Monday, June 28, 2010

Ummi Penat..

Dah hampir seminggu Danial, anak saya yang kecil meminta-minta saya buatkan kek hijau (warna kegemarannya).Asalkan hijau semua sedap padanya.Saya bukannya tak nak buatkan untuknya, tapi bimbang dengan badannya yang semakin comel hari ke hari.Sekarang, beratnya dah mencecah 16kg.Nampak sangat cute tapi kalau dibiarkan takut juga menjadi obes.Jadi saya cuba kawal dietnya.Alasan yang selalu saya beri bila dia memujuk saya buat kek, saya penat..


pipinya semakin tembam,,

Semalam, pagi-pagi lagi dia tanya saya "Ummi penat ke?.
Ummi: Tak penat..kan baru je bangun tidur.
Danial: Kalau macam tu ummi boleh la buatkan Baby (masih membahasakan dirinya Baby) kek..
Haaa?kan dah terkena ummi.Tak boleh beralasan lagi..Berjaya trick dia kali ni.Saya selongkar bahan-bahan.Tiada butter pula.Lastly...


tadaaaaaaaa..

Kuih bakar pandan..hijau juga kan..
"Hmmm..bestnya kek ummi buat" pujinya..
Dia makan tak ingat dunia..Kena cari idea lain pula la kalau macam ni..

Saturday, June 26, 2010

Red Nose Day & Merit Certificate

Semalam, pagi-pagi lagi saya sekeluarga ke sekolah Danish sebab dijemput guru kelasnya Miss O'Donnell untuk menerima merit certificate.Sijil ni adalah penghargaan sekolah untuk pelajarnya.Setiap semester hampir kesemua pelajar akan diberi.Bukan sebab cemerlang akademik sahaja, tapi kadang-kadang sebab pelajar perangainya bagus,kokurikulumnya cemerlang dsb..



menyanyi lagu kebangsaan Oz, kat pentas adalah pelajar yang buat persembahan mingguan

Semasa assembly (hanya pada hari Jumaat), hanya Principal Mr. Blackford yang berucap.Tiada leteran..cuma menjelaskan peristiwa sepanjang minggu.Memandangkan semalam adalah Red Nose Day, beliau juga mengenakan red nose.Sporting sekali.Kemudian terus disampaikan sijil berkenaan.

kelakar sekali dengan red nose..



Rupanya sijil tu untuk menghargai semangat belajar Danish selepas kembali dari Malaysia.Simple tapi dia sangat gembira bila dihargai..Cuma saya terkilan sikit bila dia tak dapat pakai red nose sama.Dia tak datang sekolah sebab demam hari Rabu, red nose dah habis terjual.Tak pe lah nanti tahun depan kalau ada lagi kita beli, ye..

P/S:dah lama tak upload gambar kat blog..malas nak edit kui kui kui..sorry..

 

Thursday, June 24, 2010

Oz Dapat PM Baru

Mulai hari ini Oz akan dipimpin oleh wanita buat pertama kali dalam sejarahnya bila Julia Gillard akan menerajui negara.Beliau sebelum ini adalah menteri Pendidikan yang memiliki kelulusan undang-undang.Beliau telah menyingkirkan mantan PM, Kevin Rudd yang dicemuh rakyat selepas mengumumkan kenaikan cukai perlombongan (mining tax) Mei lalu..

Walaupun begitu ramai juga yang tak menyukai Gillard kerana dia bukan anak jati Oz. Dia dilahirkan di Wales,USA.Itulah kuasa rakyat di sini..Pemimpin perlu berhati-hati dalam semua tindakan.Silap percaturan, akan tersingkir..

Kita tunggu dan lihat apa yang Gillard mampu buat bila dah memegang tampuk pemerintahan..

Sumber: yahoo edisi Australia

Tuesday, June 22, 2010

Alhamdulillah..Dah Genap 33tahun..

Kalau nak kira, entry kali adalah siaran tertunda sebab saya tak sempat nak menjenguk blog 2,3 hari ni..

Alhamdulillah Ahad lepas, 20 Jun  dah genap umur saya 33tahun.Hari jadi saya semakin berseri sejak kawin, bila tarikh lahir abang hanya beza 4hari daripada saya.Dia lahir 16Jun.Jadi sempatlah sambut bersama-sama.

Tahun ni sambut pada 19 Jun, sebab kedai kat sini tutup hari Ahad terpaksalah di'advance'kan..Abang belikan pizza, tiada kek pun..Mahal kalau nak tempah, paling cikai, kena habiskan $50.Baik beli benda lain yang lebih best, kan.. Hadiah?ada tapi rahsia..sebab rasanya saya dapat hadiah yang paling unik daripada abang sejak-sejak kawin.Nak bagi lebih surprise agaknya..hehehe Apapun, terima kasih,abang..

