Monday, September 27, 2010

Jiran Muslim Saya

Sebetulnya saya mengenali Abang Basheer sejak awal tahun ni lagi.Rumah selang 3 buah rumah saja dari rumah kami.Terperanjat juga saya bila disapa lelaki mat saleh yang fasih berbahasa Melayu ketika mengambil Danish pulang dari sekolah.Rupanya dia berkahwin dengan orang Melayu Malaysia tetapi telah menetap di sini sejak bila mak bapanya ke Chrismas Island untuk bekerja di lombong emas.Dia kenal isterinya,Kak Anger@Ani ketika bekerja di sana.



Nilah Abang Basheer, gambar kak Ani dan anak-anaknya tiada dalam simpanan..

Bila nak kawin, ibu bapa Kak Anger mensyaratkan dia mesti fasih berbahasa Melayu.Sebab tulah dia fasih.Yang kelakarnya empat orang anak mereka terpaksa masuk kelas intensif English kerana tidak tahu cakap Inggeris.Cikgu-cikgu pun pelik, surname mat saleh tapi sepatah haram tak tahu cakap Inggeris.Bahasa utama mereka adalah Bahasa Melayu.Tapi sejak semua dah bersekolah anak-anak lebih selesa bercakap Inggeris.

Hubungan kami kini semakin rapat bila anak-anaknya belajar mengaji dengan saya.Seronok juga ada jiran Muslim.Taklah terasa terasing sangat di kalangan jiran-jiran mat saleh..

25 comments:

Ibuhani said... [Reply to comment]

Susah nak jumpa mat salleh yg ckp melayu kan? Slalunya org melayu bila kawin mat saleh, org melayu tu yg ikut jd lebih dr org putih.....smoga dia juga ikut cara org2 Islam kita....

cheqna said... [Reply to comment]

salam kak
oh...bagus gok ork????
besh r kak..=)
bila nak balik ni?

ikan emas said... [Reply to comment]

elok tuu..

bahasa melayu ni mudah.

Zaidah said... [Reply to comment]

mungkin 1 dalam 1000 kot yang mat anak2 mat salleh tak tak pandai cakap inggeris....

yatie chomeyl said... [Reply to comment]

kelakar la pulak bila mat saleh x leh ckp omputih eheh. mesti diorg mmg ckp melayu je kat rumah kan..kagumnya

Unknown said... [Reply to comment]

best nih ada jiran camni... tapi memang pun ukhuwah lebih erat bila di perantauan... ada pengalaman gak duduk kat perantauan dulu..
kuman "Hangin" Entry

marinahunny said... [Reply to comment]

hahaha ada jugak ye mcm tu..baguslah jumpa geng, blh lepak mkn colek sama2..hahaha

Anonymous said... [Reply to comment]

wah! bestnye..memang unik & pelik kalau mat saleh tp x reti ckp omputih :)

Bapak said... [Reply to comment]

unik anak mat salleh x fasih cakap English...heheh...

Fairuz Zainal said... [Reply to comment]

hehee.bestnye dia fasih ckp bm!

julietchun said... [Reply to comment]

anak2 akak pun dapat kawan ye.

Murni Alfathunnisa said... [Reply to comment]

menarik dapat jiran macam ni...
bestlah kak mizah...sekurang-kurangnya tak terasa asing di bumi orang..

Hamizah said... [Reply to comment]

kak Ani,
betul tu..cara hidup diorg yang saya nampak ok je.
Anak-anaknya bagus jg ngaji quran berbanding student saya kat msia dl..time posa, posalah diorang..

Hamizah said... [Reply to comment]

cheqna,
mmg seronok la..sbb mat saleh mmg xcampur dgn jiran wpon sesama bangsanya..apatah lg kita ni..

plg awal balik thn dpn..tp rasa cam xnak blk sbb bila balik kena ngaja semula..wawawa

Hamizah said... [Reply to comment]

ikan emas,
betul tu..
ramai juga org Perth tahu cakap melayu sbb dekat dgn Indonesia..

Hamizah said... [Reply to comment]

zaidah,
tp kalau org msia xkira bangsa dah ramai juga yg xtau cakap melayu, kan..

Hamizah said... [Reply to comment]

yatiey,
mmg la yatiey..yg akak kagum, abang Basheer tu lg melayu drp kita.tiada langsung perkataan english terselit dalam percakapannya..

transformed housewife said... [Reply to comment]

maso kat NZ dulu pun ado mat saleh kawin org Msia hok fasih kecek Melayu. Anok2 diaorg pun pandai kecek Melayu. tapi English demo tu lebih kure dgn BM. kiro tererla.

Acik Erna said... [Reply to comment]

Mizah..bagus juga,,syarat mak ani tu kan..boleh dia bebas borak ngan menantunya..

Hamizah said... [Reply to comment]

Kuman,
tanpa sahabat sapalah kita bila di perantauan..

Hamizah said... [Reply to comment]

miranna,
xpernah pula makan colek sbb susah nak dptkan mangga muda..hehehe

Hamizah said... [Reply to comment]

mak dara,
tulah realitinya saya pun tereglak dgn diorg ni..

cikpuanhady said... [Reply to comment]

eh..cane anak dia xleh cakap omputih? bukan duk kat aussie ka..

Hamizah said... [Reply to comment]

has,
mat saleh cni mana dok bgaul dgn jiran2.jadi hr2 dok cakap melayu dgn family mana nak tau cakap omputeh..masuk sekolah br tau la..

a.z.r.i.n.a.03.07 said... [Reply to comment]

menarik betul...

anak2 mesti comel2...

baguslah Miza dapat juga jiran Muslim.. boleh bertukar2 cerita dan masakan kan...?