Friday, September 10, 2010

Sapa kata raya kat Perantauan Tak Meriah 2

Seperti yang dimaklumkan sebelum ni, jika raya jatuh hari Jumaat, saya akan ke sekolah Danish beri sokongan. Dia berlakon watak ahli sihir.Sekolahnya macam dah bertukar jadi disko sebab lakonan tu lebih berbentuk drama muzikal (betul ke istilah ni?).Budak satu dewan ikut menari.Hish..buat maksiat la raya kali ni..Hampir satu jam non-stop.Skrip lakonan 20 baris je.Rosak sambutan raya.

Balik je dari sekolah kami ke rumah Zainol Mac Wilson x-celebrity TV3.Yang pernah popular tahun 90-an dulu.Kalau yang lahir tahun 90-an mungkin tak kenal dia.Kalau nak kenal bolek klik link tu..saya tak bawa kemera ke rumahnya tadi.Dia sekarang dalam proses nak dapat PR dah.Nak terus menetap kat sini.

Selepas solat Jumaat, kami akan berkumpul rumah kak Sya dan Zali, yang baru je kematian baby dalam kandungan.Kami akan pot luck.Tak sempat nak masak sama-sama.Menu tengahari kami: soto dan nasi tomato.Malam sate dan nasi himpit.Ha! kan dah kata raya kat perantauan ni meriah..Cuma mak saudara mara je la tak de..



P/S: Kesian pula adik beradik saya kat kampung bila mak yang dijangkakan pulang dari umrah malam semalam tertunda hingga raya ketiga.Seri lah kami.Raya tak de mak kali ni..



5 comments:

Maiyah said... [Reply to comment]

Selamat hari raya aidilfitri

Lynn Nasir said... [Reply to comment]

mmg meriah! heehe.. :D buat lepas rindu tanahair.

Maiyah said... [Reply to comment]

mana2 pun meriah.. jnji ada org kenal:)

kata kila said... [Reply to comment]

raya mana mana pun takpe.janji ingat org tersayang.hikss

ciK LyndaWawa said... [Reply to comment]

selamat hari raya....dapat banyak duit raya???