Saturday, September 18, 2010

Jom Rawat Darah Tinggi..

Musim perayaan ni saya pasti ramai yang blood pressure (BP) yang dah sedia tinggi bertambah tinggi.
Semua makaan dimakan tanpa apa-apa pantang, excercise lansung tiada, rehat tak cukup.
Mungkin itu antara faktor penyebab darah tinggi.
Bila BP dah mencapai 130/90, kita dah diiktiraf pesakit darah tinggi.
Darah tinggi menyerang secara senyap, kita takkan dapat mengesannya KECUALI bila melakukan pemeriksaan.
Tiada simptom-simptom tertentu bagi penyakit ni..
Saya pernah diserang darah tinggi ketika balik ke Malaysia baru-baru ni.
Tak tahu apa puncanya BP saya meningkat sehingga 175/110.
Yang pasti memang saya rasa penat sangat.
Mungkin juga cuaca panas melampau masa tu sehinggakan saya tak henti berpeluh hingga ke malam.
Bila jumpa doktor, saya diberi masa seminggu untuk menurunkannya.
Kalau tidak saya terpaksa mengambil ubat-ubat khas untuk pesakit darah tinggi!
Dahsyat betul umur belum menginjak 35 saya dah ada penyakit kronik.
Saya jumpa doktor hanya 3 hari, tak sanggup nak tengok BP sendiri.
Saya betul-betul takut, cuba surf kat internet petua-petua tradisional kot boleh membantu.
Tapi semasa kat Malaysia saya memang tak sempat nak merawat diri.
Banyak sangat kerja kat rumah mak nak disiapkan.
Tambahan masa tu adik nak kawin tiada orang lain kat rumah, sayalah harapan mak.
Kembali ke Australia, saya beli alat untuk mengukur BP sebab nak jumpa doktor sangat mahal.
Saya juga cuba petua ni :
-blend daun ketumbar / parsli / celeri dengan sedikit air, minum jusnya 2-3 kali sehari..
Alhamdulillah BP saya kembali normal kini 115/75!
Walaupun makan daging dan cheese sekali sekala!
Kepada yang memang dah ada sakit ni boleh la mencuba.
Yang belum sakit, jagalah kesihatan, jumpa doktor selalu.
Bukan darah tinggi sahaja yang merbahaya kepada kita.
Zaman serba canggih ni macam-macam sakit ada..


4 comments:

makdara TERDIVA said... [Reply to comment]

saya plak batuk tak baek2 plus selsema menyerang..dah cek doc, doc ingat sy kena asma..huhu! mintak dijauhkan..

Hamizah said... [Reply to comment]

macam2 ye..kita ni wpon msh muda..

cik ct payung said... [Reply to comment]

hubby saya demam+sakit kepala seminggu masa posa ritu. bila jumpa doktor, katanya kolestrol tinggi. zaman 3g ni, mmg yg muda yg kena.

jusdelima said... [Reply to comment]

DAPATKAN JUS DELIMA 100% ASLI.sila layari blog sy http://jusdelima83.blogspot.com @ hubungi aziz 0199311274.10 MKANAN TBAIK DUNIA -baik utk pesakit darah tinggi