Monday, August 23, 2010

Ayam Percik Ala Mak Mentua Saya

Semalam (selalu sangat hidang cerita dah basi, kan) saya jemput dua family rakan suami kat uni berbuka puasa kat rumah.Ni style majlis buka puasa tahun ni..sekali jemput satu atau dua family sahaja.Tahun lepas bila jemput beramai-ramai, saya tak sempat nak melayan.Ye lah, selera orang puasa macam-macam.Ada yang tak minum susu, ada yang nak susu, ada tak makan ikan, ada yang tak makan ayam.Macam-macam kerenah.Tuan rumah sampai tak sempat makan nasi masa berbuka..Lepas Isyak baru boleh jamah nasi.Kebulur la perut Melayu saya.hehehe..Tahun ni, boleh la makan dengan nyaman bersama-sama tamu..Alahai..


Menu kami: nasi putih,sup ekor, ayam percik, sayur campur goreng, ulam-ulam dan cencalok (suami saya orang Klate tapi lebih suka cencalok daripada budu, pelik juga kan?).Kuih pula, puteri mandi.Berselera semua tamu saya makan.Alhamdulillah.Menu-menu selain ayam percik tu, saya warisi daripada mak saya (Rindunya masakan mak yang kini sedang mengerjakan umrah selam sebulan kat Mekah).Sejak-sejak kawin saya belajar resepi ayam percik daripada mak mentua saya yang pernah menjualnya kat pasar Ramadhan.Memang sedap.Saya memang bertuah sebab mak dan mertua, dua-duanya pandai masak..
best sangat !!


AYAM PERCIK ALA MAK MENTUA SAYA
bahan perap ayam
1 ekor ayam
3 batang serai
2 inci halia
1 labu bawang putih
2 sudu besar jintan manis
Garam

Cara:
Blend semua bahan, perap ayam selama 2-3 jam.

bahan percik
10 biji cili kering
5 ulas bawang merah
1 inci halia
1 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
garam dan gula secukup rasa (lebihkan rasa manis)

Cara:
1.Masak semua bahan kat atas dapur dengan api sederhana, kacau selalu supaya tak pecah minyak sehingga kuah pekat.
2. Bakar ayam, renjis-renjiskan kuah percik sehingga habis.
*resepi ni kering, sebab kesemua kuah percik direnjis pada ayam
* pastikan ayam betul-betul garing baru sedap..
*memang tak basi tanpa simpan kat peti ais hingga 2-3 hari
3. Sedia untuk dimakan dengan apa cara, mengikut selera masing-masing..Yummmy!

P/S: sesiapa nak amik resepi ni dipersilakan, tetapi dilarang sama sekali menerbitkan dalam apa jua bentuk di mana-mana media tanpa kebenaran penulis


  

24 comments:

cik ct payung said... [Reply to comment]

sedapnya......pecah air liur saya.
nak cuba la resepi mamk mentua akak ni....

Ibuhani said... [Reply to comment]

senang jer resepi dia kan.....bolehlah cuba nanti. TQ 4 sharing ekk..... :)

kakcik said... [Reply to comment]

Salam Mizah..

nampak senang dan ringkas. Tapi, kakcik ni banyak sangat vitamin 'M'.. tu yang payah, tu... :)

YanDarwisy said... [Reply to comment]

Nak cuba neh...kalau sedap bleh buat menu open house.

Mr PenyuBiru said... [Reply to comment]

erk! silap timing lah plak masuk blog ni. ni yg buat tak sabar nak pergi param ni. :D

cheqna said... [Reply to comment]

salam
ayooo
baru pukul 3pm..lapar sudah tengok ayam itu..
huhuhuhuhu

julietchun said... [Reply to comment]

haritu beli ayam percik masa nak berbuka dah basi, entah resepi camner yg dorang guna.

kak Erna said... [Reply to comment]

salam mizah..izinkan akak cuba resepi mak mertua ni ye.selalu akak buat percik..beli sos ayam percik..yang dah siap dalam botol tu..

fa10 said... [Reply to comment]

saya buat ayam percik berapa umph sokmo.
haruslah saya try resipi mak mertua awak ni pulok

Hamizah said... [Reply to comment]

sila2 sapa yang nak cuba pki rcp ni..mmg utk dikongsikan bersama..

Hamizah said... [Reply to comment]

yan,
mmg berbaloi-baloi kalau cuba..hehehe

Hamizah said... [Reply to comment]

Mr. PenyuBiru,
aaik ada lg ke perangai zmn kkecik2 dl?hehehe

Hamizah said... [Reply to comment]

cheqna,
sabar tu separuh drp ujian berpuasa..

selamat bersabar ye..

Hamizah said... [Reply to comment]

julietchun,
ayam percik kalau tak dibakar garing2 mmg senang basi..apatah lg kalau dah dibuat semalaman..

Hamizah said... [Reply to comment]

kak erna,
sila lah cuba yg fresh pula..senang je tu..kalau malas boleh wat byk2 kuahnya then frozen je..nak gula panaskan pki microwave

Hamizah said... [Reply to comment]

fatin cubalah..kalau ada rasa manis, manis cukup sedaplah..

transformed housewife said... [Reply to comment]

sokmo wat aye percik ado kuoh dio lg. Tok pernoh try bakar sampai kering.

siti murni said... [Reply to comment]

salam kak mizah..

suka makan ayam percik...tapi bab nak membuat...bila tengok rancangan memasak kat TV tu rasa macam susah benor nak membuat nyer..huhu...

Hamizah said... [Reply to comment]

transformed housewife,
kalu mak saya wat g2 jugok..sbb special skit hak ni..kering tp mmg power

Hamizah said... [Reply to comment]

salam murni,
mmg agak susah jugalah terutamanya part nak bakar tu tp kalau rajin boleh la cuba..

en_me said... [Reply to comment]

sodappnyerrr.. ehehe

a.z.r.i.n.a.03.07 said... [Reply to comment]

wahhh...

miza, nak mintak permission nih...
bila2 senang nak buat lah...

Hamizah said... [Reply to comment]

en_me..
jemputlah makan..

Hamizah said... [Reply to comment]

reen,
sila2.. jgn tak buat pulak tau..