Tuesday, August 10, 2010

Nostalgia Malam Pertama Bersahur Part 1

Insya Allah mulai esok kita akan mula berpuasa.SELAMAT BERPUASA untuk semua.Moga Ramadhan kali ni yang terbaik untuk kita.Manalah tau tak sempat menikmati Ramadhan tahun depan,kan.

"Berkerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu hidup selama-lamanya dan berkerjalah (beramal) untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari."
Hadis riwayat: Ibn Asakir.

Bila tiba je Ramadhan, saya akan teringat dua peristiwa yang sangat meninggalkan kesan terhadap diri saya.Yang pertama berlaku ketika saya masih belajar tahun akhir kat UM.Malam tu saya dengan roomate tidur lewat kerana menyiapkan assignment.Biasalah kalau tak dekat dateline main-main je lebih.Manakala roomate saya pula tengah bertungkus lumus menyiapkan workpaper.Pukul 12 malam saya dah mengantuk. Saya memang hampir tidak pernah buat kerja hingga ke pagi..Petua kejelitaan nih..hehehe.Padahal memang jenis malas dan lembik pon.. Roomate saya pula berjaga hingga pukul 2pagi.

Disebabkan panas, kami biasanya membuka tingkap sampai ke pagi.Tak cuak langsung kami sebab duduk kat tingkat 8 apartment Vista Angkasa!Ketika roomate saya baru nak melelapkan mata, tiba-tiba nampak sekilas bayang-bayang lelaki di tepi tingkap, kemudian masuk ke bilik kami melalui tingkap tu.Dia punya gigil tak usah cerita la.Saya memang tak sedar apa-apa la sebab kepenatan.Lelaki tu terus menuju ke meja study kami.Ambik sesuatu kemudian terus keluar.

Dia sambil menangis teresak-esak kejutkan saya.Ingatkan dikejutkan untuk sahur, saya pun dalam mamai-mamai terkejut dengar ceritanya.Bila check rupanya wallet saya je yang hilang.Terbang RM60 duit saya.Satu jumlah yang besar masa belajar huhuhu.Mujurlah tak diapa-apakan kami.Kami tak tahu nak buat apa masing-masing ketakutan.Tutup tingkap nak selamatlah konon, terus tercongok-congok kat ruang tamu. Sebenarnya semua kunci pintu dan tingkap rumah tu rosak kecuali pintu depan.Housemate lain, bangun sahur pukul 5 baru sedar apa yang berlaku. Kami discuss untuk buat report polis dan saya pula meminta tolong abang ipar baiki kunci-kunci pintu sebab sepanjang menyewa kami tak pernah jumpa owner yang sedang belajar kat Australia ketika tu.Manakala bila malam ada jadual berjaga kat ruang tamu.Ala-ala rukun tetangga gitu.

Esoknya, laporan polis dibuat, kunci dah dibaiki dan malamnya jadual berjaga pon on.Tapi ketakutan kami masih belum hilang. Malam kedua berjaga, giliran saya dan roomate berjaga.Kami tidur kat ruang tamu.Tiba-tiba sekali lagi kami terdengar orang berjalan di balkoni (balkoni kami dan jiran cuma dipisahkan sebatang tiang yang besarnya sepemeluk).Jadi senang-senang je orang nak panjat.Saya dan roomate sekali menjadi terpaku dan saling berpelukan.Rasa macam nak luruh jantung.Panik betul.Sehingga tak tahu apa nak dibuat.Kami dah jadi patung bernyawa! Dia cuba kopak sliding door.Digoyang-goyangnya pintu tu tapi tak berjaya.Kemudian dia cuba kopak tingkap bilik kami di tepi balkoni tu juga tak berjaya. Lastly dia keluar ke balkoni sebelah!Kami suspek jiran sebelah yang cuba masuk rumah kami.Bila dah reda takut baru kami bagitau housemate lain.Apalah nasib saya dan roomate..

Kali kedua kami buat report polis, tapi tak diterima kami diarahkan ke balai polis Bukit Aman pula sebab kes berulang.Petang, polis datang ke rumah, romate saya kena interview. Saya ke kelas masa tu.Hish ruginya kalau tak saya mesti rasa glamer jugalah kan, sebab yang interview tu mesti bukan calang-calang polis..Jiran sebelah pun kena interview sebab kami suspek diorang.Alhamdulillah lepas tu kami tak diganggu lagi..

Ada lagi satu peristiwa penting dalam hidup saya yang juga berlaku malam pertama sahur..Tunggu sambungannya ye..


11 comments:

kakcik said... [Reply to comment]

Suspen la pulak..

Selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa, Mizah.. :)

Zaidah said... [Reply to comment]

sapelah yang punya angkara tu yerk...

cepat sambung yer..suspen dah nie

julietchun said... [Reply to comment]

kalo saya harus jerit je :p

salam ramadhan.

makdara TERDIVA said... [Reply to comment]

uit! menyeramkan sungguhla..seb baek tak jadi ape2..

anyway! selamat berpuasa yer :)

YanDarwisy said... [Reply to comment]

Takut kalau jadi benda2 yg kita x jangka. Nak jadi sekelip mata jer...Fuh...!

Yunus Badawi said... [Reply to comment]

Salam.

Nasib baik setakat dia ambil duit aje. Kalau diapa2kan roomate awak atau awak, tentu lagi rumit.

Selamat berpuasa.

fa10 said... [Reply to comment]

uish... seram sejuknya, tiba2 teringat cerita orang minyak kat tv9 tu. Mujur korang tak diapa2kan.
Selamat berpuasa Mie...

a.z.r.i.n.a.03.07 said... [Reply to comment]

Salam Miza,

saspens betul...

dah desperado sangat lah yang mengambil tu..

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

hish..takutnya. mmg betul ke jiran sebelah yg masuk rmh tu?

Hamizah said... [Reply to comment]

selamat berpuasa semua..

alhamdulillah saya selamat..

Hamizah said... [Reply to comment]

Nadiah,
sampai sekarang masih xtau sapa orgnya.agak2 je tuh..Hanya balkoninya bersambung dgn rmh kami..tak taulah kot ada org lain sanggup panjat tingkat 8 utk mencuri.lagupun jiran kami tu buruh binaan yg duduk ramai2 satu rmh.