Pening kepala juga bila baca banyak pasal makanan haram kat Malaysia.Akhir tahun lepas minyak sapi.Pusing sana pusing sini, last-last jadi halal pula.Terbuang juga satu tin besar kat rumah saya ni.Bila tau halal, rasa geram pun ada..
Beberapa hari kebelakangan ni Secret Recipe pula haram.Tapi dinafikan.Timbul pula isu haram produk Syarikat Prutotos sebab menyalahgunakan sijil halal daripada JAKIM.Tup tup halal pula.Selalu sangat timbul isu camni..
Macamana orang-orang JAKIM buat kerja?Nak isytihar halal ke haram sepatutnya siasat betul-betul dulu.Sekarang ni saya percaya ramai yang dah meragui kewibawaan mereka..
Sunday, May 29, 2011
Friday, May 27, 2011
Jandakot???
Saja nak berkongsi kat sini.
Di Perth ni ada satu tempat namanya Jandakot.Kelakar, kan?
Saya berteka-teki dengan suami agaknya perempuan-perempuan kat situ keliru dengan status masing-masing
Sebenarnya ia bersempena nama sebuah tasik.
Perkataan 'Jandakot' ni sebenarnya berasal daripada bahasa aboriginal yang bermaksud "place of Whishling Eagle".
Di Perth ni ada satu tempat namanya Jandakot.Kelakar, kan?
Saya berteka-teki dengan suami agaknya perempuan-perempuan kat situ keliru dengan status masing-masing
Sebenarnya ia bersempena nama sebuah tasik.
Perkataan 'Jandakot' ni sebenarnya berasal daripada bahasa aboriginal yang bermaksud "place of Whishling Eagle".
Labels:
Celoteh,
Hidup di Rantauan
Wednesday, May 25, 2011
Cheesecake Sedap
Betul-betul busy sekarang ni.Memang tak sempat nak updateb blog dan BW.Sorry ye.Baby meragam sikit.Sejuk agaknya.Udara winter dah mula terasa!Dia pula tak suka 'dibungkus'.Kesian..
Semalam hari jadi mentua saya, sambil baby duduk kat rocker, sempat juga menyiapkan cheesecake.Mula-mula berura-ura nak beli saja, tp bila meneliti bahan-bahan kat CheeseCake Shop yang kononnya halal, was-was pula.Gelatin halal tapi emulsifier tak dinyatakan pula sumbernya.Nak selamat wat sendiri la.Hampir pukul 12 malam barulah kek masak.Tak sempat nak hias.Cukuplah dengan strawberry diatasnya.Tulisan Happy Birthday tu suami beli kat kedai je.
Nampak jerawat..hehe.Percbaan pertama oklah, kan? |
Resepi ni saya ambil dari internet juga tapi telah diubahsuai mengikut citarasa sendiri.Best!!!!!!Tak manis sangat.Kalau berkenan silalah salin resepinya ye..
CHEESECAKE SEDAP
Bahan-bahan
Based:
2 cawan biskut digestive (saya pakai shortbread)
2 sb butter
Cheesecake
250g creamcheese
4sb gula
4sb plain yogurt
2biji telur
1sb gandum
2sb jus lemon
1st esen vanila
Cara-caranya:
Based:
1.Hancurkan biskut, gaul dengan butter yang telah dicairkan 10saat dalam microwave..
2.Tekan dalam springfoam, masukkan dalam freezer
Cheesecake:
1.Pukul creamcheese dan gula sehingga lembut dan sebati.Kemudian masukkan yogurt.Pukul hingga sebati
2.Masukkan telur satu persatu.Pukul lagi.Kemudian tambah jus lemon dan esen vanila.Pukul sekejap.
3.Akhir sekali masukkan gandum.
4.Masukkan adunan kek ke dalam springfoam yang telah diisi biskut dan butter tadi.Bakar secara bain marine selama 20-25minit, suhu 150degrees.Balut tapak springfoam dengan aluminium foil untuk elakkan air masuk.
*Saya gandakan bahannya, jadi masa membakarnya pun berganda!!
5.Sejukkan 2-3jam.Overnight kat freezer.Baru sedap.
Labels:
Diari hidup,
resepi
Monday, May 16, 2011
Terima Kasih Cikgu
Anak saya Danial, 5 tahun baru sahaja mula bersekolah Feb tahun ni.Tak sampai 3 bulan, dia dah mula berslang English Aussie.Hampir hilang sudah slang Melayu Kelantan yang dituturkan hampir empat tahun.Asyik sungguh bercerita pasal cikgu.Cikgu cakap itu, cikgu cakap ini.Obses dengan cikgunya.
