Monday, January 31, 2011

Selamatkah Pelajar Kita di Mesir

Keadaan di Mesir semakin huru hara..Semalam saya bertanya kabar seorang kawan di sini tentang keadaan adiknya yang kini sedang belajar Medic.Memang porak peranda sekali.Dah dua hari internet terputus.Tapi talian telefon masih lagi berfungsi sekali-sekala.Perintah berkurung dilaksanakan.Penjara-penjara pula dah pecah.Jadi penjenayah kini berada di serata kawasan.Makanan juga mula dicatu.Takut pula mendengarnya.


Hari ini saya terbaca ada pelajar-pelajar kita kena rompak,kena rogol, airport pun dah terbakar.Berita lanjut boleh dibaca di sini, atau kat sini.Tetapi jika menurutkan kerajaan Malaysia, keadaan di sana masih selamat.Sekiranya mereka ingin pulang, kenalah mengeluarkan belanja sendiri.Kesiannya.Apapun bertawakkal dan doa kepada Allah sahaja agar keadaan kembali tenang..Amiiinnn..

Hmmmm..Sedapnya Sayur

Sejak-sejak pregnant kali ni yang berpakej pula dengan kencing manis, saya memang terlalu berhati-hati dengan diet.Memang agak tension bila bila nak makan itu tak boleh, ini tak boleh.Tapi saya tabahkan hati.Saya disahkan menghidapinya seawal 10minggu pregnant.Bahayanya bila terlalu awal dah ada penyakit ni, ianya boleh kekal sehingga lepas bersalin.






Yang paling tak suka, sayur pun hanya boleh dimakan dengan cara rebus, kukus atau dimakan mentah-mentah..Bila hari-hari kena kontrol macam tu saya tekak saya mula tak boleh terima.Yelah sebelum ni sayur mesti digoreng, ditambah pula sos tiram, ikan bilis atau lauk-lauk lain.Atau dimasak lemak.Huih sedapnya.Tak sedar pun nasi dah habis sepinggan..Hahaha..Macamana tak kena kencing manis!!!!!!!



Alternatifnya,saya sekarang ni lebih suka blend sayur-sayur supaya cepat lalu ditekak ni.Saya tak suka makan sayur mentah-mentah.Bila dah hancur laju saya telan.Best juga.Paling saya gemar jus carrot dan jus tomato.Wah! Tak sangka sedap pula menu orang berdiet.Harap-harap saya boleh megekalkan dietni selama-lamanya.Untuk kebaikan kita juga, kan?Lagipun saya memang berketurunan yang banyak penyakit.Arwah ayah ada darah tinggi dan jantung, mak pula kencing manis, kolestrol tinggi dan darah tinggi.Pakej penyakit zaman moden.Takut juga bila muda-muda dah terkena ni.Kot-kot cik abang jeling kat orang lain.Hehehe..Anda bagaimana?Tak nak cuba?



Saturday, January 29, 2011

Pembawaan Budak Ke?

Bila dah lama tak update blog, bertambahlah malas.Nak menjenguk pun rasa malas.Apa nak jadi ni?Saya sekarang berbalik kepada hobi lama~menyalin resepi daripada internet.Ada yang terbuat ada yang masih menunggu untuk dicuba.Dah hampir setahun  aktiviti ni terbengkalai.Busy dengan blog walking atau update blog.Entah kenapa sejak-sejak pregnant kali ni hobi ni jadi favourite saya semula.Nak dapat baby girl kot..Hehehe..


Mana mungkin macam ni rupanya,mak bapak dua-duanya Melayu...hehehe

Saya dah scan itu jugalah yang dikabarkan.Insya Allah.Jadi kenyataan.Dah lama dok idamkan nak beli baju baby girl yang macam-macam fesyennya.Apapun tak kisah sebenarnya boy or girl.Janji sihat.Doakan saya ye.Sekarang ni baru 26minggu.Ada lebih kurang 14minggu nak sampai masanya.Tapi mungkin awal sikit kot sebab saya dah book untuk ceaser kali ketiga..Lepas ni ingat nak cuba sekali lagi.Saya memang mengidamkan anak ramai tapi apakan daya..Adik beradik saya pun 10orang.Jadi dapat bayangkan seronoknya kalau anak ramai!!


Friday, January 21, 2011

Bertambahlah Sunyi...

