

Bumi Dah Semakin Nyanyuk

Summer tahun ni memang agak ajaib sedikit.Cuacanya memang seronok langsung tidak melampau.Sekita 30degree, memang menyegarkan.Lebih memelikkan, hujan turun dengan lebatnya.Tak pernah berlaku kat sini.Malah kawasan utara Western Austalia kira-kira 900km dari bandar perth yang telah mengalami banjir.Dah 50tahun tak berlaku seumpamanya.


suasana banjit di utara WA

Kalau kita perhatikan memang cuaca semakin tak menentu sekarang.Kat Malaysia sendiri pun seingat saya kalau dulu-dulu banjir hanya berlaku di Pantai Timur.Kini sebelah utara banjir, pantai timur Malaysia pun banjir.Panas pun keterlaluan.Kawasan bermusim sejuk pun dilanda salji yang melampau-lampau..

Macam-macam teori dikemukakan kesan rumah hijau, ozon bumi semakin menipis la.Namun kita mungkin lupa bumi kini semakin nyanyuk.Kiamat kini semakin hampir.Ngeri bila fikirkan.Kiamat itu berlaku secara tiba-tiba,kan?

P/S:Semakin ngeri bila tengok video orang Islam terang-terangan mengaku gay.Taubatlah sebelum tiba bala Allah



Saturday, December 18, 2010

Summer School Holidays Dah Bermula..

Cuti sekolah datang lagi, maksudnya bermula lagi episod jaga nurseri kat rumah sendiri..Buntu juga bila fikir aktiviti untuk 2 hero ni selama dua bulan ni.Tak kan nak belajar saja.Boring juga cikgunya.Tapi saya rasa nilah peluang yang terbaik nak ajar Danish Pendidikan Islam.Banyak juga yang diceduk dari sekolah pasal Kristian.Semuanya yang diajar cikgu dia serap masuk, bahaya ni.Bukan tak diajar pasal Islam, tapi budak-budak cepat je tangkap kalau cikgu yang cakap.Biasanya saya akan tepis fahamannya.Bukan kerja senang, kan?



Beberapa minggu lagi kelas renangnya akan bermula.Satu program anjuran sekolah-sekolah.Murah saja yurannya mampu la kami.Sebenarnya setiap tahun dia akan belajar renang selama dua minggu tapi tahun ni dia dah terlepas satu level sebab kelasnya ketika balik Malaysia.Jadi harap-harap dia dapat sempurnakan level dua.Penting juga pandai berenang, kan?


Tak sempat rasanya nak bawa diorang jalann-jalan kali ni..Abahnya sangat sibuk.Hari-hari pergi woorkstation pagi, balik malam.Tahun depan dah final year kenalah kerja keras sikit..Dapat balik awal.Anak isteri kenalah sabar banyak-banyak ye..hehehe




Friday, December 17, 2010

Salah ke Kawin Awal?

Dah jadi isu dunia sekarang ni.Masing-masing mengharamkan perkahwinan di awal usia remaja.Kenapa?Salah ke kawin awal? 'Aisyah dinikahi Rasulullah ketika umurnya baru 9 tahun.Kita sekarang ni bila ada budak yang berumur 14 tahun kawin pun satu negara kecoh.Kononnnya budak tu patut belajar dulu, belum sepatutnya memasuki alam berumah tangga.


Bagi saya kalau dah ada buah hati, kawin je lah.Kalau dipaksa belajar pun, dia memang dah tiada keinginan lagi.Otaknya hanya fikir nak kawin saja.Sebagai cikgu saya memang jumpa banyak student yang datang sekolah hanya sebab paksaan mak bapak.Golongan ni lah yang menyebabkan cikgu sakit kepala.Bila dah tiada keinginan sendiri mulalah buat perangai kat sekolah.Nak mengorat la, nak bergaduh la, melawan cikgu la..Hish macam-macam.


Sungguhpun ditangguh perkahwinan sementara habis belajar mereka tetap tidak mendapat apa-apa.Apa yang diajar,masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.Sesetengah tu sempat menimang anak luar nikah lagi.Sapa yang susah?Mak bapak dan cikgu-cikgulah juga.Hampir sepuluh tahun pengalaman mengajar, kami cikgu-cikgu ni biasanya akan menerima paling kurang 2,3 orang 'cucu haram' setahun.Itu belum campur yang dah terkena tebuk dek tupai-tupai yang nakal..


Rasanya kita kena reverse kepada hukum hakam Islam.Allah lebih mengetahui ubat untuk segala penyakit produk-produk ciptaanNya.

