Friday, September 3, 2010

Mood Nak Raya Belum Datang..

Jealous betul tengok orang-arang Msia kat dunia maya ni..
Semua dah tayang kuih raya la, baju raya la..
Saya masih tercari-cari mood itu.
Baju anak-anak dah beli dua pasang sorang.
Cukup la tu.
Bukan berpeluh pun nak tukar-tukar ala Bollywood.
Mak bapak pakai je la baju-baju tahun lepas.
Bukan acap pun pakai, 2 kali je setahun.
Raya Puasa dan Raya Haji.
Kuih raya belum siap walaupun sejenis..
Entah la kenapa betul-betul malas tahun ni.
Tahun lepas siap juga dua jenis kuih.
Kiranya paling rajin ni.
Kalau kat Malaysia langsung tak buat.
Main tempah je semua.
Lagipun masa tu belum ada oven nak bakar kuih.
(Beralasan lagi).
Banyak sebab malas sebenarnya,
Pertama,mood raya tiada bila salah seorang kawan kat sini baru je kematian anak yang dikandung dua hari lepas.
Kami cuma 5 family je kat sini.
Bila dah 1 family dah berduka memang tak best kita nak bergembira.
Bukan tiada orang Islam lain tapi kat sini kebanyakkannya ada family sendiri.
Jadi buat hal masing-masing.
Kedua, Danish ada special assembly hari Jumaat.
Kelasnya akan berlakon kat pentas.
Tak kan nak skip.
Kesian juga sebab dia dah penat-penat practise..
Kalau raya hari Jumaat, pagi-pagi lagi saya akan terpacak sekolah dia, beri sokongan.
Habislah impian nak solat sunat kat Masjid Hepburn.
Tahun lepas dah tak pergi sebab Danial kecil lagi..huhuhu
Ni la nasib beraya kat tempat orang..
Nak balik kampunggggggg....


16 comments:

kak Erna said... [Reply to comment]

SALAM MIZAH..SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR DAN BATIN..
sabar aje la ye..nanti bila dah balik mesia..beraya la puas2..
sekarang..ni teruskan la kehidupan disana..semoga terus berjaya..

makdara TERDIVA said... [Reply to comment]

salam hamizah,

saya tak tayang lagi baju raya..tunggu hari raya baru tayang..hehe..

selamat hari raya buat hamizah & keluarga & rakan2 diperantauan.. :)

kakcik said... [Reply to comment]

Salam Mizah...

jangan sedih2, ya? Kakcik pun belum datang lagi mood nak beraya! :)

Salam lebaran buat Mizah dan keluarga. :)

Ummu Ammar said... [Reply to comment]

Salam Mizah..
Ala..janganlah sedih2..adat tinggal di perantauan..saya pun belum dapat mood Raya lagi ni..tak tahulah kenapa..

marinahunny said... [Reply to comment]

jgn sedih2 ye hamizah..lama ke duk sana?

a.z.r.i.n.a.03.07 said... [Reply to comment]

Salam Miza,

alahai..
minta maaflah kalau saya tunjuk2 kuih2 kat 'umah' saya tu buatkan Mira terasa..
tak berniat apa2 pun..


Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat Miza dan famili.

Hamizah said... [Reply to comment]

kak Erna,
tq..selamat hari raya juga..
Igtkan boleh raya kaw2 thn ni tp ada juga problem..
Insya Allah ada sethn lg to go..huhuhu

Hamizah said... [Reply to comment]

mak dara,
nanti tayang ye jgn tak tayang..
selamat hari raya..

Hamizah said... [Reply to comment]

salam kak Chik
apasal kak khik belum ada mood juga kalau saya kat msia mesti teruja sgt nak ry.paling penting blh jumpa semua sanak saudara..

selamat hari raya..

Hamizah said... [Reply to comment]

Salam pah,
sunat bergembira di hari raya..so rebut peluang tu..

Hamizah said... [Reply to comment]

marinna,
akhir thn depan atau awal 2013 balik..

Hamizah said... [Reply to comment]

reen,
xhal punya..dah adatnya begitu..

selamat hari raya juga buat reen..

transformed housewife said... [Reply to comment]

ala sienyo. takpola maybe rayo stail lain sikitla. lps habih show danish tu pergi la berayo dgn sain2 sano.

en_me said... [Reply to comment]

me dah tayang kete raya.. volleee kanns.. ihiks

Hamizah said... [Reply to comment]

nur,
insya Allah nak skip lepas dia wat show tu..

Hamizah said... [Reply to comment]

en_me,
huih dasat betul siap tukar keta baru sbb nak raya..hehehe