Monday, January 31, 2011

Hmmmm..Sedapnya Sayur

Sejak-sejak pregnant kali ni yang berpakej pula dengan kencing manis, saya memang terlalu berhati-hati dengan diet.Memang agak tension bila bila nak makan itu tak boleh, ini tak boleh.Tapi saya tabahkan hati.Saya disahkan menghidapinya seawal 10minggu pregnant.Bahayanya bila terlalu awal dah ada penyakit ni, ianya boleh kekal sehingga lepas bersalin.






Yang paling tak suka, sayur pun hanya boleh dimakan dengan cara rebus, kukus atau dimakan mentah-mentah..Bila hari-hari kena kontrol macam tu saya tekak saya mula tak boleh terima.Yelah sebelum ni sayur mesti digoreng, ditambah pula sos tiram, ikan bilis atau lauk-lauk lain.Atau dimasak lemak.Huih sedapnya.Tak sedar pun nasi dah habis sepinggan..Hahaha..Macamana tak kena kencing manis!!!!!!!



Alternatifnya,saya sekarang ni lebih suka blend sayur-sayur supaya cepat lalu ditekak ni.Saya tak suka makan sayur mentah-mentah.Bila dah hancur laju saya telan.Best juga.Paling saya gemar jus carrot dan jus tomato.Wah! Tak sangka sedap pula menu orang berdiet.Harap-harap saya boleh megekalkan dietni selama-lamanya.Untuk kebaikan kita juga, kan?Lagipun saya memang berketurunan yang banyak penyakit.Arwah ayah ada darah tinggi dan jantung, mak pula kencing manis, kolestrol tinggi dan darah tinggi.Pakej penyakit zaman moden.Takut juga bila muda-muda dah terkena ni.Kot-kot cik abang jeling kat orang lain.Hehehe..Anda bagaimana?Tak nak cuba?



7 comments:

kakcik said... [Reply to comment]

Diet untuk kebaikan diri, tak mengapalah.. :)

ikan emas said... [Reply to comment]

jaga diri ya..
jaga baby ya

Affieza said... [Reply to comment]

Teruskan berdiet kak..hehe

♥MAMASYAZA♥ said... [Reply to comment]

akak kalo bab sayo, mmg susah nak telan, sampai ketua pun susah mkn sayo, yg boleh makan pun sayo sawi.
tapi baguskan berdiet ni, teruskan usaha, insyaallah semuanya akan ok

maya amir said... [Reply to comment]

saya suke sayur.. ulam lagikkk suka..heheh.. takpe2.. kalau tekak boleh terima yg blend..bagus jugak.. tk care :)

kak Erna said... [Reply to comment]

as salam hamizah..betul ke sedap..boleh cuba buat jus ni..walaupun tak diet..
nanti mesti kulit mizah bertambah cantik..dan sama jugak dengan kulit baby..

- GC - said... [Reply to comment]

jus carrot memang sedap.. tp sayur masak sikit2 tu, sy pun tak boleh telan.. huhu