 

Tuesday, December 14, 2010

Hobi Baru Danial

Danial peneman saya bila abah dan abangnya ke sekolah.
Tahun depan baru dia mula bersekolah..
Itupun dua hari je seminggu, Isnin dan Khamis.
Tiadalah teman saya sehingga baby baru ni akan lahir.
Sepanjang peninggalan diorang, kadang-kadang sangat memboringkan.
Macam-macam aktiviti yang kita orang lakukan..
Sekarang ni nampak sangat dia semakin boring.
Setiap 15-30 minit sekali dia akan tanya jam.
"Ummi sekarang pukul berapa?".
Kena jawab tepat, kalau ulang-ulang jawapan sama dia pasti marah-marah..hahaha
Jadi tugas baru saya sekarang ialah tolong jaga jam untuknya..
Dari pukul 8.30 pagi hingga 3.00 petang tak terkira berapa kali dia bertanyakan jam
Nak ajar tengok sendiri pun belum reti bezakan nombor..
Aduhai Danialku..

Monday, December 13, 2010

Bahagianya Dapat Shopping..

Saya berjaya menamatkan sesi membeli belah semalam dengan jayanya.Misi mengopakkan poket laki..Hehehe.Tak minta pun orang nak berbudi takkan nak tolak, kan.Semasa window shopping hari Sabtu saya berkenan sungguh dengan food prosessor yang ada 29 function kesemuanya.3 in 1.Ada food food prosessor, blender dan juicer.Survey harga kat satu kedai $199.00, kedai satu lagi $250.00.Itulah kat sini memang berbeza harganya.Suami saya tangkap gambar barang tu dengan harganya sekali dikedai yang murah tadi.




lebih kurang nilah saya punya tapi ada juicer -Google
 

Disebabkan nak beli satu barang lagi (rahsia..hehehe) kat kedai yang mahal tu kami ke sana dahulu.Tiba-tiba je suami saya teringat petua diberikan seorang kawan kalau kita boleh buktikan harga di sesebuah kedai lebih mahal daripada kedai lain, diorang sanggup menurunkan harga serendah yang kita tunjukkan..Jadi kami cuba praktikkan tips tu.Tunjuk je gambar kat salesman. Yess!!!!Memang berjaya.Kami akhirnya dapat membeli food prosessor yang diidamkan dengan harga $199.00 sahaja.Ada berani ke nak cuba kat Malaysia?

Saya dah rasmikannya dengan membuat jus lobak merah dan kek pisang.Yummy..Tq, abang..


Sunday, December 12, 2010

Window Shopping, Roti Jala & Kari Tulang Ayam

Semalam, pagi sampai ke petang saya tak masak.Busy dengan survey harga barang-barang yang sale sempena krismas.Window shopping la tu.Sebelum beli nak kena survey betul-betul.Kat sini memang gila-gila sale tapi memang kena rajin survey.Kadang-kadang kedai bersebelahan tapi harganya, sungguh berbeza sampai berpuluh-puluh dolar..


Disebabkan kelmarin bila saya masak singgang daging dan sayur kacang peas tiada pun yang sudi makan, jadi senanglah kerja saya.Sekali masak makan untuk dua hari.Muncung mulut masing-masing nak menghabiskannya.Tulah sapa suruh tak makan kalau saya masak.Kang dah kena denda.Hehehe..

macam biasa, fail bab mendeko..

Balik dari Mall, saya tertidur kepenatan.Bangun asar kemudian tertidur lagi lepas ajar anak mengaji.Tiba-tiba rasa boring yang teramat.Buat roti jala lah..Dah lama tak menjala.Zup, zap lepas isyak sekejap dah beres roti jala.Boleh tahan juga banyak hasilnya..


Kuah karinya saya masak pagi ni.Biasanya kalau ayam, kami cuma makan bahagian dada sahaja.Nak jaga kesihatanlah konon..Kebetulannya pula jiran saya kak Ani kasi kepak ayam, jadilah kari tulang ayam.Suami saya biasanya tak suka makan ayam yang bertulang, campur sikit isi dada.Nampaknya juadah pagi ni boleh dimakan sampai ke malam lagi..So apa lagi, jom pi shopping.


Friday, December 10, 2010

Floor Engineer???

Beberapa minggu lepas saya berjumpa seorang kawan perempuan kat sini.Tapi dia tinggal kat city (kami di pinggir saja).Bila berborak-borak saya dapat tahu dia yang bekerja sebagai floor engineer.Dia juga cikgu macam saya."Oh!Hebatnya"kata saya dalam hati.Kalau kat city memang berlambak kerja kosong.Tak peliklah kalau ada certificate senang-senang je dapat kerja.Tambahan anak-anak semuanya dah bersekolah memang tiada masalah nak kerja.

