Sunday, September 26, 2010

Jom Tengok Bunga di Araluen

Saya betul-betul teruja nak tengok bunga kat Araluen, kira-kira 70km dari rumah kami.Apatah lagi kawan-kawan yang pernah ke sana 'menjaja cerita-cerita yang begitu menggiurkan hati.Semalam kami ke sana.Alahai indah kabar daripada rupa.Rupanya tahun ni tak banyak pula bunga.Dah sekarang ni saya tak larat sangat nak berjalan.Mabuk-mabuk gitu.Frust juga la..


Selepas spring bunga-bunga ni di cabut dan ditanam semula.Tulip yang paling saya nak tengok.Memang cantik, tapi memang tak betul-betul memuaskan hati sebab saya bayang seperti kat Neatherland.Kalau tengok promo kat tv tahun lepas pun itulah yang digambarkan.Tahun ni langsung promo tak keluar.Memang tak dialu-alukan ke sana kot..Ada juga bunga lain.Banyak yang tak tahu namanya..


Apapun layan je gambar ye..Saya publish tiga gambar je nak tengok selebihnya tengok kat blog suami saya ye.Ini pun saya pinjam yang dia dah edit untuk blognya..Tapi dia pun belum publish kesemua gambar..




 <><><><><><><><><> 
<><><><><><><><><>
sakura?
ala-ala rose tapi baunya tak sama..
sakura?

tulip putih
    

4 comments:

hamzah ian said... [Reply to comment]

cun la bunga.. cun2..

marinahunny said... [Reply to comment]

smntara ada kat tmpat org ni ambiklah peluang utk explore apa yg xde kat tmpt kita mizah..doakan yg baik2 saje utk kamu sekeluarga..

haszuraidah ishak said... [Reply to comment]

yg cam sakura tu lawa kan..bertukar2 kaler dia..

Suara Kalbu said... [Reply to comment]

Cantiknya bunga bunga tu Kak Miza