Sunday, August 29, 2010

Hadiah Hari Bapa

5 Sept adalah Father's Day bagi Oz

Saya tak pernah sambut hari bapa walaupun anak dah menginjak tujuh tahun. Mother's Day pun sama.Kiranya adillah..Cuma sejak Danish bersekolah kat sini tahun lepas dia pernah buatkan kad, cikgu yang tolong poskan.

Tapi semalam, semasa kami sekeluarga merayau kat shopping complex macam-macam promosi untuk bapa. Tiba-tiba saya jadi teruja.

Diam-diam saya belikan wallet untuk suami. Murah je tak sampai $50 pun (duit sendiri ni- upah ajar ngaji budak-budak kat sini).Brand ok juga.
"Happy Fathers's Day" ucap saya kepada suami. Dia macam tercengang. Yelah tak pernah dapat hadiah sempena hari bapa, lagipun seminggu lagi tarikhnya.Saya yang tak sabar nak kasinya hadiah

Katanya" Apasal susah-susah belikan abang wallet?". "Aik,Tak suka ke?" tanya saya.Saya belikan dia wallet sebab memang dia jenis tak kisah bab penampilan.Kalau saya tak belikan memang tak bertukat lah.Percaya tak wallet yang dia pakai sekarang adalah hantaran kawin hampir 9 tahun lepas?Alahai lakiku..

"Ada baiknya sayang beri je duit tu untuk abang beli game PS3 yang dah lama dok aim" balasnya.Geram pun ada mendengar jawapannya.Nak beli yang tu pakai la duit sendiri. Saya beli ni yang dia tak mampu beli.Hehehe..

Tapi saya tau dia sangat terharu dengan pemberian saya. Sampai ke rumah terus dia menyalin isi wallet lamanya ke wallet baru." Tq, sayang" katanya..

"Welcome, bapa kepada anak-anakku..".




15 comments:

cheqna said... [Reply to comment]

salam

err...tuk cheqna??
hehehehe
selamat menyambut hari bapa jugakla untuk cik abe akak =)

siti murni said... [Reply to comment]

happy father's day utk husband kak mizah..:)

dia teruja sebenarnya tu...tapi cover line kot..hihi..

Hamizah said... [Reply to comment]

cheqna,
tq..nak hadiah?tunggu tukar jantina dl ye..

Hamizah said... [Reply to comment]

siti murni,
terlebih ego daa..

zarin said... [Reply to comment]

happy father'd day..mesti dia happy tu tp tkmo tunjuk hihi..

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

salam kak...i'm back!! ehehe. akak dah ok, nadiah pulak dijangkiti M :p. sweet je baca entry ni ^^

yatie chomeyl said... [Reply to comment]

mesti hubby akak terharu kan dpt surprise present dr akak ;)

fa10 said... [Reply to comment]

suami awok ni lebih kurang suami saya juga...
selagi boleh pakai x doknyo dio nok tukar apa2...

maya amir said... [Reply to comment]

hahah...ade hati die nak ps3..kekekek

Hamizah said... [Reply to comment]

zarin,
biasa la lelaki..

Hamizah said... [Reply to comment]

Nadiah,
tq,selamat kembali..boleh la selalu jenguk2 kat cni..

Hamizah said... [Reply to comment]

yatiey..

mungkin juga tu..

Hamizah said... [Reply to comment]

fa10,
lelaki semuanya sama ke?

a.z.r.i.n.a.03.07 said... [Reply to comment]

alahai...

bestnya (*_*)...


teringat pulak kat abg..
dia masih pakai wallet dari xco bagi ... sampai kembung lusuh wallet tu !

sayangsayangibu said... [Reply to comment]

salam ramadhan dan selamat menyambut lebaran
maaf zahir batin ye.. ;p