Wednesday, January 19, 2011

Dai'e Kristian Mengetuk Pintu Lagi

Saya paling tak suka diganggu oleh orang yang tak dikenali.Tak kiralah orang nak promote barang ke, nak berkempen ke, tersilap rumah ke.Paling benci pendakwah Kristian yang suka sangat 'bertanya khabar' kami sekeluarga.Baru hujung minggu lepas kami dikunjungi dua pendakwah lelaki (tak pasti sama ada diorang ni paderi atau tidak).Masa tu kami kat halaman rumah.Dari jauh saya perhatikan memang diorang tak singgah ke rumah orang Kristian, sebalik menuju terus ke rumah kami.Rasanya memang rumah ni dah jadi tumpuan sebab hanya rumah kami dan rumah kak Ani jiran saya je yang Muslim.Yang ni tak bercakap banyak, cuma tinggalkan kami satu pamplet.



'Hadiah' yang dapat hari ni..

Pagi ni dua orang perempuan pula datang mengetuk pintu,ingatkan budak-budak nak datang mengaji.Banyak pula syarahan pasal Kristian.Rasa macam nak sekeh-sekeh je kepalanya.Tapi nak buat hidup di tempat orang kenalah beralah walaupun kita yang benar.Diorang bagi saya pamplet sama seperti diberikan kawannya minggu lepas, juga satu buku 'What Does the Bible Really Teach'.Janjinya nak nak datang lagi minggu depan.Ikutkan hati nak berdakwah pasal Islam tapi bimbang juga keselamatan kami sekeluarga..Kalau anda macamana ye?Apapun saya akan cuba cari hujah untuk berdakwah kepada mereka pula.Biar diorang takut sikit.Tunggulah minggu depan..



30 comments:

yatie chomeyl said... [Reply to comment]

buat x pehe english dopleh ko kak?

julietchun said... [Reply to comment]

takut juga ya.

chekna @ mama ziyad said... [Reply to comment]

adat merantau di negeri orang, macam2 dugaan kan... kena la sentiasa berhati2 & berjaga2..

anie,Nagoya said... [Reply to comment]

kita pun ada.tapi terus terang le kita kata islam.tp keesokkan arinya dtg lagi.siap bawa kitabnya...ceritakan kebhagian keluarga.

"kita ckp le.terima kasih.kami amat bahagia n amatttt bahagia dgn agama saya!!!!...."...

lama kelamaan dh tak dtg.kalo dtg.kita mengelak cari alasan bz.cubalah Hamizah sekolahkan dia org tu cikit....tp hati2 le

kak Erna said... [Reply to comment]

hamizah..betul tu..cakap boleh..tapi berhati hati dinegara orang..risau jugak keselamatan diri dan keluarga..
harap2 kat sekolah anak tak diajarnya yang bukan2 tu..takut anak keliru.
mak ajar lain..sekolah kata lain..
apa2 pun akak harap..mizah selamat disana..

miera pinky said... [Reply to comment]

bahaye nyer akak... biaselah kan. dorg dibayar if dpt murtadkan org islam... kite kne kuatkan berdepan dgn mereka2 nie..

yuzie said... [Reply to comment]

jenuh jgk ye kakk...

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

nadiah pernah kena sekali dulu. sejak duduk kat university housing, dah tak pernah kena kacau dah

siti murni said... [Reply to comment]

salam kak mizah...
macam gerun je bunyi nya..kalau saya nyorok je diam2 dalam umah kot..
nak bahaskan diorang balik bimbang lain hal pulak nanti..maklum la kat tempat orang kan..

transformed housewife said... [Reply to comment]

sy pun selalu kena masa kat NZ dulu. selalunya sy buat tak layan atau mcm Yatie (adik sy) cakap buat2 tak reti cakap BI. nak berhujah pun diaorg bukan nak dengar kita sbb diaorg dah kena latih mcmmana nak berhujah dan mempengaruhi org2 lain.

ckLah@xiiinam said... [Reply to comment]

Semoga Allah teguhkan iman dan taqwa kita. Amin.

maya amir said... [Reply to comment]

ntah2 derang plak tertarik kalau hamizah berdakwah:)

Hamizah said... [Reply to comment]

yatiey,
terlepas speaking doh..xpolah pasni oyat jah ko dia xminat dgn kristian..

Hamizah said... [Reply to comment]

juliet,
mmg menakutkan..
sbb diorg ni mmg terlatih..

Hamizah said... [Reply to comment]

cheqna,
insya Allah iman masih kukuh lg doalah byk2 kat Allah

Hamizah said... [Reply to comment]

kak anie,
boleh pki juga idea akak ni..nanti saya cuba..tq..

Hamizah said... [Reply to comment]

kak erna,
mujur jg kat sekolah tdk diajar secara formal..cumasekali sekala cikgu selitkan juga fahaman kristian..mujur tak lama kat sini

Hamizah said... [Reply to comment]

miera,
betul tu..sbb tu diorg usaha jg utk murtadkan orang..

Hamizah said... [Reply to comment]

yuziey,
boleh tahan juga..pusing kepalku nih..hehehe

Hamizah said... [Reply to comment]

Nadiah,
kat sini selalu adalah pendakwah dtg..aktif sgh kat supermarket pon selalu jumpa....

Hamizah said... [Reply to comment]

ct murni,
pasninak nyorok je lah..hehehe

Hamizah said... [Reply to comment]

nur,
bahaya dih..xpo pasni saya cuba..

Hamizah said... [Reply to comment]

ckLah,
tq atas doa..

Hamizah said... [Reply to comment]

maya,
mdh2an..amin

Zaitun said... [Reply to comment]

Rasanya kalau cara berlembut dia orang akan terima,berdakwah cara tunjukkan kasih sayang.

Menantu kak Zai omputih tapi kak Zai tak pernah paksa buat apa2 pun tapi pelan2 kami tunjukkan kasih sayang lama2 faham juga.

a.z.r.i.n.a.03.07 said... [Reply to comment]

Yelahkann..

cuba berdakwah pada mereka pula.




p/s:tak sabar tunggu citer tu nanti..

sayangsayangibu said... [Reply to comment]

cabaran yang mencabar kan?
semoga iman kita akan bertambah teguh dan tidak goyah bila di goyang.

azieazah said... [Reply to comment]

Semoga dilindungi oleh NYA.

Berlembut lebih baik dari kita buat keras.

DrSinga said... [Reply to comment]

cakap je ... 'NO ENGLISH!!!'

qaseh said... [Reply to comment]

kene be careful ye kak..