Abangnya pula masa baru bersekolah kat sini bila saya minta dia baca doa makan, katanya kawan-kawan dan cikgu kat sekolah pun tak baca doa.Sudah parah ni.Ini yang saya tak suka.Bukan sahaja elemen positif yang terserap, yang negatif pun sama..
Itulah besarnya pengaruh cikgu ke atas kita, kan?Siapalah kita tanpa cikgu.Terima kasih kepada semua cikgu yang pernah mangajar saya dan anak-anak.Selamat Hari Guru, Cikgu-cikgu semua...
P/S: Dah tiga tahun saya tak menyanyi lagu tema hari Guru..Rindunya..
Labels:
Anak-anakku,
Diari hidup,
Hidup di Rantauan
Saturday, May 14, 2011
Selamat Tinggal Sahabat
Saya masih terkejut bila mendapat tahu salah seorang kawan lelaki telah meninggal dunia dalam kemalangan di Kuantan semalam.Beritanya ada kat sini.
Banyak kenangan zaman kanak-kanak bersamanya.Kami satu kelas dari darjah satu hingga darjah enam.Sepanjang enam tahun tersebut dia adalah Ketua Kelas saya.Dia bijak dan sangat berwibawa.Tapi karektornya yang kelakar sentiasa menyebabkan dia disenangi kawan-kawan.
Persahabatan kami diteruskan bila bersekolah menengah sama tapi berlainan kelas sehingga tingkatan tiga.Dia kemudiannya bersekolah kat KISAS setelah mendapat keputusan cemerlang dalam PMR.Alhamdulillah dipertemukan semula dalam FB.Kini terpisah selamanya bila ajal menjemputnya dahulu.
Al-Fatihah untuknya..Semoga rohnya ditempatkan di kalangan para Anbia' dan Sahabat.Takziah untuk keluarganya.
P/S: Kematian menginsafkan diri ini.Harus bersiap sedia untuk menerima jemputannya..
Labels:
Diari hidup
Tuesday, May 10, 2011
Tragedi di Hari Ibu
Semalam saya dan ibu-ibu lain diraikan di kelas Danial sempena hari ibu.Aturcaranya simple saja tapi meriah.Minum teh, main dengan anak-anak dan yang paling saya suka sesi urut mengurut antara ibu dan anak.Tapi sayang tak dapat nak rakam saat-saat manis tu sebab tak bawa kamera.Handpon pun tinggal kat rumah.
Selesai majlis, saya bersama Danial ke kelas abangnya Danish untuk menjemputnya pulang.Kebetulan pula suami saya juga sudah sampai untuk membawa kami pulang.Anak-anak berlari menuju ke kanan, bapa ke kiri.Saya yang ketinggalan di belakang rasa pelik.Tiba-tiba suami memanggil saya.Katanya dia menyorok daripada anak-anak.Saya mula cuak.Hish takkan nak bergurau pula.Bimbang berlaku apa-apa yang tak diingini.
Hampir 5 minit menunggu dia orang tak muncul-muncul.Saya mula berdebar.Suami pun mula panik mencari.Tak jumpa.Saya terserempak dengan kawan sekelas Danish.Katanya dia ternampak Danish dan Danial.Laju je saya mengekori budak tu.Terlupa yang saya masih dalam pantang.Tapi tak jumpa juga.Saya bertambah cemas bimbang kalau-kalau dia orang accident atau diculik orang
Hampir satu sekolah kami mencari tak jumpa, suami ke ofis sekolah untuk memaklumkan kepada Principal.Guru kelas Danish juga dah tau kejadian tu.Sama-sama kami mencari.Beberapa minit kemudian hanFon suami berbunyi rupanya Danish call memberitahu dia dah berada kat rumah.Rupa-rupanya bila tak jumpa kami dia orang balik.Alhamdulillah tiada apa-apa berlaku.Ada hikmahnya saya tertinggal hanpon.
Sepanjang perjalanan pulang saya tak habis-habis membebel kat suami.Bergurau tak kena tempat!!!Penat saya mengandung dan bersalin tau.Mujurlah anak bijak macam umminya..hehe.Malam semalam saya takdapat melelapkan mata sebab terbayang-bayang peristiwa tersebut.Itulah perasaan seorang ibu...