Dah dua hari saya ada tetamu kat rumah.Kawan kami yang dah submit thesis PhD, tunggu masa nak balik hari Ahad ni.Agak busy jugalah saya.Tapi diorang pun tak melekat kat rumah pon.Ke sana ke sini nak settle segala urusan sebelum balik.Hari Sabtu ni konvo.So tahniah Dr.Tuan Zainun.


Masa yang ditunggu-tunggu

Hilanglah satu famili lagi.Tinggal lagi 4famili.Bertambah sunyilah kami nanti.Bulan Augus ni lagi dua famili balik.Tinggallah kami dua famili terkontang kanting di daerah Joondalup.Kami memang agak terasing dari pelajar-pelajar yang tinggal di Perth City.Sebab agak jauh untuk berhubung dan masing-masing busy dengan study.Sedihnya.Bilalah giliran kami pula..Hanya masa yang menentukan..


Wednesday, January 19, 2011

Dai'e Kristian Mengetuk Pintu Lagi

Saya paling tak suka diganggu oleh orang yang tak dikenali.Tak kiralah orang nak promote barang ke, nak berkempen ke, tersilap rumah ke.Paling benci pendakwah Kristian yang suka sangat 'bertanya khabar' kami sekeluarga.Baru hujung minggu lepas kami dikunjungi dua pendakwah lelaki (tak pasti sama ada diorang ni paderi atau tidak).Masa tu kami kat halaman rumah.Dari jauh saya perhatikan memang diorang tak singgah ke rumah orang Kristian, sebalik menuju terus ke rumah kami.Rasanya memang rumah ni dah jadi tumpuan sebab hanya rumah kami dan rumah kak Ani jiran saya je yang Muslim.Yang ni tak bercakap banyak, cuma tinggalkan kami satu pamplet.



'Hadiah' yang dapat hari ni..

Pagi ni dua orang perempuan pula datang mengetuk pintu,ingatkan budak-budak nak datang mengaji.Banyak pula syarahan pasal Kristian.Rasa macam nak sekeh-sekeh je kepalanya.Tapi nak buat hidup di tempat orang kenalah beralah walaupun kita yang benar.Diorang bagi saya pamplet sama seperti diberikan kawannya minggu lepas, juga satu buku 'What Does the Bible Really Teach'.Janjinya nak nak datang lagi minggu depan.Ikutkan hati nak berdakwah pasal Islam tapi bimbang juga keselamatan kami sekeluarga..Kalau anda macamana ye?Apapun saya akan cuba cari hujah untuk berdakwah kepada mereka pula.Biar diorang takut sikit.Tunggulah minggu depan..



Tuesday, January 18, 2011

Bila Doktor Berleter

First time saya jumpa doktor garang kat sini semasa check up bulanan hari Rabu lepas.Doktor Cina.Nada suaranya tinggi sekali bila dia tengok rekod paras gula saya yang turun naik.Sepatutnya test dilakukan 4kali sehari, saya cuma buat tiga.Skip test sebelum breakfast sebab biasanya ok je.Malas nak menghabiskan strip yang mesti bertukar setiap kali test.Saya beri alasan benda alah tu mahal sebab tu saya skip.Insurans pula tak cover.Subsidi hanya untuk orang tempatan sahaja..


 
bukan doktor ni yang saya jumpa..hehehe


Yang dia bebelkan tu memang benda baik tapi rasa macam tak boleh terima caranya yang terjerit-jerit tu.Lastly dia warning saya kalau paras gula lebih 6.9, saya kena cucuk insulin.Lagilah tak sanggup.Sebab mahalnya mak datuk..Hehehe.Tapi betul, ada hikmahnya Lepas kena leter sebegitu, saya mula berdiet sayur dan lauk sahaja.Karbohidrat cuma ambik dalam kadar yang sangat sedikit sahaja.Dan pastinya gula kembali normal.Dia juga bagi bekalan strip free untuk saya.Tq doktor..



Monday, January 17, 2011

Broadband, Petik Anggur Dan Insulin

Alahai lamanya tak sempat nak update blog dan blog walking.Sori ye, kawan-kawan.Kehabisan gig broadband lagi.Nak tukar pakej unlimited gig pun dah tak sempat sebab nak sain kontrak baru mesti cukup tempoh 24bulan.Kami kat sini lebih kurang setahun je lagi.Yang ada sekarang $40 untuk 5G.Bila en.suami tak ke ofis, berebutlah dengan saya..Hehehe..


