Wednesday, August 11, 2010

Nostalgia Malam Pertama Bersahur Part 2

Salam semua,
Hari ni nak sambung cerita semalam.Kisah ni berlaku ketika saya melahirkan anak sulung pada 2001..

Setelah berkahwin hampir 3 bulan alhamdulillah saya disahkan mengandung.Tidak ada sebarang masalah mula-mulanya.Sehinggalah kandungan mencecah umur 35 minggu.Saya bleeding tak tahu apa puncanya.Berikutan itu saya mendapat mc selama 3 minggu.Lama, kan.So mc akan tamat 2 minggu sebelum due date.Disebabkan saya kat Johor Bharu, suami kat Kuala Terengganu Penolong Kanan sekolah saya (dia boss,sebab tiada Pengetua) syorkan saya balik kampung dan menyambung mc sehingga anak lahir.Tq, Puan Jamiah.

Masih bleeding sekali sekala sehingga dua minggu di kampung.Tapi memang tak boleh detect apa puncanya.Tapi baby sihat.Tiga hari sebelum due date saya dah ada contraction, jadi pergi hospital berhampiran rumah saja.Tiga hari kat hospital saya sakit berterusan tapi belum baby belum ada tanda-tanda baby nak keluar. Saya pula demam sampai tak daya nak bangun.Malam keempat kat hospital, barulah ada tanda nak keluar.Malam tu malam pertama umat Islam berpuasa.Bila saya bagitau nurse yang bertugas, dia minta izin untuk beli makanan sahur dulu.Bengang betul saya.Akhirnya pukul 12 tengah malam saya dibawa ke labor room.

Polisi hospital masa tu suami tak dibenarkan menemani isteri bersalin.Suami saya ada kat luar bersama mentua.Mak saya pula tak boleh temani saya sebab adik sakit.Kat hospital tu cuma ada dua labor room.Empat atau lima midwife bertugas malam tu, sebahagian kat labor room sebelah.Manakala sebahagiannya bersembang kat meja depan labor room sambil dengar radio kuat-kuat.Di perut saya dipasangkan alat CTG (untuk kesan jantung baby).Disebabkan tak tertahan sakit, saya tekan emergency bell kat tepi katil.Seorang midwife datang tak masuk pun, cuma melaung dari depan pintu.Dia marah saya, katanya saya hanya akan bersalin pukul 4 pagi (berdasarkan bukaan rahim 1 jam = 1cm).Sedangkan saya dah rasa baby nak keluar. Dia kemudian kembali ke mejanya semula..

Kemudian saya panggil lagi.Saya nak buka CTG tu sebab saya rasa ia mengganggu pergerakan saya.Tak boleh nak mengiring, cuma melentang.Rimas betul.Akhirnya dia buka.Boleh la saya turun katil naik katil.Masuk toilet keluar toilet sambil melayan sakit.Saya tekan bell beberapa kali lagi, datang midwife dia check saya, katanya baby dah terberak dalam perut.Saya tak tahu pun baby dalam keadaan bahaya.Tak de pengalaman..Tapi midwife tu keluar lagi.Tinggal saya keresahan menanggung sakit.Selepas tu hampir 10 kali juga saya tekan bell untuk bagitau saya dah ready untuk bersalin tapi tak dilayan.

Hampir pukul 4 pagi, barulah permintaan saya dilayan.Tapi bila diorang check denyutan jantung, sah baby saya semakin lemah.Barulah diorang panik mencari nadi baby.Sekali meneran dah keluar.Girl.Tapi baby tak menangis.Hampir dua jam saya menunggu untuk tengok baby. Saya tanyakan midwife, katanya doktor tengah beri rawatan.Hati saya tak sedap.Sehinggalah setengah jam kemudian, saya diberitahu baby tak dapat diselamatkan.Sedihnya tak tercerita.Tengoklah diorang punya attitude, sepatutnya dia bagitau suami saya dulu, kan.Seketika kemudian, suami saya dibenarkan masuk.Saya boleh baca kekecewaannya.

Sebelum jenazah dibawa balik untuk urusan pengebumian, saya minta untuk renung wajahnya.Itulah pertama dan terakhir saya lihatnya.Sangat comel mirip Danish.Tiga kg beratnya.Penat-penat kandung 9 bulan saya tak dapat apa-apa hasil disebabkan kecuaian manusia lain.Apapun saya pasrah, dialah saham saya kat akhirat nanti.Insya Allah.Mula-mula ingat nak sue hospital, tapi bila fikirkan terpaksa post mortem mayat baby saya dan suami mengalah. Biarlah dia ke sana dengan tenang.