Labels:
Anak-anakku,
Diari hidup
Sunday, May 8, 2011
Kisah Mak
Entry khas sempena hari ibu..
Semasa kecilnya mak saya sangat bijak orangnya. Semasa bersekolah dia sentiasa mendapat tempat teratas di dalam kelasnya.Tapi disebabkan kurang kesedaran, mak telah berhenti sekolah ketika darjah tiga. Memanglah sekolah agak jauh dari kampung mak~lebih kurang 10 km. Kawan-kawan pula ramai yang tak bersekolah. Menyebabkan mak tawar hati meneruskan persekolahan walaupun arwah datuk memaksa.
Umur 14 tahun mak disunting arwah ayah. Bila dah kawin mak mula berasa susah hidup bersama arwah ayah. Arwah datuk saya memang senang orangnya. Arwah ayah saya cuma seorang petani, anak pula ramai.Jadi mak terpaksa ke sawah membantu ayah.
Pagi-pagi dah keluar tengah hari pulang.Petang ke sawah lagi.Ketika itu jugalah mak terpaksa melihat kawan sekelasnya ketika bersekolah dulu berkereta pergi mengajar di sekolah menengah berhampiran rumah kami.Kawannya itu dulu bukan cemerlang pun semasa bersekolah, tapi disebabkan dia belajar hingga ke maktab dia mampu menjadi cikgu.
Dari situlah mak mula berazam nak didik anak-anak supaya rajin belajar dan berjaya dalam hidup. Mak selalu menyesal kerana berhenti belajar. Tapi kami sentiasa mengusiknya “Kalau mak jadi professor mungkin mak tak bertemu jodoh dengan arwah ayah. Manalah nak ada kami”.Itulah takdir hidup, kan?
Dari situlah mak mula berazam nak didik anak-anak supaya rajin belajar dan berjaya dalam hidup. Mak selalu menyesal kerana berhenti belajar. Tapi kami sentiasa mengusiknya “Kalau mak jadi professor mungkin mak tak bertemu jodoh dengan arwah ayah. Manalah nak ada kami”.Itulah takdir hidup, kan?
mak saya sewaktu melawat kami Mac lalu.. |
Balik dari sawah mak akan masak untuk kami dan melakukan segala kerja rumah tanpa rasa penat. Kawasan rumah kami adalah bekas sawah, walaupun dah beberapa perigi digali namun airnya tak sesuai untuk diminum.Berbau dan payau.Terpaksalah mak memunggah air dari rumah jiran kira-kira 200m dari rumah. Begitulah kehidupan seharian mak. Tapi saya respek mak walaupun anaknya ramai tapi rumah kami sentiasa kemas dan bersih. Hingga sentiasa menjadi pujian jiran-jiran.
Hidup mak semakin tertekan bila arwah ayah meninggal ketika saya dan lima adik masih bersekolah.Beban Mak semakin bertambah bila adik saya kedua menghidap penyakit Skizofrenia.Tapi mak semakin tabah dengan dugaan hidup.Begitulah hebatnya mak saya.Alhamdulillah kami adik beradik berjaya kini.Yang sedihnya kesihatan mak kini semakin merudum.Saya sentiasa berdoa mak dipanjangkan umur dan tidak ada perkara buruk yang berlaku sepanjang saya di negara orang..
P/S: Syukur tidak terhingga kerana saya dikurniakan seorang ibu dan mentua yang sangat banyak memberi semangat dan dorongan..Semoga mereka sentiasa diberkati Allah dunia dan akhirat.Selamat Hari Ibu untuk semua Ibu-ibu..
Labels:
Diari hidup
Saturday, May 7, 2011
Onde-onde Jadi Keropok Lekor
Suami saya semakin mengada-ngada sejak maknya ada kat sini.Nak makan itulah, nak makan inilah..Manja betul.Hehe.Saya tak kisah pun lagipun bolehlah saya rileks banyak-banyak sementara mentua ada.Biarlah dia bermanja puas-puas.
Kelmarin dia meminta maknya buatkan onde-onde.Bila mentua saya bertanyakan tepung beras pulut, saya yang ingat-ingat lupa ni, cakap ada je kat cupboard.Rupanya tapioca flour.Dia tak faham pula English.Aduh..Tapi dah teruli adunan tu, saya bagi idea kalau letak ikan jd keropok lekor ni..Sebenarnya teringin nak makan keropok lekor bila tengok entry Penyubiru..
