Tuesday, September 7, 2010

Susahnya Masuk Masjid Kalau Ada Anak Kecil

Weekend lepas saya join Majlis berbuka puasa anjuran MSD & Persatuan Pelajar WA.Bertempat di Masjid Hepburn, masjid yang paling hampir dengan rumah kami.Sukanya bila dapat jemputan berbuka puasa sebab dapat la rasa menu masakan orang lain.Sebenarnya ada Pasar Ramadhan kat sini setiap hari Ahad.Sampai habis Ramadhan saya belum berkesempatan mengunjunginya.Ada sahaja halangannya.

Berbuka kat masjid hari tu sangat best menunya.Bubur lambuk permulaannya,kemudian solat Maghrib.Sambung makan nasi putih, ayam masak merah, kari daging dan dalca kambing.Kemudian moreh lagi lepas solat terawih 20 rakaat.Lepas solat 8rakaat saya terus balik.Anak-anak dah mengantuk.

Turut pergi ke Majlis tu Syikin kawan saya yang baru lepas pantang.Anaknya baru dua bulan.Jadi saya yang tolong ambikkan dia makanan.Disebabkan pihak penganjung tak sediakan tempat duduk,kenalah makan kat luar dengan kesejukan winter ni.Saya dan Syikin memilih untuk makan dalam masjid.Memandangkan betapa susahnya dia nak letak anak keciknya tu.Ada juga yang makan kat dalam bersama kami, anaknya baru 4 bulan.Dia pun ada kawan yang temankan.

Sehabis kami makan datang perempuan tua marah-marah"Masjid ni tempat sembahyang je bukan tempat makan.Nanti kalau sepah-sepah akak juga yang susah", Suaranya memang kuat, satu masjid boleh dengar.Berdesing telinga kami.Fikirlah sikit.Semua orang makan kat dalam sebab terpaksa.Kalau tak ingatkan dia lebih tua nak je saya jawab"Mak cik, zaman Nabi dulu orang Yahudi masuk kencing kat masjid tapi tak pula Nabi marah".Hish..nilah perangai orang Islam..Masjid kini hanya khas untuk solat sahaja fungsinya.Jumud betul.Padahal tiada sepahnya, bukan budak-budak yang makan..


21 comments:

Zaidah said... [Reply to comment]

betultu zaman nabi masjid digunakan sepenuhnya untuk aktiviti berfaedah....zai ade tengok kat tv tu masjid siap ade pelamin n katil pengantin lagi...makcik tu tak berhati perut betul...klu bersepah pun dia bersihkan ngan ikhlas kan dapat pahala...lagi2lah membersihkan rumah Allah... bila dah meninggikan suara makcik tu dah menyakitkan hati orang bukan dapat pahala tapi dapat dosa...panjanglah plak komen zai nie

kakcik said... [Reply to comment]

Salam Mizah..

sabarrrrrr.. dugaan tu.. :)

Orang Islam sendiri yang membuatkan orang bukan Islam takut mendekati Islam. Sedih! :(

marinahunny said... [Reply to comment]

sabar je lah mizah..nak buat cmne..

julietchun said... [Reply to comment]

kat sini kekdg tu pintu masjid pun dikunci bila lepas solat.

cheqna said... [Reply to comment]

salam
sabo jela kak
ermm..selamat hari raya kak =)

Hamizah said... [Reply to comment]

zaidah,
tulah dah habis pahala posanya hr tu..

Hamizah said... [Reply to comment]

kak chik,
tulah perangai org Islam tak melambang ajaran Islam

Hamizah said... [Reply to comment]

marina,
sib baik posa hr tu..

Hamizah said... [Reply to comment]

juliet,
yelah kan kalau terlambat sikit solat kat beranda masjid la jwbnya..

Hamizah said... [Reply to comment]

cheqna,
selamat hari raya..

makdara TERDIVA said... [Reply to comment]

ish! org mcm tu pun ade jugak yer..dlm masjid plak tu dia nak bising2..manusia2..

selamat hari raya dr MDT sekeluarga :)

ibunafis said... [Reply to comment]

salam aidilfitri..ye btul masjid bukan sekadar tpt solat je tp pandai2 lah kita manfaatkannya..

kak Erna said... [Reply to comment]

salam mizah..adakalanya..memang ada orang yang macam tu..sebagai orang islam..kita pun tau kan..tapi bak kata mizah..dah terpaksa..nak buat camana..mana pulak nak letak babykan..
kat kg akak dulu..morehnya dalam masjid aje..sebelum buat tempat khas untuk makan minum..

Yunus Badawi said... [Reply to comment]

Makcik tu org Malaysia ke org mana?

Mmg ada org tua yg mcm tu. Budak2 kecil mereka tak kasi masuk dewan solat. Takkan nak tinggalkan kat luar masa kita solat? huhuhu

transformed housewife said... [Reply to comment]

tok patut mokcik tu wat gitu.

Hamizah said... [Reply to comment]

makdara,
entah macam2 org kat dunia ni, kan?

Hamizah said... [Reply to comment]

ibunafis,
salam aidilfitri juga..

fungsi masjid dah semakin mengecil..sbb tu ramai org xsuka pegi.

Hamizah said... [Reply to comment]

kak Erna,
yelah dulu semua benda buat atas masjid ok je, kan..

Hamizah said... [Reply to comment]

YB<
xberperikemanusiaan betul..

Hamizah said... [Reply to comment]

nur,
mmg xpatut sgt2 dih..cian org ada anok kecik..

sayangsayangibu said... [Reply to comment]

selamat hari lebaran
jangan syedih syedih beraya di perantauan

pasal makcik tu, mmmm...tak tahu nak kata apa.tp sangat sedih dengan perangai seorang yg lebih tua dari kitakan?