Saya terpaksa ditahan di wad hampir seminggu kerana kuman turut merebak dalam badan saya sehingga sel darah putih melebihi sel darah merah.Tuhan masih beri peluang untuk saya bernafas.Alhamdulillah.Saya masih menunggu rezeki baby girl selepas melahirkan Danish dan Danial secara cesarean. Kemudian keguguran pula bulan Febuari lepas..Semua yang berlaku ada hikmahnya,kan.Kita pasti akan diuji selagi mengaku beriman.

Firman Allah: Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-Ankaboot, Chapter #29, Verse #2)





16 comments:

kakcik said... [Reply to comment]

Sedihnya. Mungkin sekarang ni tahap perkhidmatan para jururawat di Hospital Kerajaan telah ada peningkatan.

Kakcik juga pernah terkena, saat kita sakit, diberitahu jangan angkat punggung, tengah sakit manalah nak fikir itu ini... melainkan ingat mati. Lepas selamat melahirkan, dibebel2 oleh jururawat tu sebab banyak 'kena jahit'. Kalau ditolong pegangkan kaki ke, harus juga tak terangkat punggung. Hmmmm.. semuanya jadi pengalaman.

Sekurang2nya Mizah ada saham di sana nanti. :)

Hamizah said... [Reply to comment]

yelah, kak chik diorg pun manusia,kan..
Insya Allah

Ibuhani said... [Reply to comment]

salam hamizah.....semua ujian ada hikmah n kedua anak yg meninggal akan menunggu Hamizah disyurga nanti.....insyaallah akan bertemu jua.... :)

Chik Na said... [Reply to comment]

setiap ujian ada hikmahnya...

cheqna said... [Reply to comment]

salam

aduh..sedih lak baca..
huhuhu
pepun setiap yang berlaku ada hikmahnya kan...

en_me said... [Reply to comment]

salam ramadhan akak hamizah tewww..

julietchun said... [Reply to comment]

nurse ngan doktor tak cukup agaknya sebab tu mcm2 kes terjadi.

yatie chomeyl said... [Reply to comment]

sedihnay cerita akak ni. geram sy dgn midwife tu haisy..mentang2 bukan dia yg sakit.

Pnut said... [Reply to comment]

alahaii sedih la saya baca pengalaman ni... takut pun ada...

kes ni sama lebih kurang kes kawan saya, anaknya juga, dikabarkan telah tertelan najis, dan tidak dapat diselamatkan...

apa pun saya doakan, nanti akan dapat baby girl juga nanti..aminnn

Ku Tak Sempurna said... [Reply to comment]

sedih + takut bl baca citer ni

insyaallah... adalah rezeki tu nanti...



salam ramadhan ya

a.z.r.i.n.a.03.07 said... [Reply to comment]

Salam Miza,

harapnya mutu perkhidmatan hospital dah ok sekarang ni.

*adik saya pun memang kata di hospital gomen dorang buat tak layan lepastu membebel tak kira masa. Adik saya ni brutal sikit, tengah2 macam tu pun dia tegur jer nurse2 tu..

adalah rezeki nanti.InsyaAllah.

siti murni said... [Reply to comment]

salam ramadhan..

sedihnya...
cuai lah! dari dulu sampai sekarang service tak berubah...

kak wan said... [Reply to comment]

Salam kenal mizah..
Baca n3 ikut blog cheqna,sedih baca n3 ni.
Alhamdulullah akak masa melahirkan suami disisi dan para petugas pun sangat mesra mungkin sebab bukan hospital kerajaan.
Banyak sabar..nak baby girl ke? ikutilah petua camana nak dapat baby girl..sebab akak dapat baby boy ikut petua..apa - apapun kuasa ALLAH diatas segalanya.

makdara TERDIVA said... [Reply to comment]

semoga terus tabah mizah..setiap dugaan dan ujian Allah itu ada hikmah yg tersembunyi..

selamat berpuasa ya.. :)

Hamizah said... [Reply to comment]

tq semua yang memberi komen..xpelah saya dah redha segalnya..

alyyani said... [Reply to comment]

salam kak, baru baca. lewa nye nurse2 tu. tak tau ke kita tgh bertarung nyawa. betul cakap akak, arwah bekalan akhirat akak sekeluarga. al-fatihah..