Wednesday, March 23, 2011

Dah Book Tarikh..

Walaupun kandungan baru menjangkau 34minggu, saya ke hospital hari ni untuk book tarikh ceaser.Insya Allah kalau tiada aral melintang 28 April (genap 39 minggu) akan tibalah si kecil yang dinanti-nantikan.Macam tak surprise pula bila dah tau awal-awal lagi tarikh bersalin, kan?


Walaupun ini kali ketiga saya akan menjalani proses ceaserian, tapi perasaan takut tetap ada.Sebelum ni saya merasai contaction seperti biasa kerana saya diberi peluang untk bersalin secara normal.


Lagipun nilah kali pertama akan bersalin di tampat orang jauh daripada mak dan famili tercinta.Apapun doakan yang terbaik untuk saya..



Tuesday, March 22, 2011

Air Paip Oz Selamat diminum

Dah masuk minggu ke 33 pregnancy saya.Semakin penat pula terasa sejak akhir-akhir ni..Nak menghadap laptop pun malas apatah lagi nak blog walking!!


Sabtu lepas sempat juga ke Perth City, melawat kawan.Seorang anak kawan suami yang baru sahaja menyambung study kat sini.Dia menumpang kat rumah kawan yang agak rapat juga.Bila jarang-jarang jumpa, banyaklah terkeluar cerita-cerita (tak mengumpat kot) hehehe..

google

Dalam banyak-banyak topik tu,termasuklah cerita kawan yang bawa anak dia jumpa doktor gigi yang menasihatkan supaya air minum jangan dijerang sebelum makan sebab air paip kat Perth ni memang selamat diminum!Baru saya tahu.Dah beribu-ribu gelen air agaknya 'termasak' sepanjang dua tahun lebih ni.Tapi memanglah airnya sangat jernih.Tak berbau klorin, tak berkeladak cam kat Malaysia.Memang tak perlulah nak pakai macam-macam penapis.Ruginya baru tau!!

inilah rupanya..
Balik dari rumah kawan, singgah kat IKEA.Jamu mata.. sambil-sambil tu kempiskan poket laki yang dah tersedia kempis.Kui..kui..kui..Saya terbeli BRADA laptop support $12.99 je.Bestlah tak terasa panas lagi peha bila meriba laptop.Balik ke rumah hampir maghrib (dah masuk autumn ni 6.30 pm dah maghrib).Lepas maghrib kami anak beranak tertidur.Mujur terjaga untuk solat Isyak..


Ahad pula menziarah kawan yang baru dapat baby.Aduh penatnya..

Wednesday, March 16, 2011

Erti FB dalam Hidup Saya

Facebook saya khas untuk saudara mara, kawan-kawan rapat dan student sahaja.Tapi saya tak menolak sekiranya kawan-kawan blogger perempuan nak add saya sebagai friends.Mengapa limited?Sebabnya senang saja, nak jaga privacy diri. Kat FB banyak juga saya muatkan gambar-gambar peribadi yang tujuan asalnya untuk tatapan mak dan adik beradik yang jauh di mata. Jadi tak sesuailah rasanya kalau saya buka FB seluas-luasnya kepada orang lain.Bukannya apa mungkin ada gambar-gambar yang terlebih gediks..Bahaya, kan?



Memang pernah saya remove seorang daripada kawan blogger yang add saya.Saya accept dia sebab namanya memang tak melambangkan jantinanya.Dia lelaki rupanya.Jauh di sudut hati rasa bersalah.Maaf,  saya terpaksa lakukannya!!!!Hidup di zaman teknologi yang serba canggih ni besar cabarannya, kan?Mungkin ada yang akan mengata "alah awak tu bukannya cantik sangat pun..".Tak kisah apa orang nak kata saya tetap dengan prinsip saya..

Saturday, March 12, 2011

Badan Naik Bila Mengandung..

Ramai ibu-ibu yang naik mencanak-canak berat badan bila mengandung.Ada yang naik 2kg setiap bulan.Ada yang naik lebih daripada tu.



Kalau saya masa pregnant paling seronok tanpa dikontrol diet pun berat badan saya tak pernah naik melebihi 5kg sepanjang mengandung.Tak tahu apa puncanya.Agaknya segala nutrisi makanan tersalur kepada baby.Anak-anak saya memang besar ketika lahir.Yang sulung (meninggal ketika lahir, kalau yang belum baca kisahnya boleh rujuk kat sini)~ 3kg, yang kedua 3.5kg, yang ketiga 3.85kg. Sepanjang pregnant kali ni pula(dah masuk 32 minggu), berat badan saya cuma bertambah lebih kurang 1.5kg je.Last week scan berat baby dah nak sampai 2kg.Ini belum dikira segala bahan buangan semasa bersalin, kan?Contohnya placenta, air dsbnya..





google
 
Hasilnya, lepas bersalin saya biasanya akan slim berbanding sebelum pregnant.Hahaha seronok, kan?Tapi problemnya, tak sampai setahun umur anak, saya mula membina bonjolan-bonjolan lemak.Aduh penatnya kalau macam ni.Kena pregnant lagi la nak hilangkan segala lemak-lemak.Tapi sampai bila nak berterusan camni..Huhuhu..



