Monday, October 31, 2011

Petik Strawberry Masam

Tahun ni adalah tahun terakhir memetik stawberry tapi keterujaannya tetap sama seperti tahun-tahun lepas.Bukan tak boleh memetik strawberry lagi kat Malaysia, kan..Kat Cameron Highland  pun banyak ladang..Tapi bagi saya feel takkan sama, sebab strawberry kat sini memang besar-basar dan manis..Sambil petik sambil makan..hehe..Termakanlah segala racun dan baja-baja dari pokoknya..


 Danial bersama buah kegemarannya..


Danish~ rajin petik, sebijik pon tak makan

model-model tak berbayar..


Sedikit kecewa tahun ni mungkin disebabkan hujan terlalu lebat, buahnya agak masam.Danish dan Danial pula terlebih rajin, yang kecik-kecik pun dipetik juga.Tapi telan juga..Dah petik berkilo-kilo, takkan nak buang begitu sahaja.Teringin nak wat cheesecake lagi.Creamcheese habis stok pula.Nak wat jem pun anak-anak dah jemu..Apa lagi boleh dibuat dengan strawberry ni?


 apek, tuan ladang yang peramah..


 ni dia gaya orang 1st time petik strawberry..


ada juga yang teruja dengan tractor ni..

Inilah antara aktiviti terakhir di Perth..Dah nak balik dah..Sedihnya..

Monday, October 10, 2011

Sampai ke Penghujung Musim Tak Sempat Nak Tengok Bunga..

Spring adalah musim yang ditunggu-tunggu.Selain bunga berkembang di merata alam, cuacanya juga sangat nyaman.Tapi tahun ni berbeza sikit kami terpaksa menangguhkan niat untuk tengok bunga sebab hujan selalu je turun.Biasanya winter je banyak hujan..


Hajat nak ke Araluen untuk tengo tulip sampai ke hari ni tak tertunai.Setakat menikmati di sekeliling kawasan rumah dan Kings Park sajalah.Jom tengok gambar bunga dan orang yang tengok bunga..Tahun ni suami saya banyak ambik gambar orang pula..Berbanding tahun lepas asyik dok shoot bunga je.Hehe..Layannnnnn..



satu family..



bersama puteri tunggal..



kumbang di celah-celah bunga..


kumbang lagi..

Sunday, October 9, 2011

Pasar Malam Ala Perth

Lagi-lagi entry tertunda.Harap-harap belum basi la ye..


Hari Jumaat 30 Sept lepas adalah hari terakhir sekolah sebelum sekolah ditutup selama dua minggu.Kami sepakat dengan dua family kawan kat sini untuk ke Pasar malam kat Curtin University.Ia adalah acara tahunan, cuma kami baru berkesempatan ke sana.Boleh tahan juga jauhnya, hampir sejam juga perjalanan.


Tak banyak pon gerai halal.Dah la tak banyak, menunya sama pula.Sate, char kuey tiau, kebab, burger dan beberapa menu lain.Kami terus meluru ke gerai seorang kawan.Dah lama tak makan char kuey tiau.Disebabkan lama juga menunggu, order sate duli 5 cucuk-$5 tanpa nasi himpitnya!!!Boleh tahan juga mencekik darah.Haha..Kesedapannya, dua bintang la kot.Alahai.



sedang menikmati sate



Dah siap makan sate, barulah tiba char kuey tiau.Juga kurang perisa, kurang masin.Redha je la.Sekurang-kurangnya saya dah tak perlu memasak.Kui kui.Tapi teh tariknya memang best.Sarat perut malam tu.Biasanya saya jarang makan berat malam-malam.


Bezanya pasar malam kat sini ada show kat pentas.Macam-macam ada.Zikir ala aboriginal ada, menari,menyanyi semua ada.Anak-anak sungguh teruja bila ada Rabbit Mascot & Warrior. Yang pasti rasanya idea pasar malam ni daripada Malaysia kerana ianya juga disebut 'Pasar Malam'. 



sedang menunggu giliran untuk persembahan



bersama warrior




dapat belon, suka la..


Dalam perjalanan balik, singgah beli kebab pula sebab suami saya lapar lagi.Saya tak order makanan lagi sebab memang dah macam ular sawa kekenyangan dah.





Saturday, October 8, 2011

Cuti Sekolah yang Tak Best

Dah seminggu anak-anak bercuti.Bermakna berganda-ganda kesibukan saya melayan dua hero dan heroin.Suami pula busy dengan kerja-kerja terakhirnya sebelum pulang ke Malaysia.Tapi dalam kesibukan itu sempat juga mencuri masa bawa anak-anak berjalan.


Hari ni dia ke Melbourne pula.Ada kursus anjuran universiti tempatnya mengajar.Adoi, terpaksalah menghabiskan cuti sekolah yang masih bersisa seminggu lagi dengan anak-anak.Duhai anak-anakku, bersopan santunlah kamu masa ketiadaan abah ye.Ummi ni kurang sabar sikit bila penat.Kang ada yang kena makan dek ummi..Hehe..


Busy wei..Kalau sempat blog akan diupdate.Bye.