Pagi ni saya cakap kat suami "Bestlah bini si A tu. Dia kerja kat sini".Ayat berbaur dengki, kan?Hehehe..Suami saya balas "Yelah lakinya yang study pun kerja.Kerja cleaner la". Saya sambung "Tapi bini dia kerja floor engineer".Tiba-tiba saja suami saya tergelak."Kenapa pulak?" tanya saya."Floor engineer tu cleaner la.".Ah! Saya termalu sendiri.Itulah akibatnya kalau dah jahil..Hahaha


 

Tuesday, December 7, 2010

Pendidikan Seks di Sekolah

Mulai tahun depan pendidkan seks akan mula diajar secara formal dan berasingan dengan subjek lain di sekolah semua peringkat, rendah menengah.

Objektifnya menurut yang saya petik daripada BERITA HARIAN :

"Pada peringkat menengah rendah, antara tumpuan diberi ialah kecekapan psikososial atau kemahiran hidup menangani situasi berisiko, pengurusan tekanan, jangkitan penyakit seksual, dan perkembangan sifat seksual sekunder.Di peringkat menengah atas, ia membabitkan kemahiran kecekapan psikososial, kestabilan emosi dan mental, kehamilan remaja, kekeluargaan, jangkitan penyakit seksual, langkah pengawalan dan pencegahan rokok dan dadah," -Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran..

Mungkin macam-macam persepsi akan timbul daripada idea ini.Bagi saya, perkara ni ada pro dan cons.Bagi saya kita seolah-olah sedang menghala ke arah menghalalkan seks luar nikah tetapi cuba mengelak daripada berlakunya kehamilan di kalangan muda mudi..Bimbang juga kalau-kalau semakin diajar semakin kemuncak rasa ingin mencuba.Apa pun baik juga melatih pelajar mengenalpasti gangguan seksual seperti rogol, cabul dsb..Selain pengajaran seksual seperti rokok dan dadah memang wajar diberi lebih pendedahan.

P/S: Sefaham saya kat Oz pendidkan seks hanya diajar di peringkat sekolah menengah sahaja.Harap-harap saya tak diberi kepercayaan untuk mengajar subjek ni..Tak sanggup nak berceramah pasal seks kat kelas selama 40 minit (untuk sekolah menengah).

Monday, December 6, 2010

Selamat Tahun Baru Hijriah 1432

Selamat tahun baru hijriah1432, semua..
Semoga tahun baru dimulakan dengan semangat hingga ke penghujungnya..
Semoga amal kita semakin meningkat tahun ni..
Semoga semakin bersedialah kita untuk menghadapi saat kematian yang makin hampir,
Semoga menjadi abid yang soleh, taat dan setia berbakti kepada Allah..
Semoga mampu menjauhkan ahli keluarga kita daripada seksaan neraka..
Semoga mampu melayani karenah 'hubbuddunia' yang terlalu banyak pancarobanya.
Semoga kita terus berbahagia dan diberkati Ilahi di dunia dan akhirat..

Friday, December 3, 2010

Nak ke Tak Nak???

Minggu lepas saya mendapat newsletter daripada cikgu Danish yang memperingatkan kami bahawa 15 Disember ni hari Chrismast Party kat sekolah.Kami dihendaki membekalkan anak sepinggan makanan sempenanya.

Semalam ketika menjemputnya pulang sekolah cikgunya bertanyakan saya adakah Danish boleh join party tersebut?Saya terangkan, mungkin dia tak join sebab bimbang dengan makanan yang dihidangkan.Kot tak halal.Dia cakap boleh je kalau nak bawa bekal sendiri.Tapi saya tetap cuak dengan anak.Yelah kalau nampak makanan yang banyak, sedap-sedap pula tak mustahil dia nak makan juga.Hish..confused juga.Biasanya saya akan pontengkan saja dia hari yang ada makan-makan kat sekolah.Tapi bila cikgunya beria-ia menjemput tak tergamak juga nak tolak.

Lagi satu bab Akidah, krismas kan perayaan keagamaan. Budak-budak memang belum dikira dosa pahalanya tapi macamana dengan kita orang tua yang membenarkan bukankah akan dapat saham bersubahat? Saya sebenarnya tersangat bimbang kalau-kalau dia rasa perayaan tu sangat menyeronokkan.Biasanya party diorang ni selain makan-makan, akan diberikan hadiah, ada majlis tari menari. Kot-kot nanti dia terpengaruh pula. Orang tua kata jangan dah terantuk baru nak terngadah, kan?Lagi pun dalam dalam beragama kita tak bolehlah nak bertoleransi sangat..