Rasanya nilah first time sambut birthday dengan keadaan kesihatan yang agak teruk.Selsema dan batuk serta segala symtom2 musim winter.Bertambah parah, tekanan darah agak tinggi sikit..

Harapnya sempatlah sambut birthday akan datang serta dikurniakan Allah kebahagiaan yang berpanjangan..

Happy birthday to me and Abang..

P/S: Happy Belated Birthday buat Fa10, yang menyambut birthday 18 Jun..

Saturday, June 19, 2010

Sim Card Free & Tag




Yehaa..dapat simcard free daripada deeNa.
Dah lama terperuk kat blognya..Sorry ye deeNa.
Tq sebab ingatkan akak.
Semoga ukhuwwah yang terjalin berkekalan selamanya..

Kedua, nak jawab tag daripada chik Na.Yang ni pun dah berbulan-bulan kena tag.Tapi masa tu nak balik kampung memang tak de mood nak jawab

1. Siapakah anda di rumah
saya seorang isteri kepada suami tercinta, Nazli Dan ibu kepada dua hero, Danish dan Danial

2.Siapakah anda di samping rakan anda?
Mestilah rakan dan penasihat. Kalau ada silap saya akan tegur, saya juga mengharapkan perkara sama daripada seorang kawan..

3.5 benda yang anda nak tapi belum tercapai
 1. nak menunaikan umrah/haji
2.nak jadi isteri dambaan suami
3.nak balik Malaysia cepat-cepat sebab nak jumpa mak selalu
4.Nak baby perempuan
5.Nak melancong ke luar negara setiap kali cuti sekolah..

4. Siapakah nama pasangan anda?
Mohd Nazli

5 Ceritakan 5 perkara terkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
1.cakapnya lemah lembut
2.sabar
3.tak kedekut
4.rajin bekerja
5. suka layan kerenah saya dan anak-anak..

6.tarikh couple
tak ingat secara tepat tapi tahun 2000 mula kenal.

7.kenangan pahit bersama rakan anda.
tiada

8.lagu tema percintaan anda
tak ingat tajuknya..

9.perubahan pasangan yang ingin anda lihat
saya suka dia seperti sekarang.Dia yang terbaik untuk saya..

10.tag 10 rakan yang lain
1.Ummu Ammar
2. Siti Murni
3.Rosma
4.Kak Asna
5.Dayah
6.deeNa
7.Nadiah
8.mamalieyna
9.Fa10
10.kak Chik




Wednesday, June 16, 2010

Katalog Bayi

Sambil sarapan pagi ni, saya sempat jeling-jeling talk show kat tv..Isunya beli sperma melalui katalog.Gilanya mat saleh ni. Nak anak tapi tak mau suami.Tengah hangat kat Australia sekarang ni bila ada yang lelaki yang sanggup memperdagangkan spermanya. Siap ada katalog lagi..

Jadi perempuan-perempuan yang tak bersuami atau yang bersuami tapi mandul, kalau kepingin sangat anak boleh membuat pilihan melalui katalog. Segala butiran peribadi penjual sperma didedahkan termasuk gambarnya sekali.Boleh pilih lah nak yang tinggi ke pendek, putih ke hitam, lawa ke hodoh..Lepas tu bolehlah disenyawakan melalui tabung uji.

Kesian diorang ni, kan.Itulah bila tak mendapat hidayah Allah..Memang tiada batas dan sempadan.Apa yang terlintas di fikiran itulah yang mereka akan lakukan, tiada panduan hitam putih daripada Tuhan..

  

Monday, June 14, 2010

Mak Ai..Mahalnya

Dua hari lepas saya ke Farmers Jack, pasaraya berhampiran rumah untuk membeli kelengkapan dapur. Banyak jugalah memborong sebab sebelum tinggalkan Perth tiga bulan lepas saya telah mengosongkan peti sejuk untuk mengurangkan bayaran bil elektrik. Penuh satu troli hanya $150 (RM450).

Teringat ketika mula-mula sampai ke Malaysia baru-baru ni, hanya 1/3 troli terpaksa membayar RM150.Mahalnya barang kat Malaysia sekarang.Hai..kesian orang kampung!Orang yang berduit atau bergaji tetap kuranglah sikit bebannya, kan..

Kalau nak dikira, harga barangan kat sini setara dengan harga di Malaysia.Tapi orang kat sini gajinya besar.Kerja guard pun gajinya $5000.Jadi kalau orang kata barangan kat Malaysia lebih murah berbanding negara lain saya tak setuju sangat sebab gaji orang kita ciput sangat.

 

Friday, June 11, 2010

Saya Kembali

Dengan berat hatinya saya telah kembali ke Perth semalam.Tiba di sini terus mengalami stress sebab winter dah bermula.Hmmm..berbungkus semula la..rimas betul.

Insya Allah sempatlah menziarahi kawan-kawan semua..