Monday, June 27, 2011

Susah Senang Bila Pasangan Juga Blogger

Saya yang mula berblog dulu.Tiba-tiba cik abang tergedik-gedik nak berblog juga.Tapi minatnya fotografi..Jadi saya mempersilakan dia 'terjun' ke dunia blogging ni.


Tapi yang agak susah juga bila sama-sama mula berbloging.Sebabnya selalu juga entry berkisar perkara yang sama, gambar pun sama.Jadi selalulah terjadi saya 'mencuri' gambar-gambar dari blognya.Kenapa?Sebab saya ni tak minat sangat dengan foto apatah lagi bila gambar menggunakan DSLR.Banyak kerja kena buat.Nak kena edit sebelum upload.Kalau tak orang lain senang nak pergunakan gambar kita ye..


Jangan sangka kami bermasam muka sebab tu..hehe.Sebenarnya bila ada problem,saya sering merujuknya.Begitulah sebaliknya.Sapa-sapa yang pernah ke blognya jangan pula jemu pula nak baca entry kat blog saya walaupun kisahnya sama je..hehe..

Tuesday, June 21, 2011

Seksanya Sakit Gigi

First time saya rasa sakit gigi.Sebelum ni dok dengar cerita orang je betapa seksanya bila sakit gigi.Mood merudum 100%.Ditambah dengan anak meragam, saya rasa benar-benar bengang.Nak cabut pun tak boleh bila tengah sakit ni,kan.


Lagipun kat sini mahalnya mak datuk kos rawatan gigi.Kalau tampung pun $400.Kalau cabut tak tahu la berapa..Rasa nak menangis je.Tapi baru je jumpa penawar sakit gigi sebentar tadi, nak cuba la.Baca ayat 23:al-Mulk..Harap-harap menjadi.Tak tahan asyik dok telan pain killer je ni..

Saturday, June 18, 2011

Perasan Tak?

Tak tahu mana silapnya blog saya ni.

Segala setting telah berubah dengan sendirinya.

Perasan tak?

Tulisan kat post title (jenis tulisan dan warnanya)

Rasanya tak sempat menggatal-gatal tangan reset blog sejak 2,3 hari ni.

Buka-buka je terus jadi cam ni..

Apa dah jadi ye?

Bimbang juga kot-kot kena hack.

Blog tak glamer pun ada juga ke yang berminat nak hack?Hehe.

Seriau juga.Cam mana nak tau blog yang kena hack ye?

Tuesday, June 14, 2011

East Meets West: Kerabu Siam Snow Pea Sprout

Menu lunch hari adalah menu antarabangsa.Sebab yang memasaknya orang melayu Kelantan, resepinya diciplak dari Thai dan menggunakan sayur-sayur omputeh.Tadaaaa.. kerabu siam snow pea sprout.Favourite kami sekeluarga.Mentua saya goreng ayam dan tumis sambal bilis.Fuhhhh..terangkat.Sedar-sedar banyak juga 'termakan' hari ni.

Snow pea sprout~ Google

Mungkin ramai yang tertanya-tanya macamana rupa snow pea sprout tu ye..Saya tak pernah jumpa kat Malaysia  sama ada  kat pasar-pasar atau supermarket sekitar Terengganu dan Kelantan.Kat KL saya tak pasti..Nilah rupanya.Biasanya saya wat kerabu atau ulam saja.Memang best..


Kalau berminat nak resepinya boleh la salin dan buat ye..


Kerabu Siam Snow Pea Sprout

KERABU SIAM SNOW PEA SPROUT
Bahan-bahan
3 genggam snow pea sprout
2 batang carrot- disagat halut
1 genggam udang kering- ditumbuk
3 sudu besar sos ikan
1 genggam kacang tanah- digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar-kasar
1/2 labu bawang besar
1/4 biji perahan lemon
2 biji cili padi
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya
Satukan semua bahan dalam mangkuk besar.Gaul rata.Suka hati la nak pakai sudu atau tangan.Saya lebih suka pakai tangan.Sebabnya air tangan saya memang menyedapkan lagi masakan..hehe.Dah siap pun..Sedia untuk dimakan.

Sunday, June 12, 2011

Anak Pompuan Cepat Matang

Komen mentua, baby girl saya yang baru berusia dua bulan suaranya bila menangis tak macam baby lagi.Semakin matang.Saya pun terfikir, sebab tu ke semua pompuan lebih cepat nampak berusia matang.Yelah kalau dari bayi dah cepat berkembang, cepatlah matangnya,kan?Saya belum pun puas bermanja-manja dengannya.Mesti sedar-sedar dah dapat menantu.Hehe..Tak rela you..Tapi rasanya anak lelaki pun sama kot, sedar tak sedar dah nak masuk 8 tahun si Danish.Maknya masih begini juga,kan?Tak insaf-insaf..

baru lahir dah tau kenyit-kenyit mata ye

tengah exercise, umur sebulan..

terkini, dua bulan..suka sangat gambar ni.Suami yang snap..