Disebabkan tiada ikan, mentua saya gantikan tuna dalam tin.Tadaa..akirnya siap juga keropok lekor.Rupanya memang pelik la sikit sebab dan terletak pewarna hijau.Rasanya pun sedikit liat mungkin terlebih air ketika menguli.Aduh..tak tercapai juga hajat nak makan keropok lekor.Nantilah dah sihat-sihat sikit nak buat lagi la..
keropok lekor hijau yang liat.. |
Suami saya semakin mengada-ngada sejak maknya ada kat sini.Nak makan itulah, nak makan inilah..Manja betul.Hehe.Saya tak kisah pun lagipun bolehlah saya rileks banyak-banyak sementara mentua ada.Biarlah dia bermanja puas-puas.
Kelmarin dia meminta maknya buatkan onde-onde.Bila mentua saya bertanyakan tepung beras pulut, saya yang ingat-ingat lupa ni, cakap ada je kat cupboard.Rupanya tapioca flour.Dia tak faham pula English.Aduh..Tapi dah teruli adunan tu, saya bagi idea kalau letak ikan jd keropok lekor ni..Sebenarnya teringin nak makan keropok lekor bila tengok entry Penyubiru..
Disebabkan tiada ikan, mentua saya gantikan tuna dalam tin.Tadaa..akirnya siap juga keropok lekor.Rupanya memang pelik la sikit sebab dan terletak pewarna hijau.Rasanya pun sedikit liat mungkin terlebih air ketika menguli.Aduh..tak tercapai juga hajat nak makan keropok lekor.Nantilah dah sihat-sihat sikit nak buat lagi la..
Labels:
Diari hidup,
Hidup di Rantauan,
Malaysia di Hati
Tuesday, May 3, 2011
Betul Ke Osama Bin Laden Wujud??
Semalam semua chanel tv kat Australia menyiarkan berita kematian Osama secara live.Sakit hatinya bila tengok rakyat Amerika terkinja-kinja meraikannya.Dari dulu lagi saya tak percaya kewujudan Osama bin Laden.Wataknya hanya direka-reka oleh US untuk memburuk-burukkan Islam.Beliau tak pernah muncul dikhalayak ramai, kan?Hanya video dan gambar yang tersebar yang menunjukkan dia adalah terrorist yang sangat ganas yang sedang mengancam dunia.Sangat berbeza dangan Saddam Husin atau Muammar Gadaffi memang jelas kewujudannya..
betul ke ini Osama bin Laden? |
Kematiannya juga tak logik nak difikir dek akal.Apa ke hal nak timbus mayatnya kat laut.Agaknya nak menghapuskan bukti yang orang tu bukannya Osama pun.Mungkin dengan ini bolehlah mereka memberi alasan tubuh badannya dah ditelan jerung.So, fullstop..Habis riwayat Osama.Yang timbul hanya kehebatan Obama Barrack yang kini ternyata sedang mengembalikan popularitinya di mata rakyat selepas dicabar Donald Trumph tentang kewarganegaraa bapanya..
Persoalanannya adakah dengan matinya Osama dunia kembali aman??Jahatnya US laknatullah..
Labels:
Isu-isu semasa,
Tazkirah
Monday, May 2, 2011
Alahai Melepas Peluang Memiliki Samsung Tab
Dah lama dok idam Samsung Galaxy Tab.Intai-intai dari jauh boleh tahan harganya $649 (lebih kurang RM2000 jugalah).Mana mampu nak beli dengan diri sebagai penganggur.Dua hari lepas kawan bagitau suami ada sale.Memang murah $299.00 (lebih kurang RM1000) je.Kononnya nak tunggu dua,tiga minggu lagi baru nak terjah shopping complex.Tunggu habis pantang..hehe.Rupanya sale kat sini.Semalam baru tahu.Tapi yang sedihnya dah habis stok.Frust menonggeng la.
idaman hati!~google |
Sebab apa nak sangat benda alah ni? Saya suka sebab ia senang digunakan.Tak macam laptop.Nak on kat mana-mana pun boleh.Bagus untuk ibu-ibu yang ada baby cam saya ni.Sambil mengelek baby pon bolehlah cuit-cuit butangnya.Lagi bagus daripada hp..skrinnya yang lebih besar pastinya lagi syok nak surfing.Dan lebih bagus juga daripada ipad sebab menggunakan aplikasi android.Paling menarik pula, harga kat sini lebih murah daripada kat Malaysia.Saya dah survey RM2000.00-RM2500.00.Harap-harapnya ada la peluang nak memilikinya sebelum balik Malaysia.Haha.
