Monday, January 31, 2011

Selamatkah Pelajar Kita di Mesir

Keadaan di Mesir semakin huru hara..Semalam saya bertanya kabar seorang kawan di sini tentang keadaan adiknya yang kini sedang belajar Medic.Memang porak peranda sekali.Dah dua hari internet terputus.Tapi talian telefon masih lagi berfungsi sekali-sekala.Perintah berkurung dilaksanakan.Penjara-penjara pula dah pecah.Jadi penjenayah kini berada di serata kawasan.Makanan juga mula dicatu.Takut pula mendengarnya.


Hari ini saya terbaca ada pelajar-pelajar kita kena rompak,kena rogol, airport pun dah terbakar.Berita lanjut boleh dibaca di sini, atau kat sini.Tetapi jika menurutkan kerajaan Malaysia, keadaan di sana masih selamat.Sekiranya mereka ingin pulang, kenalah mengeluarkan belanja sendiri.Kesiannya.Apapun bertawakkal dan doa kepada Allah sahaja agar keadaan kembali tenang..Amiiinnn..

14 comments:

marinahunny said... [Reply to comment]

harap2 semua selamat. anak kawan saya pun ada sorang di sana..moga selamat semuanya

maya amir said... [Reply to comment]

ya Allah..lindungilah rakyat m'sia di sana.. moga sumenye slmt..amin...

dlittlekitchen said... [Reply to comment]

ermm.. tu laa.. anak buah saya pon belajar di sana, student medic.. semlm kitaorg pon 1 keluarga duk sembahyang hajat, tgk pulak newspaper semlm kata kena simpan stock makanan 1 bulan..

LiNda said... [Reply to comment]

Ya Allah ,
selamatkan pelajar m'sia disana ..

transformed housewife said... [Reply to comment]

takut bila ada kejadian mcm ni sbb semua org akan terkena tempiasnya.

hnyhar said... [Reply to comment]

hamizah,
students sy sangat ramai kat sana. dah bertanya khabar tp masih tiada reply dr student perempuan. yg jwb cuma yg lelaki je, itupun sbb mereka dok kat luar egypt [greece]. yg pasti, talian komunikasi cam internet mmg disekat. ttg kes yg lain2 tu depa ni xcakap..uishh risaunya. semua dok buat medic kat sana..cairo & alexandria. kalau sy jd mak depa, dah lama belikan tiket srh blk malaysia.

sy syorkan malaysia bawa pulang students kita yg bljr kat sana. dah kes darurat ni kan..xkan nak tggu smpai jadi apa2 yg xbaik br nak bertindak..

kak Erna said... [Reply to comment]

as salam hamizah..turut sama bimbang..risau..kesian ngan pelajar2 disana..
semoga kerajaan kita bertindak segera membawa pelajar2 balik ke malaysia..

azlina said... [Reply to comment]

salam mizah...

agak merisaukan..kesian kita tak tahu bagaimana nasib mereka bersama2 kita mendoakan mereka semua dalam lindungan allah selalu dan ada juga rakan blogger kita dari mesirkan...bagaimanalah keadaan mereka sekarang..

fa10 said... [Reply to comment]

anak sepupu saya br meninggal 2 mgg lps, terhidu gas.. mungkin ada hikmah kot knp dia meninggal awal. kesian yg kena rogol tu..!!!
tinggal sepupu lelaki sorang lg kat sana, x tahu apa ceritanya..

Hamizah said... [Reply to comment]

doakanlah sahaja..
insya Allah selamat..

Hamizah said... [Reply to comment]

nur,
betul juga tu..
kami kat perth ni dok bimbangkan taufan..

Hamizah said... [Reply to comment]

hanyhar,
kalau yg berduit senanglah nak panggil blk anak2 kalau yg mengharap bantuan kjaan semata2 camna ye?kena berhutanglah gamaknya..

Hamizah said... [Reply to comment]

kak erna,
harap2 cepatlah kjaan bertindak..

Hamizah said... [Reply to comment]

10,
bakpo tuh?terhidu gano?
selamatlah dia..