Macamana ni?Hati saya sangat berat nak benarkan dia celebrate..Apa pendapat kawan-kawan?


 

Thursday, December 2, 2010

Rindunya Dunia Cikgu..

Dah hampir dua tahun saya bercuti tanpa gaji kerana ikut suami belajar kat sini.Mula-mula berhenti kerja dan menjawat jawatan suri rumah memang menyeksakan.Tak tahu apa aktiviti yang nak dibuat untuk mengisi masa yang sangat lapang.Sebelum tu kerja suri rumah adalah bermula lepas balik sekolah dan hujung minggu sahaja tapi cukup memenatkan!Mungkin sebab banyak kerja yang perlu dibereskan dalam masa yang singkat.Saya begitu takut menjadi suri rumah.Tapi tak sangka senang rupanya jadi suri rumah.Setakat kemas rumah, basuh baju dan memasak apalah sangat.Otak rileks je..


Sering juga merengek-rengak minta izin kerja daripada suami.Kat sini ada sekolah agama, dengan kelulusan yang ada saya sangat berharap menjadi cikgu kat situ tapi susah juga bila tiada orang yang sanggup jagakan anak.Nurseri tersangatlah mahal.$300 lebih untuk seminggu!Sama mahal dengan harga sewa rumah.Lama kelamaan hasrat terpendam begitu sahaja..


Hobi saya no. wahid ialah memasak sebenarnya.Apalagi lagi memasak la kerja saya sehari-hari.Macam-macam resepi yang saya cuba.Tapi yang sedihnya cuma anak-anak yang suka makan. Suami cuma gemarkan nasi sahaja.Tak pasal-pasal saya yang kena habiskan makanan untuk elakkan membazir.Dah jadi tong sampah layaknya.Tapi bila sedar tabiat ni boleh membahayakan, saya mula perlahankan aktiviti masak memasak.


Nak mengisi masa, saya cuba cari hobi.Saya bukan orang yang gemar berdepan dengan laptop. Kepala sakit, mata senak-senak.Saya rabun jauh sebenarnya tapi malas nak pakai spek.Sebab tu jugalah saya lambat mula blogging.Tapi saya mulakan juga untuk isi masa lapang.Alhamdulillah..sedikit sebanyak mampu mengisi masa lapang dengan berfaedah.Banyak pengalaman, ilmu dan cerita yang saya dapat daripada blogging.Sejak pasang iklan nuffnang, saya makin bersemangat.Sekurang-kurangnya ada 'sesuatu' yang saya dapat..


Namun realitinya saya kini sebenarnya semakin rindu dengan dunia cikgu yang ditinggalkan lebih kurang dua tahun ni.Sungguhpun bukan senang nak mendidik pelajar menjadi 'orang' tapi di situlah terletaknya cabaran. Kalau pelajar berjaya, kita yang merasa kemanisannya.Maksud berjaya di sini bukanlah dapat masuk universiti semata-mata.Tapi mampu menjadi manusia yang ada guna kepada masyarakat, agama dan bangsa.Bertambah bangga kalau pelajar yang kenang jasa kita..Ahhh..semakin rindulah macam ni..







Wednesday, December 1, 2010

Mr. Bean Islam ke?

Ketika sedang menengok video Mr.Bean kat PSP yang abahnya download, tiba-tiba Danial, anak saya bertanya..

"Ummi, Mr.Bean tu Islam ke?"

Saya tanya "Kenapa tanya macam tu?".

Balasnya "Ni dalam video ni dia main dengan kucing".

Alahai tersilap faham pulaklah budak empat tahun ni.Saya pernah buat entry pasal ni dulu.

Saya balas balik "Oooo..dia tu orang Kristian. Dia boleh main kucing dan anjing.Orang Islam je tak boleh main anjing"

"Oooo..macam tu ye, Ummi"

Alhamdulillah dah faham agaknya.

Tiba-tiba dia sambung lagi "Jadi orang Krismas je yang boleh main anjing ye".

Laaa ke situ pulak sesatnya..Sampai sekarang dia masih tak boleh bezakan antara Kristian dan Krismas.Nak tergelak pun ada..

Saya tegur silapnya "Orang kristian la, baby.

"Oopps" balasnya sambil gelak.Dah tersedar la tu.

Kesian dia terpaksa membezakan antara Islam, Krismas dan Kristian dalam usia yang masih mentah.