Labels:
Diari hidup,
Hidup di Rantauan
Mewahnya Badan Saya dengan Dadah!!!!!!
Sebelum memulakan entry kali ni, saya minta maaf banyak-banyak kepada kawan-kawan yang tertunggu-tunggu gambar terbaru puteri kami, Iqleema.Bukan tak nak expose, tapi si dia ni asyik tidur saja.Nak minta posing pun susah.Photographer pulak bukannnya profesional sangat.Tunggulah dia rajin buka mata, saya akan upload gambarnya, ok?
Lagi kisah pengalaman bersalin kat tempat orang kali ni.Saya di tempatkan di bilik yang memuatkan empat pesakit.Kurang sikit takut.Saya ni memang agak penakut.Dah lama tak tidur sorang-sorang.Yelah biasanya kalau suami tiada pun anak-anak sentiasa bersama.Malam-malam ketika kat hospital,memang suami tak dapat temankan saya sebab tiada yang nak tengokkan anak-anak..Disebabkan ada orang sebelah menyebelah saya dapat tidur dengan tenang skali.
Bila ada contraction, saya mula memanggil midwife yang bertugas.5minit sekali seorang midwife datang check saya.Kali ketiga saya mengalami contaction, masuk seorang midwife, saya tak dapat melihat wajahnya dengan jelas kerana lampu kat bilik kami tidak terpasang.Tapi yang nyata saya jadi takut bila nampak orangnya besar, tidak pakai uniform midwife, rambut pula hitam.1st time saya nampak midwife bukan berambut perang.Dia terus menghampiri saya tanpa on lampu.Cuak pula saya.Entah-entah penjahat.Haha..Lepas tu barulah dia on lampu.Rupanya midwife Arab yang memakai tudung.Hish..Kus semangat..Tulah penakut sangat..
Selepas dicheck datang doktor, yang menawarkan morfein untuk mengurangkan sakit.Saya terus terima.Dah tak tahan nak tanggung sakit.Tak sangka morfein tak berkesan mengurangkan sakit.Tapi saya betul-betul seperti kecanduan dadah.Memang saya tak dapat beri perhatian kepada percakapan doktor dan midwife.Lalok sungguh!Hinggakan doktor menyangka saya tak faham English.Saya terpaksa tukar wad untuk diberi perhatian lebih.Tepat pukul 7.00pagi doktor memutuskan saya harus diceasar segera.Bukaan rahim dah 8cm.Panik seketika, takut nak bersalin sorang-sorang.Suami masih kat airport menjemput mentua yang tiba dari Malaysia pagi tu.
Masuk ke theatre room saya disuntik epidural dan ubat bius pula.Badan saya menjadi sarang dadah!Hampir dua minggu saya rasa tak terkontrol segala anggota badan.Tak cukup dengan itu hari pertama dan kedua saya masih dibekalkan epidural untuk menahan sakit.Setiap kali sakit picit je syringe yang disambung pada drip kat tangan.Tapi terpaksa dihentikan sebab saya rasa sakit belakang pada hari kedua setiap kali memicitnya.Mewahnya dadah kat sini.Kalau kat Malaysia susahnya nak dapat epidural, kan?Bayar kos hospital mahal kot.Itu belum campur pil-pil pain killer yang tiga jenis iaitu paracetemol, ibufen dan Tramedo.Saya rasa mata asyik berpinar-pinar, badan pula macam melayang-layang.Orang bercakap pun saya tak dapat tangkap hujung pangkalnya.Agaknya inilah yang penagih-penagih dadah rasa..
Alhamdulillah saya rasa cepat je sihat bersalin kali ni.Sebab dadah-dadah tu ke?Ataupun cuaca kat sini sentiasa kering menyebabkan luka ceasar cepat sembuh.Saya pun tak pasti.Dalam masa seminggu luka bahagian luar dah sembuh.Berbeza ceasar sebelum ni 40 hari bersalin pun masih terasa denyutannya.Syukur..Apapun bersalin normal lagi best.Sekejap je dah sembuh luka..
Labels:
Anak-anakku,
Diari hidup,
Hidup di Rantauan
Subscribe to:
Posts (Atom)