Saya ada cerita dah basi nak dikongsi.Sabtu lepas kami ke Swan Valley untuk memetik anggur di kebun orang.Dekat je dari rumah tak sampai setengah jam pun.Hanya anggur merah je boleh dipetik, yang hijau untuk dibuat wine.Seronoknya sebab sangat manis.Sambil petik, sambil makan.





Tapi saya tak berani nak makan banyak-banyak kot meradang lagi kencing manis.Dah dapat last warning daripada doktor kalau berterusan 6.9 ke atas level gula saya mesti ambik insulin.Aduhai dah hilang rasanya nikmat hidup.Ada petua tak nak hilangkannya selain control diet dan exersice.Sebab saya nak makan yang best-best-best.Exercise saya memang suka.Tolong!!!!!!



Wednesday, January 5, 2011

Bila Pelajar PerempuanTiba-tiba Nampak Gemuk!!!!!!!!!

Beberapa minggu terakhir sebelum saya ke Perth, saya dapati seorang pelajar perempuan kat sekolah tiba-tiba berubah daripada langsing seperti model-model kepada teddy bear.Kelihatan tidak bermaya dan penat selalu.Kebetulannya dia baru beberapa bulan menjalani minor operation disebabkan masalah kesihatan.Saya tegurnya "Wah! Awak nampak macam berisi ye sekarang?".Ustazah laser ni kalau nak tegur main hentam je."Entahlah ustazah sejak-sejak lepas operation baru-baru ni saya tiba-tiba je jadi gemuk".Balasnya sambil tersipu-sipu."Oh! Ye ke?Agak kesan ubat yang awak ambil kot" kata saya.



yang tersurat tak menggambarkan yang tersirat

Entahlah naluri saya rasakan ada sesuatu yang tak kena dengan budak ni.Saya pernah mengajarnya ketika dia di tingkatan satu.Perangainya bagus, orangnya cantik.Pandai mengambil hati cikgu-cikgu.Sehingga dilantik sebagai pengawas.Namun saya rasa macam ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik sikapnya yang disenangi guru-guru dan kawan-kawannya. Saya suarakan rasa hati kapada seorang guru kaunseling.Tapi baginya tiada apa-apa yang pelik dengan budak ni.


Setelah beberapa bulan kat sini saya dapat tahu budak tu melahirkan anak luar nikah!Betul naluri saya.Kadang-kadang terfikir juga saya ni ada sixth sense ke?Banyak juga peristiwa yang berlaku bertepatan dengan kata hati saya.Mungkin itulah anugerah Allah untuk saya.Moralnya kepada cikgu-cikgu, perhatilah pelajar kita yang tersurat tak semestinya menggambarkan yang tersirat!Wallahu a'lam..


  

Sunday, January 2, 2011

Tahun Baru dan Kisah Bawang Putih



Dah masuk tahun baru lagi ye.Umur semakin pendek, tapi masih begini juga.Tak insaf-insaf.Sayalah tu.Apapun selamat tahun baru..


Sebenarnya dah beberapa hari saya kehabisan stok bawang putih kat rumah.Terlupa nak beli sebelum krismas.Kedai oriental kat kawasan rumah ni, tutup 10 hari.Raya sakan la cina ni.Entah-entah balik kampung.Ada satu lagi kedai oriental tapi agak jauh (lebih kurang 30 minit perjalanan).Bila fikir semata-mata nak beli bawang putih memang tak berbaloi rasanya.

Hanya beberapa ulas, harganya $1.80

 

Sebelum krismas saya ke supermarket berhampiran.Harga sekilo $69.99.Naik juling mata.Saya ambik satu pek kecil.Oklah kot harganya sebab tiada pula ditulis beratnya.Sampai masa nak bayar, $15 dolar per pek kecil tu.Huhuhu..cancel je la.Biasanya kalau beli kat kedai oriental pek yang sama baru $3.


Semalam, cuba beli kat kedai lain pula, sekilo $40.Suami yang belikan.Ambik setengah biji, $1.80.Aduh..geramnya rasa, nak tergelak pun ada. Mentang-mentanglah mat saleh tak makan bawang, mahal pula harganya.Cukuplah stoknya sementara kedai oreintal dibuka esok..

P/S: Siapalah diriku tanpa bawang putih disisi..Hehehe