Friday, September 17, 2010

Boroskah Anda di Musim Perayaan?

Saya sangat-sangat yakin kawan-kawan kat Msia masih lagi dalam mood raya.
Ni ha.. nak  tanya sikit dah berapa banyak RM anda habiskan untuk persiapan raya?
Mesti banyak kan?
Kalau kat Malaysia dulu musim raya lah musim yang paling memeningkan kepala.
Nak beli pakaian raya anak, diri sendiri, suami, mak, MIL, adik-adik, SIL.
Belum campur  kos duit raya, kuih raya dan kos minyak untuk ziarah lagi.
Pening, pening, pening..
Kadang-kadang sampai negatif (terpaksa guna simpanan yang tak seberapa).
Bila raya gaji awal, nak tunggu gaji masuk lepas raya, aduhai seksanya.
Semasa kat Msia, saya ngajar di Setiu, suami ngajar kat Kuala Terengganu.
Jaraknya hampir 70km, pergi balik hampir 140km juga la.
Duit mengalir dah macam air.
Untuk minyak kereta sahaja kami terpaksa belanjakan RM1000 lebih sebulan.
Belum campur ansuran kereta, servis pula semakin kerap bila kereta banyak bergerak.
Itu yang saya angin sangat bila dapat tau minyak kat Malaysia naik lagi tempoh hari.
Sebab saya tau ramai orang Msia berkeadaan seperti saya.
Minta juga untuk tukar sekolah, tapi kalau tiada kabel, sekebal kabel TELEKOM,
jangan harap nak tukar.
Saya kat Setiu  6 tahun lamanya.
Tak tahu berapa lama turun naik JPN bodek pegawai bahagian pertukaran.
Tapi tak dapat-dapat juga sihngga saya ke sini.
Cikgu-cikgu yang ada kenalan di JPN atau PPD sekadar transit je lah kat Setiu tu.
Sapa yang pernah sampai Setiu sahaja tau betapa azabnya tinggal kat situ.
Sebuah padang jarak padang terkukur..hehehe
Kalau kawasan sekolah saya tu, serba kekurangan (saya bukan di pekan Setiu)
Kedai runcit cuma sebuah, kedai-kedai makan nak hidup pun segan,
Mujurlah seminggu sekali ada pasar malam.
Itulah tempat shopping saya!
Sebulan sekali turun bandar untuk top up bekalan
Tapi bila dah susah ada juga indahnya kan..
Bila sampai kat Perth ni lain pula pengalamannya..
persiapan raya semuanya ala kadar.
Sangat jimat, memang berbaloi,
Cuma duit raya kena sediakan $5 untuk sorang budak..
Itulah not kertas yang paling kecil.
Aduhai..mujur tak ramai hehehe
Yang pasti, susah ke senang ke semua itu ujian daripada Allah..

9 comments:

luahfikiran said... [Reply to comment]

SALAM,
CERITA MASA DULU DENGAN CERITA MASA SEKARANG KAN JAUH BERBEZA. MUNGKIN KITA KEKURANGAN MASA DULU TETAPI ALHAMDULILLAH BERSYUKUR DENGAN KEADAAN YANG SDR NIKMATI MASA KINI. SEBENARNYA SEMASA KITA DALAM KEADAAN KEKURANGAN DAN KESUSAHAN, ADA ORANG LAIN PADA TEMPUH MASA ITU YANG LEBIH TERUK DAN SUSAH DARIPADA KITA.

Hamizah said... [Reply to comment]

LF,
betul tu..
tp ni sekadar nak meluahkan perasaan je..hehe

mamalieyna said... [Reply to comment]

Salam..

hehe..mmg ler, kalau beraya kt M'sia..semua kalau boleh nak perfect dr segala segi, berbelanja kalau tak betul2, harus jd negatif jugak tuu...tp alhamdulillah... tahun ni, mcm ok je.. duit yg spend time balik kg pun, ada balancenye...jd takla rasa kering kontang sgt after raya ni..^_^

*apa2pun semuanya perlu perancangan kan, kalau main sukahati je, mmg terover budget jdnya!

*selamat hari raya. eina dh mula kerja dr rabu lepas.

Zaidah said... [Reply to comment]

yang penting jangan over budget....nanti makan roti kering ajelah lepas raya...

ciK LyndaWawa igUana said... [Reply to comment]

saya dah tak raye...jgn risau..huhuhu

Ibuhani said... [Reply to comment]

Salam Hamizah......tahun ni kami raya cara sederhana jer. Baju kurung sorg satu jer.....kasut pun Fara n Nana jer ada kasut baru..... :)

haszuraidah ishak said... [Reply to comment]

oo..kat saya ade budaya bagi duit raya ek? setau saya kat uk mmg amalkan x bg duit raya..hihihi..kat sini pulak, tak ramai malay..

transformed housewife said... [Reply to comment]

alhamdullillah taklah terlebih budget walaupun ni raya pertama slps 4 thn beraya di NZ. Masa kat NZ, kami tak de bg duit raya pd kanak2 pun sbb kebanyakan yg ada kat situ hidup atas duit biasiswa jd kami semua faham keadaan kewangan masing2.

ckLah@xiiinam said... [Reply to comment]

Salam Hamizah...
Rasanya, ckLah lah ibu paling kedekut setiap kali raya. Semua bajet dikawal ketat. Pakaian anak-anak sekadar perlu(tidak mewah). Kuih muih sikit. Sedekah semampunya untuk kanak-kanak dan golongan tua/fakir yang dikunjungi. Nak tukar baru barang2 di rumah, elakkan masa raya.

Keperluan anak-anak sekolah yang berterusan tu lebih utama.