Anda bagaimana?Ada petua tak nak sentiasa slim?

Malasnya..

Malasnya nak update blog..
Bila jarang-jarang menjenguk blog, semakin menipis idea untuk menulis..
Lagipun tamu masih ada rumah..
Masa juga semakin terkekang..
Tunggulah minggu depan bila semua dah settle bolehlah blogging semula..
hehehe..

Thursday, March 3, 2011

Saman: Bukan Setakat Ada Diskaun..

Terbaca kat KOSMO pagi ni..Baiknya kerajaan kita dahlah orang buat salah siap bagi diskaun lagi.Tak cukup dengan tu ditunda lagi tarikh diskaun.Bagus ke?


Bagi saya itu bukan cara mendidik orang yang melakukan kesalahan di jalan raya, tapi terus menggalakkan lebih ramai yang terkorban.Makin ramailah samseng nanti.Yelah buat salah, kena saman, tapi tak payah bayar dulu tunggu jelah diskaun daripada kerajaan.Senang, kan?


Kalau kat sini, peraturan jalan raya adalah berdasarkan polis negeri masing-masing.Maksudnya undang-undang di Western Australia mungkin tidak sama dengan New South Wales atau South Australia.Tapi yang pastinya siapa salah mesti didenda tanpa kompromi, tanpa diskaun.



Malah kalau terlibat dengan kemalangan pun denda.Contohnya kemalangan disebabkan mabuk, kena denda sebab mabuk.Itu belum campur segala facilities yang rosak akibat kemalangan yang juga kena bayar.Sebab tu jarang berlaku kemalangan kot.Lagipun orang-orang kat sini memang berdisiplin kat jalan raya.Itu saya suka..



Wednesday, March 2, 2011

Airport Perth dah Tiada 'Surau'

Perkembangan terbaru yang saya dapat tau kat airport Perth dah tiada praying room. Sebelum ada ruang untuk semua agama bersembahyang kat situ.



Kiranya campur-campur la. Hindu ke, Buddha ke, Kristian ke, Islam ke, semuanya boleh sembahyang. Semasa suami menjemput mak dan adik saya dari Malaysia, baru terperasan lot surau tu dah jadi kedai. Semua lot kat tingkat bawah airport tu dah jadi kedai.



Diorang ni cuma pentingkan bisnes je ye. Ataupun sebab yang selalu guna tempat tu hanya orang Islam sebab tu ditukar. Sebenarnya kat Australia ni memang banyak racist.


Kalau macam ni kenalah cari mana ruang kosong untuk bersolat. Islam tu mudah. Allah ada kat mana-mana, kan..


Tuesday, March 1, 2011

Hari Pertama Bulan Mac~ Permulaan Autumn 2011

Hari ni hari pertama bulan Mac 2011.Kejap je dah habis dua bulan tahun 2011.Kami kat sini dah masuk musim kedua tahun ni iaitu autumn.Tapi cuacanya masih seperti summer.Lambat pula habis summer tahun ni.Dah tahan nak menghadapi cuaca panas.Entah kenapa tahap kelembapan (humidity) tinggi pula tahun.Terasa seperti kat Malaysia - berpeluh-peluh dibuatnya.Tidur malam pon tak nyenyak.Ok juga, Allah dah kejutkan untuk Qiamullail..




Mak dan adik saya dah balik pagi ni.Tak boleh berlama-lama, adik tak dapat cuti panjang Ingat nak je tangguhkan mak balik tapi susah juga sebab dia bukannya sihat sangat.Kencing manis, darah tinggi,kolesterol pun tinggi.Tak berani pula.Kos perubatan kat sini tersangatlah mahal kalau tiada insurans, memang sakit kepala jugalah nak menanggung.Lagipun saya adik yang sakit tinggal bersama mak..Kedatangan diorang selama 5 hari, benar-benar membahagiakan saya.Terlepas jugalah rindu.Yang paling best saya pun dapat jalan-jalan..Hehehe.Nak tau aktiviti diorang semasa kat sini bolehlah tengok blog suami saya, sini dan sini.



Join diorang ke Cavensham, jamu kanggaroo..


 
Mulai hari Sabtu ni, saya akan menerima tetamu dari Malaysia lagi iaitu kawan suami yang attach universiti yang sama kat Malaysia yang mendapat offer belajar kat sini juga.Tak sunyilah rumah saya macam ni.Saya suka kalau ada tamu-taklah boring sangat bila banyak kerja nak dibuat.Paling sekejap, diorang akan menumpang rumah kami dua minggu.



Awal bulan April, mentua saya pula datang.Insya Allah untuk menjaga saya sepanjang berpantang.FIL datang dua minggu je sebab dia masih kerja.MIL, insya Allah selama 3 bulan.Semasa bersalinkan anak-anak sebelum ni pun dia yang banyak jaga saya berbanding mak sendiri.Mak saya memang dah tak larat dah.Sukanya bila orang jaga kita..