Nilah dia puteri kami.Dalia.Dah boleh mengangkat kepalanya sendiri dan mampu tersenyum bila diagah.Bukan tak nak upload sebelum ni tapi tak berkesempatan nak edit gambar.Insya Allah akan menyusul lagi gambar-gambarnya lain kali..

Saturday, June 11, 2011

Baru Winter ke Dah Spring??

Biasanya Jun adalah permulaan winter kat Perth ni..Udara sejuk dah mula menggigit-gigit kulit kami.Sejuknya.Peliknya pokok mula mengeluarkan bunga.Seakan-akan spring pula.Walaupun bukan semua pokok berbunga tapi ia tetap mengujakan kami.Jomlah jamu mata..

kat belakang rumah, tak tahu namanya..
Dari jauh cam rambutan je.Ni kat depan rumah.
namanya banksia

kaktus yang sedang galak berbunga kat belakang rumah saya

bunga rumput,memang banyak kat sini (curi dari blog suami)

juga bunga rumput.Cam bunga matahari tp saiznya kecik.


Friday, June 10, 2011

Chef Wan @ MasterChef Autralia!!!!

Saya baru je lepas menonton Master Class, salah satu segmen Master Chef.Rakaman dibuat di Malaysia.Teruja betul bila dapat melihat Chef Wan memasak Kerabu Pucuk Paku dan Otak-otak Kukus.Macam best sangat.Boleh meleleh air liur dibuatnya.Rindunya nak makan.Tapi mana nak cari pucuk paku kat Perth ni?Otak-otak tu bolehlah try semua bahan senang jumpa..

Setahu saya MasterChef Australia telah disiarkan di Astro kat Malaysia.Musim terkini belum disiarkan kat Malaysia, kan?Jadi sapa-sapa yang berminat untuk menonton siri-siri terkini bolehlah ke sini..

Thursday, June 9, 2011

Hish..Danial Nie

Setiap hari Khamis, cikgu Kindy akan bawa  Danial akan ke Library sekolah untuk pinjam buku.Memang dah jadi budaya kat sini budak-budak 'dimanjakan' dengan buku.Bagus,kan?

Tapi minggu lepas dia telah pinjam buku ni

*

*

*

*

*


Kelakar pun ada, tiada sensitiviti langsung..Tapi dia suka dibacakan buku ni sebab mengisahkan tentang bab* yg cuba untuk terbang..hehe

Wednesday, June 8, 2011

Apakah Rasa Macaron?

First time tengok macaron kat MasterChef Australia 2nd season, tahun lepas.Chefnya adalah Andriano Zumbo yang memang terkenal kat sini.Masa tu belum nampak macaron tertayang kat blog masakan Malaysia.Saya teruja bila melihatnya tapi tak teringin pun nak merasanya.Kadang-kadang yang cantik belum pasti sedap dimakan..



Macaron tower~Andriano Zumbo

Tup tup sekarang ni glamer pula kat Malaysia.Menggiurkan pula promosinya.Harganya boleh tahan juga,kan?Jadi saya dok tertanya-tanya best sangat ke sampaikan orang sanggup beli walaupun mahal.Kat sini tak pernah pula nampak terjual.Apapun saya salin juga resepinya nak dicuba sendiri..Tapi bila la dapat rasanya.Selagi baby masih kecil ni susah nak mendeko ni..Boleh tak anda gambarkan kepada saya tentang keenakannnya?Kalau ada orang sanggup poskan lagi bagus.Hehe..

Monday, June 6, 2011

Penat tapi Berbaloi..

Jarang-jarang sempat nak online sekarang ni.Betul-betul busy dengan puteri sorang ni.Cuaca semakin sejuk semakin meragamlah dia.Dah pakai baju berlapis-lapis tapi masih sejuk.Nak dibungkus, marah pula.Jadi nak menghilangkan sejuk terpaksalah dipeluk erat-erat.Ok juga ummi pun boleh panaskanbadan.Tapi hakikatnya memang memenatkan..


Inilah 1st time jaga anak sendiri.Sebelum ni bila anak dua bulan, ummi mula kerja semula.Jadi kerja-kerja penjagaan anak cuma separuh hari.Rileks la sikit.Sekarang ni masih ok lagi sebab mentua masih ada kat sini hingga akhir bulan.Biasanya kerja-kerja rumah mentua lakukan..Harap-harap baby dapat menyesuaikan diri secepat mungkin dengan winter supaya tiadalah ummi kelam kabut sangat nak buat kerja rumah..


Rutin sebagai surirumah bertukar sejak ada baby ni.Baru tau susahnya nak mengasuh anak dan membuat kerja rumah sekaligus.Hehe.Apapun saya tetap puas hati dapat menjaga anak sendiri..